Rugi Dalam Pasaran Saham, Salah Siapa?

Khabarnya, Fathia Latiff mengalami kerugian yang teruk apabila ‘tersalah’ beli saham syarikat Sumatec, salah satu dari 686 saham patuh syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia. Beliau memuat naik status di Twitter beliau seperti berikut:

Katanya pelakon jelita kelahiran Pulau Pinang ini kerugian hampir RM9,000:

Nak Salahkan Siapa Kalau Rugi?

Pertamanya, ini bukan sejenis pelaburan yang confirm tak rugi macam ASB (harga tetap RM1). Bila harga saham jatuh dan kita rugi tak ada siapa nak pulangkan balik duit pelaburan kita. Sama juga bila kita ada bisnes dan ditakdirkan rugi, modal bisnes kita tu hangus la dik.

Kalau jenis pelabur yang tak ada trading plan ni, ada 2 pilihan, jual supaya rugi tak semakin teruk atau tunggu sehingga harga dia naik semula.

Bila dah jadi macam ni cuba selidik semula. Adakah kita ‘salah masuk’, iaitu beli ketika harga berada di puncak? Biasanya jenis macam ni suka ikut-ikut kawan. Kawan beli kita pun beli.

Tanya juga, kenapa kita beli? Dah buat Fundamental Analysis (What to buy)? Bagaimana dengan Technical Analysis (When to buy) pula?

Sebab kalau kita betul dah Fundamental Analysis, kita dapat simpulkan bahawa syarikat Sumatec mencatatkan kerugian untuk setahun kebelakangan ini:

Sumber: Bursa Marketplace

Sumatec Resources Berhad

Sumatec adalah syarikat yang terlibat dalam industri Oil & Gas, jadi mengambil masa untuk pulih. Nak pula Sumatec banyak terlibat dalam sektor upstream. Nak tahu lebih lanjut, boleh tengok Nak Beli Saham Syarikat Oil & Gas? Kenali Industri Ini Dengan Lebih Dekat dan Harga Minyak Dunia Meningkat, Harga Saham Syarikat Oil & Gas Juga Meningkat.

Jadi kalau syarikat pun tengah rugi, industri oil & gas pun baru nak pulih tahun 2018 ini; nampaknya tersalah beli saham lah ni.

Mungkin boleh baca juga:

Rugi Itu Pasti, Untung Itu Wajib

Sebut saja pelaburan saham, rugi itu sudah pasti tetapi untung itu wajib. Sebab itu kalau nak melabur, kita disarankan untuk guna duit lebihan yang kita tak perlu. Jadi kalau rugi pun, takdelah instalment rumah tak terbayar, kereta kena tarik dan sebagainya. Yang penting, tidur pun masih lena.

Ramai je yang untung, tak kira pasaran tengah up (Bull) atau pasaran tengah down (Bear). Dengan ilmu yang betul, insyaAllah boleh beroleh keuntungan. Lihat saja Puan Roslinah Laikoi dengan keuntungan saham Penta (Pentamaster Corporation Berhad):

Jadi bagi yang tengah mengalami kerugian, cuba musahabah diri dulu. Cari apa yang tak betul, kenapa boleh salah beli saham, kenapa boleh rugi besar. Adakah kita melabur sekadar ikut-ikutan, orang suruh beli saham Sumatec, kita pun beli saham Sumatec?

Semoga kita semua belajar daripada kesilapan, dan terus belajar memantapkan ilmu sampai berjaya. Tapi dah untung nanti, jangan lupa bayar zakat saham pula. Panduan Mengira Sendiri Zakat Saham Beserta Contoh, ilmu ni pun perlu ada.

Baca juga Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Januari 2018

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerjaya Prospek: Tawaran Kerja YTD FY26 Tembusi Paras MYR2bn

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR3.19 dikekalkan, yang menawarkan potensi kenaikan harga saham 35% dan kadar hasil dividen kira-kira 5% untuk FY27F

Kerjaya Prospek berjaya memperoleh kontrak bernilai MYR529j daripada Persada Mentari, yang merupakan anak syarikat kepada Eastern & Oriental (EAST MK, BELI, TP: MYR1.05). Kontrak ini membabitkan projek rumah kediaman tepian air di Pulau Andaman, Pulau Pinang, AVÉA, yang merangkumi 1,080 unit. Kerja-kerja pembinaan dijadualkan bermula pada 1 Jul dan akan disiapkan dalam tempoh 42 bulan dari tarikh bermulanya pembinaan.

Kontrak ini merupakan tawaran kerja kelapan buat KPG pada FY26

Dengan lima kontrak kerja lain datang daripada urus niaga pihak berkaitan – empat daripada EAST dan satu daripadaKerjaya Prospek Property (KPPROP MK, TIADA SARANAN). Kami menjangkakan margin bersih projek ini akan berada dalam lingkungan 8-10%. Baki buku pesanan semasa kumpulan ini yang berjumlah kira-kira MYR5bn (termasuk tawaran terkini) mempunyai sekitar 70-80% kerja daripada pihak-pihak berkaitan seperti KPROP dan EAST.

Tawaran kerja YTD FY26 berjumlah MYR2.1bn sudahpun mencapai rekod tertinggi

Mengambil kira tawaran kerja terbaharu ini, KPG berjaya meraih projekprojek baharu dengan nilai sekitar MYR2.1bn secara YTD berbanding dengan sasaran FY26F sebanyak MYR2bn dan andaian penambahan kerja kami bernilai MYR2.3bn untuk tahun kewangan yang sama. Pada pandangan kami, projek-projek berpotensi untuk tempoh FY26 yang berbaki termasuklah:

i) Mezon@Park Enclave milik Aspen Group di Batu Kawan (yang mungkin mencecah MYR200-400j berdasarkan kontrak-kontrak sebelum ini)

ii) projek GDV KPROP berjumlah MYR720j (nilai pembinaan: kira-kira MYR288j) di Batu Kawan

iii) hospital swasta tertiari yang dirancangkan di Pulau Andaman dibangunkan oleh EAST, Cengild Medical (CENGILD MK, TIADA SARANAN), dan Skyspring dengan nilai pembangunan sebanyak MYR350j.

Faktor perangsang tambahan kepada prestasi syarikat ini adalah sekiranya KPG berjaya meraih kerja-kerja baharu daripada segmen perindustrian

Kali terakhir ia memperoleh kerja dalam kategori ini adalah semasa Sep 2023 untuk Texas Instruments.

Jangkaan perolehan

Tiada sebarang perubahan dibuat pada perolehan FY26F kerana kerja terbaharu ini menepati sasaran penambahan kerja berjumlah MYR2.3bn kami untuk tahun kewangan ini. Dengan itu, TP MYR3.19 yang diperoleh melalui kaedah SOP masih tidak berubah. Premium ESG 2% turut dimasukkan dalam pengiraan TP ekoran markah KPG sebanyak 3.1 berbanding paras median negara.

Faktor pemangkin utama untuk KPG

Sekiranya kumpulan ini terlibat dalam mana-mana projek prasarana utama seperti Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang). Menurut majalah The Edge, KPG menerusi sebuah konsortium dengan Sinohydro Corp dan Power China Group, berhasrat untuk memperoleh pakej kedua bagi projek LRT Pulau Pinang (yang dianggarkan bernilai sebanyak MYR4bn).

Risiko negatif

Kemerosotan pasaran hartanah dan tekanan kos berlarutan.

Asas Penilaian

Kami menilai Kerjaya Prospek menerusi kaedah SOP, iaitu diperoleh daripada gabungan kaedah penilaian P/E, dan RNAV.

Faktor Pemacu Utama

Perolehan Kerjaya Prospek diperkukuh oleh pesanan kerja pembinaan, jualan hartanah dan pembuatan lekapan & kelengkapan dalaman.

Risiko Utama

i. Kemerosotan pasaran hartanah
ii. Tekanan kos berpanjangan.

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.