5 Ciri-Ciri Lelaki Idaman Wanita

Setiap wanita pasti menyimpan hasrat untuk membina hidup bersama lelaki idaman. Sudah semestinya lelaki idaman ini ada ciri-ciri yang tersendiri.           

Ciri-ciri lelaki idaman bagi setiap wanita berbeza mengikut individu. Lain orang, lain cita rasanya. Masing-masing ada taste tersendiri.

Nak menjadi lelaki idaman wanita? Perhatikan ciri-ciri berikut dalam diri anda.

1. Bertanggungjawab

Tanggungjawab di sini bukan sahaja bermaksud tanggungjawab kepada keluarga dan anda, tetapi lebih kepada bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

Adakah dia seorang yang bertanggungjawab terhadap kesihatan, pemakanan dan yang paling penting tanggungjawab terhadap agamanya? Agama adalah perkara yang pertama yang seharusnya dinilai pada setiap lelaki.

Sekiranya tanggungjawab terhadap diri sendiri pun tidak dapat dipenuhi, bagaimana dia dapat menjalankan tanggungjawabnya untuk mengemudi bahtera rumahtangga pada masa yang akan datang?

2. Boleh Merendahkan Ego

Lelaki dan ego sememangnya tidak dapat untuk dipisahkan. Begitu juga dengan wanita. Setiap orang mempunyai ego mereka yang tersendiri. Jadi, sekiranya anda mengharapkan pasangan anda untuk tidak mempunyai ego, itu adalah sesuatu yang mustahil.

Sekiranya anda jumpa lelaki yang membuat kesilapan, tetapi mengaku kesalahan dirinya dan rendahkan egonya dengan meminta maaf, lelaki tersebut mungkin adalah yang terbaik untuk anda. Tetapi, anda juga perlu pastikan ego anda tidak tinggi melangit.

3. Menghormati orang lain

Hormat antara satu sama lain adalah salah satu kunci untuk mempunyai hubungan yang sihat dan bahagia. Lelaki yang baik akan menghormati diri sendiri, pasangan dan juga orang lain. Seseorang wanita itu akan lebih tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian dan menghormatinya.

Rasa hormat ditunjukkan melalui pelbagai cara. Sebagai contoh, menghormati pendapat pasangan walaupun anda tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Selain daripada itu, wanita akan melihat layanan lelaki tersebut terhadap kedua-dua orang tuanya.

4. Matang

Matang bukan hanya terletak pada emosi. Malah, kematangan juga dinilai dari segi pertuturan dan tingkah laku. Kebanyakan masalah dalam perhubungan timbul disebabkan sikap pasangan yang tidak matang. Hal yang remeh sering menjadi isu yang besar.

Lain pula dengan lelaki yang berfikiran dan bersikap matang. Mereka tidak akan bertindak terburu-buru dan berfikir sebelum melakukan sesuatu. Oleh itu, pergaduhan yang terjadi akibat daripada hal-hal yang remeh ini akan dapat dielakkan.

5. Penyabar

Lelaki yang mempunyai sifat sabar yang tinggi dan mampu mengawal emosi dengan baik adalah calon terbaik untuk dijadikan pasangan hidup. Mereka mampu untuk mengawal emosi dan tidak cepat marah walaupun berdepan dengan masalah yang remeh.

Lelaki penyabar tidak akan mudah untuk mengeluarkan kata-kata kesat kepada pasangan. Mereka juga menimbangkan banyak hal sebelum mengambil apa-apa tindakan. Ciri-ciri ini akan membantu hubungan bertahan lama.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, setiap wanita perlu mempunyai ciri-ciri lelaki idaman dan gunakan sebagai panduan untuk mencari pasangan masing-masing.

Buat wanita, ada ciri-ciri pasangan yang anda cari dalam senarai ini?

Sang bujang kacak, anda memiliki kesemua kriteria ini?

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.