Hartanah Sewa Rosak? Ini Apa Pemilik Dan Penyewa Perlu Buat

Wujudkah kes hartanah sewa rosak? Ya, sangat banyak. 

Apabila hartanah sewa rosak, ini menjadi masalah kepada pihak pemilik rumah dan penyewa rumah. 

Lebih parah lagi apabila barang yang rosak itu adalah barangan elektrik milik pemilik rumah yang diberikan kepada penyewa rumah untuk kegunaan seharian. 

Baca : Kenapa Ramai Rakyat Malaysia Terkena Scam Rumah Sewa?

Impak kepada masalah ini sebenarnya, pemilik rumah mampu dan berhak menuntut kes ini di Mahkamah Tuntutan Kecil melalui Aturan 93 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 – Tatacara Tuntutan Kecil.

Mahkamah Tuntutan Kecil adalah tempat untuk pemilik rumah membuat tuntutan kecil atas hutang, perkhidmatan dan lain-lain dengan nilai tidak melebihi RM5,000. 

Impak kepada penyewa rumah pula, mereka boleh ditahan di sisi undang-undang kerana merosakkan harta peribadi milik pemilik rumah. 

Sebenarnya, ada solusi yang lebih baik buat pemilik rumah dan penyewa rumah atas kerosakan yang berlaku daripada perlu turun naik mahkamah. 

Hartanah Sewa Rosak? Ini Apa Pemilik Dan Penyewa Perlu Buat

Sebagai Pemilik Rumah. 

  1. Tenancy Agreement. 

Sebagai pemilik rumah, anda perlu sediakan satu kontrak tentang kewajipan dan tanggungjawab pemilik rumah dalam melindungi dan memelihara rumah dan barangan di dalam rumah.

Selain itu, senaraikan juga item-item yang berada di dalam rumah sewa itu seperti :- 

  • Kipas 
  • Peti sejuk 
  • Rak kasut 
  • Meja makan
  • Mesin basuh 
  • Kabinet dapur 
  • Penghawa dingin 

Pastikan item-item itu berada dalam keadaan baik dan direkodkan sebelum anda sewakan rumah itu kepada penyewa rumah anda. 

Andai kata berlaku kerosakan pada item-item tadi, nyatakan dengan jelas tanggungjawab penyewa rumah untuk membaik pulih atau menggantikan item tersebut dengan yang baharu. 

  1. Bukti Sebelum & Selepas Sewakan Rumah

Langkah kedua adalah dengan merekodkan keadaan dalaman dan semua item-item yang ada di dalam rumah secara bergambar atau video. 

Ambil bukti ini sebelum anda sewakan rumah dan selepas sewakan rumah untuk melihat dan mengenal pasti keadaan rumah dan perubahan yang berlaku pada rumah anda. 

Baca : Berapa Banyak Wang Yang Patut Kita Dapat Daripada Rumah Sewa?

Dengan cara ini, anda mempunyai bukti yang cukup kuat seandainya penyewa rumah tidak bertoleransi dalam memberikan kerjasama atas kerosakan yang berlaku pada rumah sewa tersebut. 

Cara yang lebih agresif adalah untuk membuat tinjauan setiap 6 bulan atau 12 bulan untuk memastikan dalaman dan item rumah berada dalam keadaan baik. 

  1. Baik Pulih Kerosakan Tanpa Penambahan

Ada banyak kediaman yang melebihi 15 tahun dan mula mengalami pelbagai kerosakan daripada bumbung rumah, dinding, paip, wayar elektrik dan sebagainya. 

Sebagai pemilik rumah, anda patut sedar akan risiko ini lebih-lebih lagi jika rumah yang anda beli adalah rumah lama. 

Baca : 3 Tips Untuk Memaksimumkan Keuntungan Rumah Sewa Anda

Cara paling senang adalah dengan membaik pulih kerosakan yang ada supaya penyewa rumah boleh tinggal dengan aman dan selesa tanpa membuat penambahan baru yang mungkin menelan kos yang lebih besar. 

Sebagai Penyewa Rumah

  1. Penambahan Pada Tenancy Agreement 

Sangat normal jika anda sebagai penyewa rumah berminat untuk mengambil barang pemilik rumah untuk dijadikan hak anda. 

Item ini boleh jadi perabot, barang elektrik dan sebagainya. Bahkan, ada juga kes pemilik rumah yang inginkan jam dinding milik penyewa rumah! 

Baca : 4 Sebab Kenapa Perjanjian Sewa Rumah (“Tenancy Agreement“) Sangat Penting

Cara paling bijak sekiranya anda jenis penyewa seperti ini adalah membuat penambahan pada tenancy agreement dan jelaskan item yang anda ingin jadikan sebagai hak peribadi. 

Kemudian, buat rundingan dengan pemilik rumah anda tentang cara bayarannya, samada lumpsum atau ansuran menerusi sewa rumah. 

  1. Bukti Sebelum & Selepas Menyewa Rumah 

Seterusnya, ambil bukti secara bergambar atau video sebelum anda sewa rumah itu dan selepas anda sewa rumah itu. 

Ini penting untuk pastikan tidak berlaku sebarang perselisihan faham tentang kondisi rumah di antara anda dan penyewa rumah. 

Ini juga peluang untuk anda tunjukkan pada pemilik rumah yang anda adalah seorang penyewa rumah yang berintegriti. 

  1. Berunding 

Andai kata berlaku juga kerosakan pada rumah sewa tersebut, sila berunding dengan pemilik rumah. 

Baca : 10 Senarai Semak Sebelum Nak Sewa Rumah

Proses rundingan ini penting untuk tahu pihak mana yang akan tanggung kos tersebut untuk memastikan samada :- 

  • Pemilik rumah tanggung 100% 
  • Penyewa rumah  tanggung 100%
  • Pemilik dan penyewa tanggung sama rata (50%-50%)
  1. Dapatkan Kebenaran Pemilik Untuk Baiki Kerosakan 

Jika pemilik rumah tidak mampu untuk datang ke rumah sewa dan menilai kerosakan itu, ada baiknya anda dapatkan kebenaran pemilik rumah untuk baiki kerosakan tersebut. 

Selesai membaik pulih kerosakan tersebut, anda boleh tuntut bayaran daripada pemilik rumah dengan memberikan details kerosakan dan redit pembayaran. 

Kebanyakan pemilik rumah sebenarnya boleh bertoleransi asalkan anda jaga rumah tersebut dengan baik dan berlaku jujur dengan mereka. 

Pemilik rumah yang baik akan menanggung kos baik pulih rumah yang rosak demi kesejahteraan penyewa rumah. 

Jika pemilik rumah tidak mahu baik pulih rumah itu, agak mustahil untuk penyewa rumah kekal di rumah itu dan juga sukar untuk pemilik rumah mencari penyewa baru dengan keadaan rumah yang rosak. 

Natijahnya, pemilik rumah perlu jaga hubungan dengan penyewa rumah, begitu juga sebaliknya. 

Komunikasi adalah penting untuk elak sebarang salah faham daripada berlaku. 

Baca : Fahami Konsep Deposit Rumah Sewa Dengan Jelas

Akhir sekali, pemilik rumah perlu jujur sewaktu tamat kontrak dan pulangkan deposit rumah pada penyewa rumah.

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka selepas ini susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman daripada pihak bank.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

LPPSA Kedua: Boleh Mohon Walaupun Pembiayaan Pertama Belum Habis, Ini Syarat & Kelayakannya

Ada pembiayaan LPPSA pertama yang masih berjalan tetapi sudah terfikir nak beli rumah kedua?

Mulai 4 Oktober 2026, penjawat awam yang layak boleh memohon Pembiayaan Kedua LPPSA tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya Pembiayaan Pertama.

Pada masa yang sama, LPPSA turut menaikkan had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sehingga RM1 juta.

Namun, ini bukan bermaksud semua penjawat awam automatik boleh meminjam RM1 juta. Jumlah sebenar masih bergantung kepada pendapatan bersih, kelayakan pemohon, baki kelayakan pembiayaan serta syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Apa perubahan LPPSA 2026?

Menurut notis rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026, dua perubahan utama mula berkuat kuasa pada 4 Oktober 2026:

Pertama, had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.

Kedua, pemohon boleh membuat permohonan Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan syarat yang ditetapkan.

Ini memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penjawat awam yang masih mempunyai pembiayaan pertama tetapi mahu menggunakan baki kelayakan mereka untuk pembiayaan kedua.

