Cara Dapatkan Semula Duit Yang Tersalah Transfer Ke Bank Orang Lain

Dengan kemudahan teknologi yang serba canggih ini semua perkara boleh dibuat dihujung jari. Termasuklah nak buat permindahan duit, tak perlu lagi kita nak bersesak beratur di Mesin Deposit Wang Tunai (CDM). Namun tidak mustahil akan berlaku kesilapan dengan kecanggihan teknologi yang serba mudah ini.

Pernah dengar orang tersalah trasfer duit ke bank orang lain? Atau anda sendiri yang mengalami situasi ini? Tidak mustahil kes ini akan berlaku kerana mungkin anda nak cepat dan tidak menyemak nama penerima dengan betul atau tersilap masukan nombor akaun penerima.

Jika situasi ini berlaku pada anda, perkara penting anda kena buat adalah jangan panik. Jadi apa yang perlu anda lakukan? Bagaimana cara untuk dapatkan duit anda semula? Di sini kami kongsikan cara untuk dapatkan semula duit yang anda salah transfer ke akaun orang lain.

1. Dapatkan Bukti Transaksi

Setelah membuat pemindahan duit, pastikan anda screenshot atau simpan resit transaksi tersebut. Segala butiran penerima seperti nama penerima, nombor akaun dan jumlah yang dipindahkan ada di resit tersebut.

2. Laporkan Kepada Pihak Polis

Segera ke balai polis yang berdekatan untuk membuat laporan. Bawa sekali bukti transaksi bagi memudahkan anda untuk melengkapkan maklumat yang diperlukan.

Pihak bank akan mengambil serius akan kes ini kerana anda telah membuat laporan polis. Namun, jangan sesekali untuk membuat laporan palsu kepada pihak polis. Tindakan akan diambil mengikut undang-undang kerana membuat laporan palsu.

3. Pergi Ke Cawangan Bank Berdekatan

Pergi ke mana-mana cawangan bank yang anda gunakan beserta laporan polis yang telah dibuat. Nyatakan masalah anda kepada pegawai bank yang bertugas. Minta bantuan pegawai bank tersebut untuk menghubungi penerima duit yang anda tersilap transfer bagi mendapatkan semula duit anda.

4. Tunggu Maklum Balas Daripada Penerima

Apabila laporan dibuat, pihak bank akan menghubungi penerima dan mendapatkan persetujuan untuk memulangkan kembali duit yang diterima daripada anda.

Sekiranya persetujuan dicapai, proses untuk memulangkan kembali duit akan menjadi lebih mudah. Namun, sekiranya penerima enggan memberi kerjasama untuk memulangkan duit tersebut, anda perlu bawa kes ini ke mahkamah untuk diselesaikan.

Jika jumlah duit yang dipindahkan kurang dari RM5,000, anda perlu melakukan ‘Small Claim Procedure’ (borang tuntutan). Manakala jika wang yang dipindahkan melebihi RM5,000, anda perlu menggunakan khidmat perguam untuk mendapatkan semula duit anda.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, anda digalakkan untuk menyemak maklumat penerima dengan teliti sebelum membuat pemindahan duit.

Baca juga:-

Previous ArticleNext Article

TP-Link Dan UiTM Bekerjasama Tangani Jurang Bakat Rangkaian Enterprise

SHAH ALAM – TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd. (“TP-Link Malaysia”) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) strategik bagi melengkapkan pelajar dengan kemahiran rangkaian yang relevan dengan industri, pengalaman praktikal enterprise serta pensijilan bertaraf global.

Kerjasama selama tiga tahun ini direka untuk merapatkan jurang antara pembelajaran akademik dan keperluan sebenar industri, membolehkan pelajar UiTM menamatkan pengajian dengan keupayaan praktikal yang selari dengan keperluan semasa enterprise, sekali gus mengukuhkan kolaborasi antara industri dan institusi pendidikan.

Di teras kerjasama ini ialah pelaksanaan penyelesaian rangkaian enterprise Omada oleh TP-Link di makmal UiTM, yang memberikan pendedahan langsung kepada pelajar terhadap infrastruktur yang sama digunakan dalam persekitaran perniagaan. Inisiatif ini turut disokong dengan program latihan berstruktur, bengkel teknikal serta akses kepada laluan pensijilan Omada Certified Network Administrator (OCNA).

Pelajar juga akan mendapat manfaat daripada peluang latihan industri dan praktikal bersama TP-Link, sekali gus membuka laluan yang lebih jelas daripada universiti ke alam pekerjaan dalam ekonomi digital Malaysia yang semakin berkembang.

Inisiatif ini membina kerjasama terdahulu TP-Link Malaysia dengan Universiti Malaya, di mana lebih 500 pelajar telah menyertai program pensijilan pada tahun 2025, menunjukkan permintaan tinggi terhadap kemahiran rangkaian dan pensijilan yang selari dengan kehendak industri.

Hugo Cai, Pengarah Serantau TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd. berkata, “Dalam pelbagai industri, organisasi sedang memperluaskan infrastruktur digital mereka, namun ketersediaan profesional dengan kepakaran rangkaian enterprise tidak berkembang seiring. Kerjasama ini bertujuan merapatkan jurang tersebut dengan melengkapkan pelajar dengan kemahiran praktikal yang disokong pensijilan dan relevan dengan keperluan industri sejak hari pertama.”

“Memastikan graduan kami dilengkapi dengan pengetahuan akademik serta kemahiran praktikal yang relevan dengan industri adalah sangat penting dalam landskap digital yang berkembang pesat hari ini. Kerjasama seperti ini membolehkan kami menyelaraskan program dengan lebih dekat kepada kemajuan teknologi dan jangkaan industri,” tambah Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA.

Selain pembangunan bakat, kedua-dua organisasi juga akan meneroka inisiatif bersama dalam penyelidikan, perundingan dan perkongsian ilmu, sekali gus mengukuhkan kerjasama antara jurutera TP-Link dan tenaga pengajar UiTM.

Seiring Malaysia terus memperkukuh aspirasi ekonomi digital, inisiatif yang menghubungkan pendidikan dengan keperluan industri secara langsung akan memainkan peranan penting dalam memastikan negara kekal kompetitif dalam membangunkan serta mengekalkan infrastruktur digital moden.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian rangkaian enterprise Omada oleh TP-Link, sila layari:
https://www.omadanetworks.com/us/business-networking/consult/