Ramai Orang Beli Rumah Subsale Tapi Gagal Lakukan 7 Perkara Ini

Nak beli rumah kena viewing terlebih dahulu? Apa sebenarnya yang kita perlu buat semasa viewing tersebut?

Ya, sama seperti proses kita nak beli sebuah kereta. Kita akan pergi ke galeri kereta, melihat, menyentuh, dan membuka pintu kereta sebelum mengambil bau ‘kereta baru’ tersebut.

Untuk rumah pula, prosesnya adalah lebih rumit dan kompleks kerana kita bukan sahaja perlu menilai keadaan dalaman rumah, bahkan keadaan luar rumah, persekitaran dan infrastruktur yang terdapat berdekatan rumah tersebut.

Aktiviti viewing rumah lebih kritikal apabila kita membuat keputusan untuk ‘hidup dan mati’ di kawasan tersebut dan menanti cucu datang pada hujung minggu atau pada cuti sekolah.

Perkara asas yang perlu dilakukan apabila viewing rumah selain daripada melihat keadaan rumah adalah melihat keadaan rumah, persekitaran rumah dan kemudahan rumah.

Baca : “Booster” Yang Meningkatkan Nilai Hartanah

Kredit Gambar: Twitter

Ramai bakal pembeli rumah sekadar melihat keadaan rumah dan merenung jauh kawasan luar rumah.

Kita sebenarnya perlu buat lebih dari itu! Proses viewing rumah adalah berbeza mengikut objektif. Viewing untuk rumah pelaburan tidak sama dengan viewing untuk rumah yang ingin diduduki.

Artikel ini akan menunjukkan perbezaan aktiviti yang perlu kita buat apabila viewing rumah dengan fokus untuk pelaburan dan untuk didiami sendiri.

Berikan perhatian kepada empat perkara ini sekiranya rumah tersebut adalah bertujuan untuk pelaburan dan disewakan.

1. Rental Yield

Perkara pertama yang kita perlu semak sebenarnya adalah berapa kadar sewa di kawasan tersebut untuk menentukan dapatan sewa kasar yang bakal diterima kelak.

Baca : Apa Itu Rental Yield Dalam Pelaburan Hartanah?

Ini penting supaya poket kita tidak berdarah di kemudian hari. Ramai orang tersilap dalam membeli rumah untuk pelaburan kerana bayaran ansuran bulanan pinjaman bank adalah jauh lebih tinggi berbanding dapatan sewa.

Contoh:

Rumah: Kondominium 2 Bilik di Kajang

Harga: RM300,000

Ansuran Bulanan Bank: RM1,500

Kadar Sewa Semasa: RM850

Kerugian: RM650.

2. Permintaan Semasa

Apabila pergi viewing, lihatlah permintaan semasa sewaan di projek atau kawasan tersebut. Caranya dengan melihat sekiranya wujud pusat komersial, pusat pengajian tinggi dan pusat perindustrian.

Baca : 6 Tanggapan Yang Salah Tentang Pelaburan Hartanah

Logiknya adalah, tempat yang mempunyai peluang pekerjaan yang tinggi mempunyai permintaan sewaan yang tinggi. Jangan hanya fokus kepada pelajar universiti semata-mata.

Kita sebenarnya boleh sewakan rumah anda kepada pekerja kilang secara harian atau mingguan. Dan rental yield yang boleh diterima adalah jauh lebih lumayan!

3. Permintaan Mendatang

Lihat adakah terdapat sebarang projek pembangunan universiti, kawasan perindustrian, pengangkutan awam dan pusat komersial di kawasan tersebut.

Ini penting kerana kita perlu pastikan rumah yang dibeli akan berjaya disewa untuk sekurang-kurangnya tempoh 30 tahun ke 40 tahun lagi sebelum kita jual dan merasa capital appreciation tersebut.

4. Booster Hartanah

Semak adakah terdapat hospital kerajaan, hospital swasta, sekolah, taska, restoran makanan segera, kedai serbaneka, pasaraya dan pusat membeli-belah di kawasan itu.

Ini semua merupakan indikator bahawa kawasan tersebut sesuai didiami golongan profesional dan berkeluarga.

Sebaliknya jika rumah tersebut adalah bertujuan untuk kita duduk sendiri, maka berikan tumpuan kepada 3 perkara ini pula.

1. Ruang Rumah

Memandangkan kita bakal membina keluarga bahagia anda di rumah tersebut, pastikan rumah dalaman rumah tersebut sesuai.

Pastikan terdapat sekurang-kurangnya 2 bilik air dan jumlah bilik adalah mencukupi untuk keperluan kita sekeluarga.

Baca : Adakah Kewangan Anda Dah Bersedia Untuk Beli Rumah?

Kredit Gambar: @kualalumpurcity

Dapur yang luas adalah bonus kerana golongan wanita cenderung menggunakan dapur sebagai ruang sosial mereka.

Sekiranya kita bakal membeli rumah teres, pastikan ada lebihan ruang untuk aktiviti menjemur baju, aktiviti berkeluarga seperti bersukan, BBQ dan ruang parkir yang selesa dengan jumlah kenderaan yang ada.

2. Lokasi Bilik

Bilik tidak sepatutnya menghadap tandas dan bilik juga tidak sesuai menghadap pintu utama rumah.

Ini penting supaya ahli keluarga mempunyai privasi apabila orang datang ke rumah daripada pintu utama rumah.

Lihat juga lebihan ruang di kiri & kanan, belakang rumah dan loteng rumah sekiranya anda berhasrat untuk menambah jumlah bilik seiring pertambahan ahli keluarga anda kelak.

3. Faktor Persekitaran

Lihat keadaan semasa kawasan kejiranan sekurang-kurangnya 3 kali pada waktu yang berbeza.

Yang pertama pada waktu puncak ketika orang sibuk keluar ke pejabat dan menghantar anak. Kedua, pada hujung minggu untuk melihat keadaan trafik semasa dan ketiga pada waktu malam.

Pada waktu malam kita dapat lihat senario sebenar kawasan kejiranan tersebut samada jiran sebelah sering parkir kereta di depan rumah orang lain, kutu rayau dan pelbagai lagi.

Membaca melalui forum dan bertanya orang yang tinggal di kawasan itu sebenarnya tidak mencukupi.

Kita perlu merasai sendiri pengalamannya. Bagaimana perasaannya apabila ingin keluar ke pejabat pada sebelah pagi dan melihat gambaran anak-anak membesar di kawasan kejiranan tersebut.

Kesimpulannya di sini, bukanlah satu dosa sekiranya kita ingin viewing rumah tersebut berulang kali. Biarlah ejen hartanah yang menguruskan rumah tersebut bosan sekalipun dengan kita hatta kita viewing 18 kali.

Baca : Ini Cara Untuk Elak Duit Booking Fee Rumah Daripada ‘Burn’

Hal ini kerana, di hujung hari duit kita juga yang akan dikeluarkan dan masa depan kita sebagai bakal pemilik rumah bergantung kepada proses viewing ini.

Selepas puas viewing, jangan lupa untuk pastikan rekod CCRIS dan CTOS berada dalam keadaan baik untuk memohon pinjaman pembiayaan hartanah dari bank.

Sumber Rujukan:

Anda Nak Beli Rumah, Tapi Adakah Anda Tahu Tahap Kewangan Anda?

Takut-takut ianya kurang memuaskan, nanti nak apply pinjaman tak lepas pula.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman