10 Orang Paling Kaya Dalam Bidang Hartanah

Bidang property atau hartanah jelas memberikan pulangan yang berlipat kali ganda, malah ramai orang menjadi kaya setelah berjaya dalam bidang ini. 

Bidang hartanah telah menghasilkan ramai jutawan, termasuklah Donald Trump. 

Walaupun Donald Trump juga dikatakan seorang jutawan bidang hartanah yang terkenal tetapi beliau tidak memecahkan senarai 10 orang paling kaya dalam bidang hartanah menurut senarai Forbes. Berikut adalah 10 orang paling kaya dalam bidang hartanah.

1. Sun Hongbin

Sun Hongbin merupakan antara warganegara Amerika yang paling kaya dalam bidang hartanah yang memiliki aset bersih berjumlah USD9.2 billion. Kekayaannya datang sepenuhnya daripada pelaburan di luar Amerika Syarikat dan telah mengasaskan Sunac China Holdings. 

Sunac China Holdings merupakan salah satu pemaju hartanah terbesar di China yang memfokuskan kepada pembangunan hartanah berskala sederhana sehinggalah kepada yang sangat mewah.

2. Sam Zell

Sam Zell adalah salah seorang peneraju awal dalam sektor amanah pelaburan hartanah (REIT). Beliau kini merupakan Pengerusi lima syarikat awam, termasuk beberapa REIT, yang diketuai oleh Equity Residential (NYSE: EQR). Beliau juga terkenal menjual pejabat REIT Equity Office kepada gergasi ekuiti swasta Blackstone (NYSE: BLK) sejurus sebelum pasaran hartanah mengalami kejatuhan pada tahun 2007. Aset bersih miliknya berjumlah USD4.8 billion.

3. John A. Sobrato

John Sobrato mula menceburi bidang properti semasa masih di kolej lagi dengan menjual rumah di California. Beliau kemudiannya bekerja untuk membangunkan hartanah perindustrian dan mengasaskan syarikat hartanahnya, Sobrato Organization, pada tahun 1979. Kini, beliau antara individu paling kaya dalam bidang properti dengan aset bersih berjumlah USD6.1 billion.

4. Jerry Speyer

Gambar : Amacad

Jerry Speyer adalah Pengerusi pemaju hartanah Tishman Speyer yang memiliki aset kekayaan berjumlah USD3.6 billion. Syarikatnya telah membangunkan lebih 152 juta kaki persegi hartanah, termasuk bangunan pencakar langit di bandar ikonik seperti New York, Chicago, Berlin, London, Frankfurt dan Paris. 

Beliau juga telah membangunkan semula beberapa hartanah mercu tanda, termasuklah Pusat Rockefeller dan Bangunan Chrysler di Manhattan. Beliau merupakan antara 10 orang paling kaya dalam bidang hartanah.

5. Jeff Sutton

Gambar : Commercial Server

Jeff Sutton ialah pengasas Wharton Properties, yang telah memperoleh lebih daripada 120 buah bangunan di seluruh New York City dan kawasan sekitarnya. Beliau memiliki hartanah marquee di sepanjang Fifth Avenue, Times Square dan 34th Street. Aset bersih yang dimiliki olehnya dikatakan bernilai USD3.1 billion. Menarik bukan baca kisah mereka yang tergolong dalam 10 orang terkaya dalam bidang hartanah ini.

6. Igor Olenicoff

Gambar : Brooksy Society

Igor Olenicoff membina empayar hartanah daripada impiannya sejak zaman remajanya lagi. Beliau memiliki syarikatnya yang sendiri iaitu Olen Properties yang memiliki lebih daripada 8 juta kaki persegi ruang pejabat dan 15,000 unit kediaman, terutamanya di California. Aset bersih miliknya berjumlah USD4.7 billion.

7. Leonard Stern

Gambar : Celeb Family

Leonard Stern memulakan perniagaan pembekalan haiwan peliharaan bapanya pada 1959 sebelum menceburi bidang properti dengan membeli sebuah gudang di New Jersey. Syarikatnya, Hartz Mountain Industries, kini memiliki lebih daripada 260 hartanah, yang terdiri daripada lebih 45 juta kaki persegi hartanah kediaman, pejabat, hotel dan perindustrian. Aset bersih miliknya dikatakan berjumlah USD6.2 billion.

8.  Sheldon Solow

Gambar : Bloomberg

Pada tahun 1972, Sheldon Solow yang merupakan salah seorang dari 10 orang terkaya dalam bidang hartanah ini mempertaruhkan keseluruhan asetnya untuk membina 9 West 57th Street di New York City. 

Pada 2016, ianya dinilai lebih daripada $3.4 bilion yang menjadikannya salah satu bangunan pejabat paling berharga di bandar New York tersebut. 

Selain itu, Sheldon Solow juga memiliki beberapa bangunan pejabat lain di 57th Street serta hartanah kediaman berhampiran East River. Asetnya kini dikatakan berjumlah USD4.2 billion.

