Apa Beza Antara Hartanah Komersial dan Kediaman?

Definisi sebenar hartanah kediaman adalah tempat tinggal yang boleh didiami dan disewakan untuk mendapat keuntungan hasil daripada pelaburan hartanah dengan cara disewakan. 

Manakala definisi untuk hartanah komersial pula adalah hartanah yang dibangunkan atas kapasiti perniagaan. 

Semenjak tahun 2014 lagi, hartanah komersial banyak dibangunkan di bandar-bandar besar di Malaysia seperti Lembah Klang, Johor Bahru dan Georgetown. 

Punca utama kenapa wujudnya hartanah komersial di bandar-bandar besar ini adalah :- 

1. Commercial viable – Kawasan tumpuan aktiviti perniagaan 

2. Tanah terhad – Bekalan hartanah di kawasan ini terhad dan sangat mahal 

Secara praktikal, banyak hartanah komersial yang wujud, sesuai dijadikan kediaman dan dalam masa sama sebagai lot komersial untuk perniagaan. 

Baca : Komersial vs Kediaman: Hartanah Mana Lebih Ideal Untuk Pelaburan?

Contohnya, servis apartmen & SoHo (Small Office/Home Office) tetap dilindungi Housing Development Act (HDA) dan individu yang membeli kediaman ini melalui proses yang sama seperti membeli sebuah hartanah kediaman. 

Ini berbeza dengan hartanah komersial seperti SoVo (Small Office/Virtual Office) dan SoFo (Small Office/Flexible Office). 

Pembangunan hartanah komersial dan hartanah kediaman sebenarnya bergerak seiring dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Ini dibuktikan dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia daripada 4.69% pada tahun 2013 kepada 6.01% pada tahun 2014 daripada data World Bank. 

Selain itu, pemaju hartanah swasta mula kreatif dengan sumber yang terhad dengan membina hartanah dwi fungsi. 

Bagaimana Nak Kenal Hartanah Komersial?

Ciri-ciri hartanah komersial di Malaysia tidaklah terlalu kompleks dan biasanya merangkumi :- 

  • Hotel 
  • Lot kedai 
  • Ruang pejabat 
  • TOD (Transit Oriented Development) 

Kesemua komponen ini biasanya disatukan bawah satu bumbung dalam sebuah plaza, pusat beli-belah, pusat hiburan dan juga lot komersial. 

Contoh hartanah komersial yang popular :- 

  1. Small Office/Home Office (SoHo)
  2. Small Office/Virtual Office (SoVo)
  3. Small Office/Flexible Office (SoFo)

Baca : Nak Beli Rumah Pertama, Fahamkan Kos-Kos Yang Kena Bayar

Bagaimana Nak Kenal Hartanah Kediaman?

Tak susah. Ini contoh hartanah kediaman yang popular dan wujud di Malaysia :- 

  1. Flat
  2. Apartmen
  3. Kondominum
  4. Rumah landed

Apa yang membezakan hartanah kediaman adalah :- 

  • Status hartanah 
  • Jenis pegangan hartanah 

Status hartanah mempengaruhi harga dan pindahan hakmilik dan ada 4 jenis iaitu :- 

  • Lot Bumi – khusus kepada Bumiputera di Malaysia sahaja
  • Hakmilik Induk – Master Title atau geran oleh pemaju hartanah
  • Hakmilik Strata – Milikan hartanah mengikut petak rumah high rise 
  • Hakmilik Individu – Kebanyakannya rumah landed seperti teres, Semi D & banglo
  • Tanah Rizab Melayu – Dimiliki dan dipindah milik kepada orang Melayu sahaja

Manakala jenis pegangan hartanah pula terbahagi kepada :- 

  1. Pajak (Leasehold) – Disewakan oleh Kerajaan Negeri 
  2. Bebas (Freehold) – Milik pemaju atau individu 

Apa Beza Antara Hartanah Komersial dan Kediaman? 

  1. Tarif Elektrik 

Hartanah jenis komersial akan dikenakan caj tarif elektrik sebanyak 30% – 50% lebih mahal berbanding hartanah kediaman. 

Sekiranya anda membeli hartanah komersial dan ingin menukar tarif elektrik kepada hartanah kediaman, anda masih boleh berbuat demikian dengan menghubungi TNB dan menunjukkan bukti hartanah itu digunakan sebagai hartanah kediaman. 

  1. Cukai Pintu & Cukai Tanah 

Cukai pintu dikutip oleh Kerajaan Negeri menerusi Majlis Perbandaran atau Dewan Bandaraya untuk semua jenis hartanah di Malaysia dan kadarnya berbeza mengikut jenis hartanah. 

Manakala cukai tanah pula diuruskan Pejabat Tanah dan semua pemilik hartanah diwajibkan membayar cukai tanah setiap tahun. 

Secara purata, kadar cukai pintu & cukai tanah untuk lot komersial adalah 2 – 3 kali ganda lebih tinggi berbanding hartanah kediaman. 

  1. Pembiayaan Bank 

Berbeza dengan hartanah kediaman yang anda boleh dapat 90% atau 100% pembiayaan, LTV (Loan-to-Value) yang diberikan adalah 80% atau mungkin lebih rendah dari itu mengikut profil kewangan dan produk bank. 

Untuk hartanah kediaman, anda boleh membuat pengeluaran Akaun KWSP 2 untuk membeli rumah, sedangkan untuk hartanah komersial tidak boleh sama sekali. 

  1. Perundangan

Hartanah kediaman dilindungi sepenuhnya di bawah bidang kuasa Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (HDA sedangkan tidak semua hartanah komersial dilindungi di bawah akta yang sama. 

Buat masa ini, hartanah komersial seperti SoFo dan SoVo tidak berada di bawah akta ini dan urusan perundangan untuk unit komersial berada di bawah bidang kuasa Tribunal Pengurusan Strata. 

Baca : Tips Beli Rumah Landed

Jika anda mencari rumah untuk didiami, lebih baik anda pilih hartanah kediaman dengan kehidupan komuniti dan berkeluarga yang sebenar. 

Hartanah komersial bukan untuk semua orang dan gaya hidup urban untuk hartanah komersial lebih sesuai untuk golongan kelas pertengahan, muda dan juga ekspatriat yang tidak merancang untuk duduk lama di satu lokasi. 

Dan untuk pelaburan hartanah pula, hartanah komersial ada banyak potensi dan pilihan kerana dasar pemaju hartanah yang membina terlalu banyak projek komersial bermula tahun 2014 sehingga menimbulkan satu masalah baru iaitu, lambakan hartanah tidak terjual.

Sumber Rujukan : 

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman