Bagaimana ‘Chinatown’ Wujud Di Seluruh Dunia?

Pasti ramai di antara kita menyedari bahawa Chinatown wujud hampir di setiap negara dan benua di dunia.

Untuk mereka yang berkesempatan melancong atau belajar di Amerika Syarikat, khususnya di New York dan San Francisco, pasti perasan akan kewujudan Chinatown terbesar di sini.

Chinatown di New York digambarkan sebagai terbesar di dunia yang terletak di luar Asia. Manakala di San Fransisco pula, keluasannya adalah 24 blok bangunan!

Buat pengetahuan anda, Chinatown tertua di dunia terletak bukan di Petaling Street, sebaliknya di Binondo, Manila, Filipina.

Sejarahnya boleh ditelusuri seawal tahun 1590 apabila penjajah Sepanyol membina Chinatown sebagai tempat tinggal, persinggahan dan ekonomi imigran Kristian berbangsa Cina di Filipina ketika itu.

5 Chinatown terbesar di dunia adalah:-

  • San Francisco, Amerika Syarikat
  • New York, Amerika Syarikat
  • London, United Kingdom
  • Manila, Filipina
  • Lima, Peru

Kredit Imej : Viator

Kebanyakan Chinatown yang dibuka di seluruh dunia adalah dari kaum Cina yang berasal dari selatan China hari ini.

Apa punca terbesar wujudnya banyak Chinatown di seluruh dunia? Sebenarnya, terdapat banyak faktor, tetapi tiga faktor terbesar adalah :-

  • Perang saudara di China
  • Pencerobohan asing di China
  • Ketidakstabilan politik di China

Majoriti kaum Cina ini merupakan buruh kasar yang bekerja di lombong timah dan lombong emas di seluruh dunia dan Tanah Melayu juga tidak terkecuali.

Kredit Imej : Wikipedia

Daripada sudut lain, kewujudan Chinatown ini membawa banyak impak positif dalam ekonomi setempat khususnya dalam aktiviti import eksport dan hartanah.

Aktiviti Import Eksport

Kebanyakan imigran ini membuat aktiviti ekonomi dengan mengimport produk dari China dan menjualnya.

Antara produk popular yang dijual:

  1. Teh
  2. Makanan
  3. Tekstil
  4. Pakaian
  5. Tembakau
  6. Ubat – ubatan

Kredit Imej : Tea Time Magazine

Mereka membuka banyak kedai yang menjual barangan harian.

Manakala yang tidak menjual produk pula, menawarkan perkhidmatan seperti restoran, kedai gunting rambut, penerbitan dan sebagainya.

Kredit Imej : Blogspot

Aktiviti ekonomi ini secara tidak langsung telah menaikkan nilai hartanah di kawasan itu dan mengakibatkan berlakunya aktiviti jual beli hartanah dalam radius 1KM – 3KM dari lokasi Chinatown atas kapasiti perniagaan dan perkhidmatan.

Baca : Pantang Larang Masyarakat Cina Di Malaysia Bila Nak Beli Rumah

Pengekalan Budaya Bangsa

Lama kelamaan, komuniti Cina ini mula membeli hartanah di kawasan strategik sebagai hub perkumpulan komuniti Cina.

Kredit Imej : Vox

Dengan mewujudkan hub ini, mereka mampu mengekalkan budaya dan cara hidup asli tanpa meninggalkan kehidupan moden.

Sambutan Tahun Baru Cina dan pelbagai perayaan lain turut disambut bersama di sini.

Kesannya, Chinatown di kebanyakan negara telah menjadi salah satu tarikan pelancong untuk melihat budaya dan membeli belah di sini.

Baca : Apa Faktor Yang Mempengaruhi Nilai Hartanah?

Bahkan di Malaysia juga, kita tidak dapat nafikan yang Petaling Street merupakan salah satu tarikan pelancong paling popular.

Asimilisasi

Tahukah anda, kaum Cina mempengaruhi sebahagian besar populasi sesebuah negara. Terkini, terdapat kira – kira:

  • 9 juta kaum Cina di Thailand
  • 6 juta kaum Cina di Malaysia
  • 5 juta kaum Cina di Amerika Syarikat

Kredit Imej : Visit Singapore

Untuk rekod, hampir setiap benua di dunia, anda akan dapati terdapat Chinatown. Ini termasuklah Selatan Amerika, benua Afrika dan juga negara Scandinavian seperti Finland!

Natijahnya, Chinatown telah mewujudkan kepelbagaian budaya seperti apa yang berlaku di Havana, Cuba dan juga Malaysia sendiri.

Kredit Imej : Rutgers

Kaum Cina ini secara langsung telah membuka banyak peluang ekonomi khususnya dalam sektor hartanah, perkhidmatan di ‘negara baru’ mereka.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.