9. Stephen Ross

Gambar : USA Today

Stephen Ross merupakan pengasas dan Pengerusi The Related Companies serta pemilik bagi Miami Dolphins dan Stadium Sunlife yang kini memiliki aset bersih berjumlah USD7.6 billion. 

Beliau pada awalnya bermula dengan membangunkan rumah mampu milik dan telah mengembangkan pelaburan hartanahnya ke dalam pembangunan yang lain. Beliau juga menerajui Projek Pembangunan Semula Hudson Yards di NYC yang menampilkan lapan struktur yang menempatkan kediaman, pejabat, hotel, ruang runcit dan pusat kebudayaan.

10. Donald Bren

Donald Bren merupakan orang terkaya dalam bidang hartanah berkat pemilikannya terhadap Syarikat Irvine. Beliau telah membeli kepentingan besar dalam syarikat itu pada tahun 1977, yang menguasai 93,000 ekar tanah di California Selatan, yang dikenali sebagai Irvine Ranch. Beliau juga memiliki berpuluh-puluh pusat runcit, pusat peranginan pantai, hotel, padang golf dan beberapa marina yang membuatkannya memiliki aset bersih berjumlah USD 15.5 billion.

Kesimpulannya, apa yang boleh kita lihat pada kekayaan 10 orang paling kaya dalam bidang properti di atas adalah disebabkan oleh keberanian mereka semua dalam mengambil risiko yang ada. Selain itu, kebijaksanaan mereka dalam menguruskan perniagaan yang dimiliki juga antara aspek utama kejayaan mereka menjadi orang paling kaya dalam bidang properti. Bagi anda yang menyertai bidang properti, teruskan kerjaya anda dan jangan mengalah untuk mengecapi kejayaan yang manis kelak.

Gambar yang tidak mempunyai kredit dibawahnya adalah gambar daripada laman Forbes.

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka selepas ini susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman daripada pihak bank.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

Belanjawan 2026: Membina Pasaran Perumahan Masa Depan untuk Malaysia

Ketika rakyat menantikan Belanjawan 2026, pasaran hartanah berada di persimpangan yang penting. Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) menetapkan sasaran reformasi perumahan bercita-cita tinggi, termasuk penyediaan sejuta rumah mampu milik menjelang 2035. Namun, ujian sebenar adalah memastikan aspirasi ini diterjemahkan kepada langkah-langkah yang menangani keadaan pasaran semasa. Data pasaran terkini menunjukkan wujud cabaran dan juga peluang. Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), jumlah transaksi hartanah Malaysia menurun 1.3% pada separuh pertama 2025 kepada 196,232 transaksi, manakala nilai transaksi meningkat 1.9% kepada RM107.68 bilion. Angka ini menunjukkan sebuah pasaran bercampur, dengan jumlah transaksi lebih rendah tetapi nilai keseluruhan lebih tinggi, mencerminkan sentimen pembeli yang berhati-hati tetapi harga kekal berdaya tahan. Ini menandakan pasaran menunggu kejelasan dan sokongan yang lebih kukuh.

Kami mendapati permintaan terhadap rumah mampu milik kekal kukuh, khususnya untuk kediaman berharga bawah RM300,000. Sehingga September 2025, lebih 20,500 hartanah di seluruh negara disenaraikan di PropertyGuru di bawah paras harga ini, dengan kira-kira 2,500 di Kuala Lumpur sahaja. Namun, kebanyakan rumah ini adalah stok sedia ada, terletak jauh daripada kemudahan pengangkutan awam, atau memerlukan renovasi besar — menekankan bahawa kemampuan bukan sekadar tentang harga.

Kemampuan Perumahan

Perumahan mampu milik bukan sekadar mencapai sasaran angka, tetapi memastikan rumah benar-benar berada dalam jangkauan isi rumah. NAPIC melaporkan harga rumah purata di Malaysia pada separuh pertama 2025 adalah RM486,070, jauh melebihi tahap mampu milik untuk ramai keluarga B40 dan M40 bawahan. Berdasarkan paras pendapatan, rumah di bawah RM300,000 dianggap mampu milik, namun penawarannya di lokasi strategik masih terhad.

Data platform kami menunjukkan ketahanan positif dalam tingkah laku pembeli. Carian untuk rumah bawah RM300,000 melonjak 27.3% dari April hingga Jun 2025 dan kekal stabil sepanjang Julai, mencerminkan kesan positif sokongan dasar dan kestabilan sentimen. Walaupun terdapat penurunan antara Disember 2024 hingga September 2025, di mana carian untuk rumah bawah RM300,000 susut 8.7% akibat ketidaktentuan ekonomi, lonjakan semula ini membuktikan rakyat Malaysia cepat kembali apabila mereka melihat peluang dan kestabilan di pasaran.

Lokasi tetap menjadi faktor kritikal. Permintaan tertinggi bagi rumah mampu milik adalah di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang — negeri-negeri dengan tumpuan pekerjaan, infrastruktur dan kemudahan. Belanjawan 2026 boleh memberi impak besar dengan menggalakkan pembangunan rumah berharga sederhana yang berhubung dengan pengangkutan awam di koridor berpermintaan tinggi. Sementara itu, skim Sewa-untuk-Milik (RTO) boleh menjadi jambatan praktikal untuk banyak keluarga. Bagi isi rumah B40, di mana tahap mampu sewa sekitar RM1,500, skim RTO yang berstruktur baik boleh membuka laluan ke arah pemilikan rumah sambil menangani keperluan perumahan mendesak.

Menyelaraskan Penawaran Dengan Permintaan Sebenar

Cabaran perumahan di Malaysia adalah memastikan penawaran mencukupi dan seiring dengan keperluan pembeli rumah. Sebahagian projek masih menyasarkan harga lebih tinggi, menyebabkan jurang dalam segmen pertengahan di mana majoriti pembeli berpotensi sedang mencari. Menurut NAPIC, pelancaran perumahan baharu menurun sebanyak 46% pada separuh pertama 2025 kepada 23,380 unit, berbanding 43,167 unit pada separuh pertama 2024. Pada masa yang sama, jumlah rumah siap yang tidak terjual meningkat 16.3% kepada 26,911 unit bernilai RM18.6 bilion.

Belanjawan 2026 berpeluang merapatkan jurang ini. Menyokong projek berharga sederhana di koridor bandar berpermintaan tinggi, menggalakkan pembangunan semula kawasan terbiar, serta mempercepatkan kelulusan melalui digitalisasi dan garis masa yang lebih jelas akan memastikan penawaran baharu lebih mencerminkan realiti isi rumah Malaysia.

Perumahan Mampan dan ESG

Kemampuan sahaja tidak akan menjamin masa depan sektor perumahan Malaysia. Semakin ramai rakyat Malaysia mahukan rumah yang bukan sahaja mampu milik, tetapi juga lestari, cekap tenaga dan bertanggungjawab secara sosial. Projek di pasaran kebelakangan ini menunjukkan pemaju mula mengintegrasikan prinsip tersebut ke dalam projek mereka, daripada mengekalkan kawasan hijau yang luas dalam pelan induk perbandaran kepada menggabungkan ciri bandar rendah karbon dan pintar yang meningkatkan kebolehdiaman sambil mengurangkan impak alam sekitar.

Pada masa yang sama, bangunan baharu mencapai pensijilan hijau tertinggi, menampilkan kemajuan dalam reka bentuk yang memberikan manfaat nyata dari segi kecekapan tenaga, air dan sumber. Perkembangan ini membuktikan bahawa kelestarian bukan sekadar ideal, tetapi piawaian yang boleh dicapai dan ditingkatkan dalam sektor ini. Ini sejajar dengan keutamaan ESG global serta boleh mengurangkan kos jangka panjang isi rumah sambil melindungi nilai aset.

Belanjawan 2026 boleh mempercepatkan peralihan ini dengan memberi insentif terhadap penggunaan teknologi binaan hijau, daripada panel solar di bumbung dan sistem penjimatan air kepada Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang mengurangkan pembaziran dan mempercepatkan pembinaan. Pada masa yang sama, dasar yang menggalakkan pengubahsuaian stok rumah sedia ada dengan penambahbaikan penjimatan tenaga dapat mengurangkan kos utiliti bulanan untuk keluarga dan memanjangkan jangka hayat hartanah lama.

Aspek sosial ESG juga penting. Membentuk kerangka komuniti campuran yang layak didiami dengan sokongan pengangkutan, pendidikan, dan penjagaan kesihatan akan memastikan dasar perumahan menyumbang kepada matlamat nasional yang lebih inklusif dan mobiliti sosial. Pendedahan lebih telus tentang piawaian prestasi bangunan, termasuk penarafan tenaga dan kesihatan dana penyelenggaraan, juga akan meningkatkan keyakinan pembeli serta menggalakkan pengurusan aset yang lebih baik.

Dengan mengintegrasikan pertimbangan ESG dalam dasar perumahan, Malaysia boleh membina bukan sahaja lebih banyak rumah, tetapi rumah yang lebih baik — cekap, berdaya tahan dan seiring dengan trajektori pembangunan jangka panjang negara di bawah RMK13.

Memperkasakan Ekosistem Perumahan

Belanjawan 2026 bukan sekadar dokumen fiskal. Ia adalah peluang untuk mencerminkan realiti pasaran dan aspirasi rakyat Malaysia. Dengan memberi tumpuan kepada kemampuan, menyelaraskan penawaran dengan permintaan sebenar, dan menempatkan kelestarian dalam perumahan, kerajaan dapat memastikan visi RMK13 diterjemahkan kepada hasil yang nyata.

Di PropertyGuru dan iProperty, kami kekal komited untuk bekerjasama dengan pembuat dasar, pemaju, dan institusi kewangan bagi menyediakan pandangan serta alatan digital yang membantu rakyat Malaysia membuat keputusan pemilikan rumah dengan yakin. Belanjawan 2026 boleh menjadi asas kepada ekosistem perumahan yang telus, inklusif, dan berdaya tahan — di mana setiap rakyat Malaysia mempunyai pilihan sebenar, dan peluang yang adil, untuk memiliki rumah.