Kereta Atau Rumah, Mana Yang Lebih Penting?

Tidak dinafikan, kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Bahkan, kereta pada masa kini adalah satu benda yang perlu ada agar mudah untuk bergerak ke sana sini.

Rumah pula perlu sebagai tempat berteduh. Hendak memiliki kedua-duanya sekaligus adalah satu perkara yang sukar bagi yang berpendapatan sederhana atau rendah.

Anak muda pun keliru nak utamakan yang mana satu di antara kereta dan rumah. Jom kita hadamkan 3 perkara berikut agar boleh buat pertimbangan yang baik di antara nak beli kereta dulu atau nak beli rumah.

1. Fikirkan Kehidupan Anda 10 Tahun Akan Datang

Jika anda teliti betul-betul, harga rumah semakin meningkat naik dari semasa ke semasa. Sekiranya anda lewat bertindak, tidak dinafikan anda akan turut ketinggalan untuk memilki sebuah rumah yang menjadi idaman anda.

Ramai yang memberikan alasan bahawa mreka masih tidak mampu untuk membeli rumah. Bahkan nak kumpul duit deposit rumah asyik tak pernah nak cukup.

Namun, lain pula halnya dengan kereta. Ianya lebih mudah untuk dibeli disebabkan oleh deposit yang jauh lebih rendah daripada deposit rumah.

Sebab itulah kita kena bayangkan kehidupan kita lagi 10 tahun akan datang. Perlu untuk anda menilai tentang kedua-duanya agar tidak tersilap percaturan.

Adakah dengan memilki sebuah kereta pada hari ini, akan menyebabkan anda sukar untuk membeli rumah pada masa hadapan? Harga yang berharga RM50,000 pada hari ini, mungkin akan bernilai RM10,000 saja lagi 10 tahun akan datang.

2. Ikut Akal Atau Nafsu?

Semestinya masih ramai yang akan mengikut hawa nafsu dalam kebanyakan keadaan. Masih ramai yang mengejar untuk mendapatkan kereta idaman berbanding mendapatkan rumah idaman yang jauh lebih menguntungkan.

Walaupun harga rumah adalah mahal dan dijangka akan terus naik, namun ia perlu dijadikan sebagai pembakar semangat kepada anda untuk terus berusaha mendapatkannya. Jika anda bekerja makan gaji, sebaiknya usahakan untuk menambahkan pendapatan anda untuk mencukupkan nilai simpanan deposit rumah.

Untuk rumah pertama, tidak perlu untuk terus membeli rumah idaman anda. Sebaliknya beli rumah dalam kemampuan, nanti pendapatan dah semakin meningkat – boleh beli rumah kedua dan sewakan rumah pertama tadi.

Manakala sekiranya anda beli kereta hari ini, lagi 10 tahun keadaan kereta tersebut mungkin sudah tidak berapa elok. Kena beli kereta lain pula.

3. Hutang Baik Atau Hutang Jahat?

Kaji dan nilai segala jenis hutang yang anda ada. Adakah hutang-hutang ini memberikan kebaikan ataupun keburukan kepada anda?

Kita memang tidak boleh lari daripada hutahgn, tetapi kena bijak buat kira-kira hutang yang mana akan mendatangkan kebaikan dan hutang yang mana akan mendatangkan kemudaratan.


Dalam contoh sebuah rumah, pastinya terasa berat untuk membayar instalment bulanan yang tinggi setiap bulan. Tetapi meskipun anda berhutang, ianya adalah hutang yang baik kerana harga rumah tersebut akan meningkat naik pada masa akan datang.

Ada juga rumah yang dijadikan sebagai pelaburan. Contohnya anda kena bayar instalment sebanyak RM800 setiap bulan, tetapi ianya disewakan dengan harga RM1,000 sebulan.

Inilah yang dipanggil aliran tunai positif, orang lain yang bayarkan hutang rumah anda. Siap dapat RM200 lagi setiap bulan untuk aset yang akan semakin meningkat naik.

Manakala untuk kereta agak sukar sedikit. Melainkan kita gunakan kereta tersebut untuk menjana pendapatan seperti membawa e-hailing atau sebagainya.

Oleh itu, tidak wajar untuk kita membayar sesuatu dengan nilai yang tinggi untuk aset yang semakin turun nilainya. Sebaliknya kita kena utamakan untuk dapatkan aset yang akan semakin meningkat naik nilainya, walaupun terpaksa bayar tinggi setiap bulan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

TP-Link Dan UiTM Bekerjasama Tangani Jurang Bakat Rangkaian Enterprise

SHAH ALAM – TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd. (“TP-Link Malaysia”) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) strategik bagi melengkapkan pelajar dengan kemahiran rangkaian yang relevan dengan industri, pengalaman praktikal enterprise serta pensijilan bertaraf global.

Kerjasama selama tiga tahun ini direka untuk merapatkan jurang antara pembelajaran akademik dan keperluan sebenar industri, membolehkan pelajar UiTM menamatkan pengajian dengan keupayaan praktikal yang selari dengan keperluan semasa enterprise, sekali gus mengukuhkan kolaborasi antara industri dan institusi pendidikan.

Di teras kerjasama ini ialah pelaksanaan penyelesaian rangkaian enterprise Omada oleh TP-Link di makmal UiTM, yang memberikan pendedahan langsung kepada pelajar terhadap infrastruktur yang sama digunakan dalam persekitaran perniagaan. Inisiatif ini turut disokong dengan program latihan berstruktur, bengkel teknikal serta akses kepada laluan pensijilan Omada Certified Network Administrator (OCNA).

Pelajar juga akan mendapat manfaat daripada peluang latihan industri dan praktikal bersama TP-Link, sekali gus membuka laluan yang lebih jelas daripada universiti ke alam pekerjaan dalam ekonomi digital Malaysia yang semakin berkembang.

Inisiatif ini membina kerjasama terdahulu TP-Link Malaysia dengan Universiti Malaya, di mana lebih 500 pelajar telah menyertai program pensijilan pada tahun 2025, menunjukkan permintaan tinggi terhadap kemahiran rangkaian dan pensijilan yang selari dengan kehendak industri.

Hugo Cai, Pengarah Serantau TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd. berkata, “Dalam pelbagai industri, organisasi sedang memperluaskan infrastruktur digital mereka, namun ketersediaan profesional dengan kepakaran rangkaian enterprise tidak berkembang seiring. Kerjasama ini bertujuan merapatkan jurang tersebut dengan melengkapkan pelajar dengan kemahiran praktikal yang disokong pensijilan dan relevan dengan keperluan industri sejak hari pertama.”

“Memastikan graduan kami dilengkapi dengan pengetahuan akademik serta kemahiran praktikal yang relevan dengan industri adalah sangat penting dalam landskap digital yang berkembang pesat hari ini. Kerjasama seperti ini membolehkan kami menyelaraskan program dengan lebih dekat kepada kemajuan teknologi dan jangkaan industri,” tambah Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA.

Selain pembangunan bakat, kedua-dua organisasi juga akan meneroka inisiatif bersama dalam penyelidikan, perundingan dan perkongsian ilmu, sekali gus mengukuhkan kerjasama antara jurutera TP-Link dan tenaga pengajar UiTM.

Seiring Malaysia terus memperkukuh aspirasi ekonomi digital, inisiatif yang menghubungkan pendidikan dengan keperluan industri secara langsung akan memainkan peranan penting dalam memastikan negara kekal kompetitif dalam membangunkan serta mengekalkan infrastruktur digital moden.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian rangkaian enterprise Omada oleh TP-Link, sila layari:
https://www.omadanetworks.com/us/business-networking/consult/