Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Disember 2022

‘Dagangan bulan Disember tahun ini seakan tiada aktiviti “Window Dressing”’

Penantian ramai untuk melihat aktiviti Window Dressing pada penghubung bulan Disember hambar atas ketiadaan aktiviti tersebut. Indeks dibuka pada 1,480.8 mata dan menutup tirai Disember pada 1,495.49 mata. 

Baca lagi: Apa Itu Window Dressing? Kadang-Kadang Orang Saham Panggil ‘Magic Show’

Secara keseluruhan, indeks pasaran saham Bursa Malaysia naik sebanyak 14.69 mata atau kenaikan sebanyak sebanyak 0.992%. 

Mari kita lihat senarai 10 top saham patuh syariah paling untung untuk bulan Disember tahun 2022. Senarai saham paling untung untuk bulan Disember tahun 2022 adalah seperti berikut:

Sumber: 

1. Infomina Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Infomina Bhd pula merupakan saham patuh syariah paling untung pada bulan Disember 2022 dengan kenaikan sehingga 132.26% untuk tempoh satu bulan dagangan pada bulan Disember 2022. 

2. Kein Hing International Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat kedua pula adalah saham syarikat Kein Hing International Berhad dengan kenaikan sebanyak 84.35% dalam tempoh satu bulan dagangan. 

3. South Malaysia Industries Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

South Malaysia Industries Berhad berada di tangga ketiga untuk saham paling untung sepanjang bulan Disember 2022 dengan kenaikan sebanyak 71.83%.

4. Propel Global Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat keempat pula adalah syarikat Propel Global Berhad yang mencatatkan peningkatan sebanyak 64.00% untuk tempoh sebulan pada Disember 2022. 

5. Nylex (M) Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Pada tempat kelima adalah saham syarikat Nylex (M) Bhd yang mencatatkan kenaikan sebanyak 63.16% dalam tempoh sebulan dagangan pada Disember 2022. 

6. Reneuco Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Syarikat Reneuco Berhad pula adalah saham keenam paling untung untuk bulan Disember 2022 dengan kenaikan 62.22%. 

7. Ecoscience International Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Kumpulan Ecoscience merupakan saham ketujuh paling untung pada bulan Disember 2022 dengan kenaikan sebanyak 49.25%.

8. Salcon Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Yang ketiga terakhir di tempat kelapan adalah saham daripada syarikat Salcon dengan kenaikan sebanyak 48.39% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan Disember 2022. 

9. Key Asic Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Yang kedua terakhir paling untung pada bulan Disember 2022 adalah saham syarikat Key Asic Bhd yang mengalami kenaikan harga sebanyak 44.44% dalam tempoh sebulan dagangan. 

10. Sapura Resources Berhad

Sumber: TradingView

Ditempat kesepuluh untuk saham paling untung Disember 2022 adalah syarikat Sapura Resources Berhad. Syarikat ini telah membuat kenaikan sebanyak 41.67% dalam tempoh sebulan dagangan. 

Hampir Menutup Tirai Tahun 2023 Dengan Dagangan Atas 1,500 Mata. 

Walaupun saham-saham yang untung bulan ini agak memberangsangkan berbanding bulan sebelumnya, namun cubaan indeks FBMKLCI untuk menutup tirai dan berada diatas paras 1,500 mata gagal. 

Kepada pelabur semua, selamat tahun baru dan semoga tahun 2023 anda akan meraih untung berlipat kali ganda! 

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Kerajaan MADANI Sasar Senaraikan 10 Syarikat Bumiputera Di Bursa Malaysia Pada 2026, 2027

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 syarikat Bumiputera disasar untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2026 dan 2027, dengan empat daripadanya berada dalam perancangan bagi disenaraikan tahun ini.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, berkata penyenaraian itu susulan hasil Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, sasaran itu jauh melebihi pencapaian lima tahun sebelumnya.

“Bagi menyokong sasaran berkenaan, program ’10 Juara Bumiputera’ hasil kerjasama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah diperkenalkan untuk membimbing syarikat berpotensi tinggi serta melahirkan 10 syarikat Bumiputera bernilai RM500 juta setiap satu menjelang 2028,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Fahmi berkata ekosistem PETRONAS, GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan salah satu penyumbang penting kepada agenda pembangunan bumiputera negara.

Beliau berkata, ekosistem berkenaan telah menyumbang RM50 bilion setahun, termasuk RM49.2 bilion pada tahun lalu, merangkumi pelaburan langsung, perolehan vendor, pembangunan bakat dan komuniti.

“Pada masa yang sama, garis panduan baharu pembangunan vendor Bumiputera turut diperkenalkan bagi memperkukuh saluran pembangunan vendor serta meningkatkan kapasiti mereka secara lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, Jemaah Menteri juga sedang meneliti cadangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) agar tempoh bayaran GLC dan GLIC kepada vendor tempatan dipendekkan bagi memastikan aliran kewangan atau ‘cash flow’ syarikat dan vendor tempatan dapat diuruskan dengan lebih baik.

Sementara itu, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai prestasi operasi pelabuhan persekutuan bagi suku pertama tahun ini yang mencatat 8.002 juta unit setara 20 kaki (TEU), menunjukkan peningkatan 8.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Ini dipacu oleh peranan negara sebagai penghubung utama bagi barangan dunia melalui aktiviti pemunggahan pindahan ke kapal atau transshipment yang mencatat pertumbuhan 9.96 peratus berbanding suku pertama 2025,” katanya.

Beliau berkata, kargo konvensional turut menunjukkan peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, terutama bagi kargo am yang meningkat 8.93 peratus dan kendalian pukal kering yang bertambah sebanyak 3.55 peratus.

“Prestasi ini amat membanggakan walaupun ketika negara berdepan dengan krisis geopolitik di Asia Barat yang bermula sekitar suku pertama tahun ini,” katanya.

— Berita Harian