Had pembiayaan LPPSA sehingga RM1 juta

LPPSA menetapkan jadual had kelayakan berdasarkan pendapatan bersih.

Pendapatan BersihHad Kelayakan Maksimum
Lebih RM10,000RM1,000,000
RM10,000RM950,000
RM9,500RM930,000
RM9,000RM900,000
RM8,500RM880,000
RM8,000RM850,000
RM7,500RM830,000
RM7,000RM800,000
RM6,500RM780,000
RM6,000RM730,000
RM5,500RM670,000
RM5,000RM610,000
RM4,500RM550,000
RM4,000RM480,000
RM3,500RM430,000
RM3,000RM350,000
Sehingga RM2,500RM280,000

Jadual ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LPPSA mengenai penambahbaikan 2026.

Nota penting: Had maksimum ini bukan bermaksud pemohon pasti menerima jumlah tersebut. Amaun yang diluluskan masih bergantung kepada kelayakan pemohon dan syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

Siapa yang layak menikmati had baharu?

LPPSA menyatakan jadual kelayakan baharu ini terpakai kepada kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA, tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang tidak menggunakan jadual ini, antaranya:

  • Anggota Pentadbiran Persekutuan;
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Golongan tersebut tertakluk kepada peruntukan atau keputusan berkaitan yang berasingan.

Apa maksud “Pembiayaan Kedua” sekarang?

Ini bahagian yang paling menarik.

Sebelum penambahbaikan ini, pemohon secara amnya perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama sebelum membuat Pembiayaan Kedua.

Mulai 4 Oktober 2026, syarat tersebut tidak lagi diperlukan.

LPPSA menyatakan pemohon boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA.

Contohnya:

Ali membeli rumah pertama menggunakan LPPSA.

Pembiayaan pertama masih mempunyai baki.

Kemudian Ali mahu membeli rumah kedua.

Dengan peraturan baharu, Ali tidak perlu melangsaikan pembiayaan pertama terlebih dahulu semata-mata untuk memohon pembiayaan kedua.

Tetapi Ali masih perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi dan memenuhi syarat LPPSA.

Apakah syarat Pembiayaan Kedua?

LPPSA menetapkan beberapa syarat utama.

Pemohon perlu:

1. Merupakan kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

2. Potongan gaji bagi Pembiayaan Pertama telah dilaksanakan.

3. Tidak mempunyai tunggakan bayaran balik bagi Pembiayaan Pertama sedia ada.

Selain itu, permohonan tetap tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA yang berkuat kuasa.

Berapa margin Pembiayaan Kedua?

Ini juga penting kerana margin pembiayaan bergantung kepada status Pembiayaan Pertama.

Jika Pembiayaan Pertama sudah selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 100%.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Untuk Jenis 5 dan Jenis 7 bagi hartanah yang sama

LPPSA menetapkan margin sehingga 100% bagi:

  • Jenis 5 – Ambil Alih; dan
  • Jenis 7 – Ubah Suai,

bagi hartanah yang sama, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Contoh mudah Pembiayaan Kedua

Katakan seseorang masih mempunyai Pembiayaan Pertama LPPSA.

Kemudian dia mahu membeli rumah kedua berharga RM500,000.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum diselesaikan, margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Secara mudah:

RM500,000 × 90% = RM450,000

Jadi, secara teori, pembiayaan boleh mencapai sehingga RM450,000, manakala baki RM50,000 perlu ditanggung melalui sumber lain.

Tetapi angka sebenar masih tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan penilaian LPPSA.

Maksudnya, jangan terus anggap rumah RM500,000 akan mendapat pembiayaan RM450,000 kerana kelayakan sebenar setiap pemohon adalah berbeza.

Bagaimana LPPSA menentukan kelayakan?

LPPSA menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kemampuan bayaran balik.

Antara kriteria yang dinyatakan LPPSA ialah:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambil kira;
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pendapatan bersih bagi tujuan pengiraan LPPSA pula merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap yang diambil kira – potongan wajib.

Jadi, seseorang yang mempunyai gaji tinggi sekalipun tidak semestinya mendapat jumlah maksimum RM1 juta kerana pengiraan turut mengambil kira kemampuan bayaran balik.

Bagaimana pula kadar keuntungan?

Untuk pembiayaan hartanah sehingga RM1 juta, LPPSA memperkenalkan struktur kadar purata wajaran (blended rate).

Strukturnya:

Sehingga RM750,000 → 4.00% setahun

Bahagian melebihi RM750,000 sehingga RM1 juta → 4.50% setahun

Yang menariknya, pengiraan ini mengambil kira jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan bagi Pembiayaan Pertama dan Pembiayaan Kedua.

Contoh RM800,000

Bagi pembiayaan RM800,000:

RM750,000 pertama → 4.00%

Baki RM50,000 → 4.50%

Kadar purata wajaran yang terhasil ialah kira-kira 4.03% setahun.

RM1 juta bukan bermaksud boleh ambil RM1 juta untuk rumah kedua

Ini perkara yang ramai mungkin salah faham.

Had maksimum RM1 juta ialah had kelayakan maksimum, bukannya jumlah automatik yang boleh dipinjam.

Untuk Pembiayaan Kedua pula, LPPSA secara jelas menyatakan ia tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai had kelayakan RM800,000 tetapi telah menggunakan RM600,000 bagi Pembiayaan Pertama, baki kelayakannya tidak bermaksud dia boleh terus mengambil RM800,000 lagi.

Sebaliknya, pengiraan baki kelayakan perlu dibuat berdasarkan ketetapan LPPSA.

Sebab itu LPPSA menyediakan kemudahan SmartKira untuk membuat semakan anggaran kelayakan mulai 4 Oktober 2026.

Boleh beli rumah kedua sebelum rumah pertama habis bayar?

Ya, mulai 4 Oktober 2026, boleh memohon.

Tetapi terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Pembiayaan Pertama tidak perlu diselesaikan sepenuhnya.

Kedua: Pemohon perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi.

Ketiga: Pemohon masih perlu memenuhi syarat kemampuan bayaran balik dan syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti, tetapi bukan “lesen” untuk mengambil hutang rumah tanpa mengambil kira kemampuan kewangan.

Semua jenis pembiayaan boleh digunakan?

Menurut FAQ LPPSA, semua jenis pembiayaan dibenarkan bagi Pembiayaan Kedua, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, terdapat pengecualian tertentu.

Sebagai contoh, pelanggan yang sedang menikmati Pembiayaan Pertama Jenis 4 atau Jenis 5 bagi tanah dan belum memohon Jenis 6 untuk membina rumah, tidak dibenarkan memohon Pembiayaan Kedua bagi Jenis 4 atau Jenis 5 tanah tersebut.

LPPSA juga menjelaskan bahawa jika seseorang membeli tanah melalui Jenis 4 atau Jenis 5 dan kemudian memohon Jenis 6 untuk membina rumah di atas tanah tersebut, ia masih dianggap sebagai satu kelayakan pembiayaan, bukan Pembiayaan Kedua.

Bila boleh mula memohon?

Kemudahan baharu ini berkuat kuasa pada:

4 OKTOBER 2026

LPPSA menyatakan pelanggan boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan tersebut mulai tarikh berkenaan.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan sebelum 4 Oktober 2026, LPPSA menyatakan ia akan diproses berdasarkan had kelayakan amaun pembiayaan hartanah yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan diterima.

Kesimpulan

Penambahbaikan LPPSA 2026 membawa perubahan yang agak besar kepada penjawat awam.

Had kelayakan maksimum pembiayaan kini dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala Pembiayaan Kedua boleh dipohon tanpa perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama terlebih dahulu.

Tetapi perkara paling penting untuk difahami ialah:

RM1 juta = had kelayakan maksimum, bukan jumlah automatik.

Dan:

Pembiayaan Kedua = boleh mohon walaupun pembiayaan pertama masih berjalan, tetapi tertakluk kepada baki kelayakan dan kemampuan bayaran balik.

Jadi, kalau memang bercadang membeli rumah kedua, langkah pertama bukan terus cari rumah RM1 juta.

Semak dahulu baki kelayakan LPPSA.

Kemudian barulah tengok harga rumah yang benar-benar mampu ditanggung.

Nota: Maklumat ini berdasarkan pengumuman dan FAQ rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026. Syarat dan pengiraan sebenar adalah tertakluk kepada pekeliling, garis panduan serta ketetapan LPPSA yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan.

Sumber rasmi: LPPSA – Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 termasuk jadual kelayakan RM280,000 hingga RM1 juta.