Apa Itu Catalyst Dan Kepentingannya Kepada Pelabur Saham?

Pelaburan adalah aset atau objek yang dibeli dengan niat untuk menjana pendapatan atau keuntungan. Istilah keuntungan merujuk kepada nilai aset yang meningkat dari semasa ke semasa. Apabila seseorang membeli sesuatu sebagai pelaburan, matlamatnya adalah untuk memperoleh keuntungan.

Sebagai contoh, pelabur mungkin membeli aset kewangan sekarang dengan jangkaan bahawa ia akan menjana pendapatan pada masa hadapan atau ia akan dijual pada harga yang lebih baik untuk mendapatkan keuntungan.

Tujuan pelaburan adalah untuk menjana pendapatan dan meningkatkan nilai sesuatu aset dari semasa ke semasa. Sebarang transaksi yang bertujuan untuk memperoleh pendapatan pada masa hadapan boleh dirujuk sebagai pelaburan.

Terdapat beberapa jenis pelaburan yang terkenal di Malaysia. Antaranya saham, bon, hartanah, mata wang kripto, unit amanah, emas dan bermacam-macam lagi.

Artikel ini ditulis bertujuan sebagai perkongsian tentang salah satu pengaruh yang kuat iaitu catalyst. Topik ini mungkin sudah tidak asing lagi dalam dunia pelaburan terutama sekali pelabur-pelabur yang sudah berkecimpung lama di dalam pasaran saham.

Namun, tidak boleh dipandang remeh akan kuasa catalyst ini kerana masih terdapat golongan pelabur yang tewas atau belum tahu tentang catalyst ini.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Catalyst?

Catalyst merupakan istilah daripada perkataan Bahasa Inggeris yang bermaksud Pemangkin. Adakah Pemangkin ini penting dalam dunia saham? Jawapannya sudah tentu penting. Hal ini kerana catalyst atau Pemangkin ini adalah faktor yang menyebabkan sesuatu saham itu bergerak.

Dengan erti kata lain, catalyst adalah “Market Sentiment” yang memberi kesan terhadap turun naik harga saham ekoran ketidakstabilan ekonomi. Pelabur yang menguasai kefahaman terhadap pergerakan saham akan mempunyai kelebihan berbanding pelabur-pelabur yang lain.

Jadi, bagaimana catalyst dapat memberi kelebihan kepada pelabur? Pelabur-pelabur yang mahir tentang catalyst akan lebih selesa dengan pasaran saham kerana mereka terlebih dahulu mampu untuk merancang dan menyediakan skrip pelaburan sesuai dengan kefahaman mereka terhadap indikator ini.

Secara tidak langsung, penguasaan catalyst dapat membantu para pelabur untuk memaksimakan keuntungan mereka dan mengurangkan risiko kerugian.

Ciri-Ciri Catalyst

Tidak dinafikan, catalyst juga mempunyai pengaruh baik dan buruk didalam pasaran saham. Pelabur tidak boleh menganggap bahawa apa sahaja berkaitan catalyst bersifat positif dan membawa keuntungan. Kekeliruan para pelabur terhadap catalyst bersifat subjektif kerana kefahaman bergantung kepada individu.

Justeru, amat penting untuk pelabur mengetahui terlebih dahulu ciri-ciri catalyst yang baik seperti dibawah:

1. Global dan menyeluruh

Seorang pelabur mungkin memberi tumpuan kepada keputusan atau pengumuman yang dibuat berdasarkan syarikat-syarikat yang menjadi pilihan pelabur. Tetapi, perlu diingatkan bahawa dasar-dasar yang dibuat mestilah bersifat global dan menyeluruh bukan terikat dengan organisasi syarikat sahaja.

2. Melibatkan institusi atau badan yang berpengaruh

Catalyst yang baik akan dipengaruhi oleh sebarang pengumuman atau perancangan institusi berpengaruh. Seperti contoh, pengumuman Belanjawan tahunan oleh Menteri Kewangan yang mewakili pihak kerajaan sudah tentu memberi impak dalam pasaran saham.

3. Mempunyai kesan jangka panjang

4. Dipengaruhi unsur politik

Jenis-Jenis Catalyst

Dalam dunia pelaburan saham, terdapat banyak jenis catalyst yang kita boleh senaraikan. Antaranya ialah projek baru, pengurusan baru, laporan kewangan syarikat, matawang, latihan korporat, dasar kerajaan, sentimen global dan komoditi.

Jenis-jenis catalyst inilah yang pada kebiasaannya akan mempengaruhi pasaran saham di negara kita. Tambahan pula, kita mesti ingat lumrah hidup di dunia, jika ada yang baik pasti ada juga yang jahat.

Begitu juga dengan catalyst. Ada yang memberi impak yang positif dan ada juga yang mengakibatkan impak yang negatif. Contoh catalyst positif adalah seperti pengumuman dasar belanjawan negara yang memberi tumpuan kepada pembangunan Industri Kecil dan Sederhana, manakala contoh catalyst negatif adalah penurunan nilai matawang Malaysia berbanding dengan negara jiran.

Sentimen pasaran yang positif, ianya akan meransang kenaikan harga saham dan meningkatkan permintaan pegangan saham untuk sesuatu kaunter manakala sentimen pasaran negatif, ianya akan menyebabkan harga saham jatuh dan permintaan pegangan saham berkurangan kerana berlakunya penjualan saham akibat daripada sesuatu spekulasi atau khabar berita tidak baik yang berlaku.

insert gambar jenis-jenis catalyst

Kepentingan Catalyst Kepada Para Pelabur

Pada kebiasaannya, para pelabur akan menetapkan tahap kepentingan yang berbeza terhadap catalyst, bergantung pada falsafah pasaran yang mereka percaya. Pelabur yang baik akan mengabaikan pemangkin sepenuhnya dan sebaliknya melihat kepada fundamental kecekapan operasi, pengurusan berorientasikan matlamat, penilaian munasabah dan kedudukan pasaran yang kukuh. 

Bagi para pelabur, pemangkin adalah kejutan yang menggembirakan dengan andaian penilaian mereka terhadap sesebuah syarikat adalah betul sama ada mereka berpeluang untuk membeli dengan harga saham yang murah sekiranya harga saham jatuh atau menyedari kenaikan harga saham yang akan berlaku.

Sementara itu, bagi seorang pelabur tegar, dia akan meneliti catalyst atau kesan terhadap harga saham dengan berhati-hati sebelum memasuki pasaran saham. Pelabur mungkin akan mengambil berat tentang beberapa perkara terlebih dahulu terutamanya fundamental syarikat, akan tetapi pelabur juga mengakui bahawa pemangkin diperlukan untuk menggerakkan sesuatu harga saham.

Oleh itu, para pelabur ini akan sentiasa bersedia dengan kehadiran catalyst dengan harapan dapat mengaut keuntungan semaksimum yang mungkin.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, catalyst adalah satu faktor besar yang sangat mempengaruhi sentimen pasaran saham sama ada ke arah positif atau negatif. Jika impaknya adalah positif, pastinya para pelabur akan gembira tapi bagaimana pula jika impak daripada catalyst itu adalah negatif? Adakah para pelabur dapat menghadapi kesan buruk itu dengan baik?

Oleh itu, kita sebagai seorang pelabur adalah sangat digalakkan untuk ambil tahu tentang catalyst dan lali dengan kerenah pasaran saham dengan banyakkan pembacaan dan membuat kajian yang berkualiti agar kita dapat mengatasi segala kemungkinan yang akan berlaku. Biar kita menguasai catalyst, jangan catalyst yang menguasai pasaran kita.

Penulis boleh dihubungi di:

Ahmad Nadzmi Bin Razali ([email protected])
Muhammad Syafiq Safiuddin Bin Selamat ([email protected])
Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali ([email protected])
Fakulti Ekonomi dan Muamalat Malaysia
Universiti Sains Islam Malaysia

Previous ArticleNext Article

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.