Syoknya Raya Sampai Duit Habis? Ini Cara Terbaik Untuk Kembangkan Duit Semula

“Tahun ni bukan setakat tak boleh balik kampung, nak beraya ke rumah saudara yang terdekat pun tak boleh. Sedih bertambah sedih bila poket pula kosong..!”

Alhamdulillah, tahun ini masih dapat menyambut Hari Raya (walaupun dalam rumah masing-masing). Kalau anda masih ingat, sambutan Hari Raya pada tahun lepas adalah begitu suram sekali. Itulah dahsyatnya penangan Covid-19 kepada kita semua.

Tapi syoknya kita dapat beraya tahun 2021 ini satu hal, tapi belanja sakan sampai duit habis pula apa cerita?

Sekiranya kita tidak membuat persediaan awal, perkara ini akan berulang setiap kali kita perlu mengeluarkan belanja yang besar.

Itu baru sambutan Hari Raya yang berlaku setiap tahun, bagaimana pula dengan hari tua kita nanti? Cukup ke duit untuk belanja apabila dah bersara? Dan cukup ke duit untuk anak-anak kita melanjutkan pelajaran? Atau untuk beli rumah idaman?

4 Fakta Yang Penting Untuk Diambil Kira

Mengikut data yang dikeluarkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sendiri:

  • 68% ahli yang aktif tidak mencapai simpanan asas, iaitu RM240,000 apabila mencapai umur 55 tahun
  • 70% ahli yang aktif berumur 54 tahun mempunyai kurang daripada RM50,000
  • 2 daripada 3 ahli akan hidup dengan kurang daripada RM950 sebulan sehingga umur 75 tahun
  • 7 daripada 10 ahli akan hidup dengan RM210 sebulan sehingga umur 75 tahun, atau habiskan kesemua simpanan kurang daripada 2 tahun

    Sumber Rujukan: Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023, MyMetro dan MalaysiaKini  

Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia memang tak bersedia untuk bersara. Kesudahannya, kita kena kerja lagi apabila sudah mencapai umur 60 tahun. Ketika badan kita dah tak larat, ketika kita sepatutnya lebih banyak berehat dan banyakkan ibadat.

Sebab itulah kita kena mula melabur hari ini juga. Lagi cepat kita bermula, lagi cepat ianya akan berkembang dengan adanya teknik compounding interest.

Apa Itu Compounding Interest?

Dikenali sebagai faedah berganda di dalam Bahasa Malaysia, ianya diperolehi apabila kita melaburkan semula keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan asal. Ini akan menjadikan pelaburan tersebut dapat menjana pulangan yang lebih tinggi untuk tempoh seterusnya.

Dalam kes ini, kita sebenarnya menggunakan elemen ‘masa’ sebagai penggerak utama yang bekerja bagi menghasilkan pulangan yang lumayan.

Sekarang kita dah tahu betapa kita tidak bersedia untuk bersara, maka kita tiada pilihan melainkan mula melabur sekarang.

Tapi di mana tempatnya untuk kita melabur?

Salah satu tempat untuk melabur adalah ke dalam unit trust. Apa itu unit trust?

Secara asasnya, para pelabur akan melabur sejumlah wang yang kemudiannya akan dikumpul ke dalam satu dana pelaburan. Dana pelaburan ini akan diuruskan oleh pengurus dana yang profesional dan berpengalaman.

Dana dari para pelabur ini akan dilaburkan ke dalam secara kolektif/bersama untuk mendapatkan pulangan.

Setiap dana yang diuruskan mempunyai kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Ini penting supaya para pelabur tahu ke mana wang mereka dilaburkan.

Dana yang lebih agresif akan lebih banyak dilaburkan ke dalam saham atau ekuiti, manakala dana yang lebih selamat akan dilaburkan ke dalam pasaran wang dan sukuk.

Jom Melabur Dengan Dana Patuh Syariah Maybank Asset Management Dan Nikmati Caj Jualan 0%

Sempena promosi Hari Raya, rebutlah peluang menyertai kempen ini yang bakal berakhir 31 Mei 2021 pada jam 3 petang. Alamak, tak lama je lagi tu,

Ada 5 dana yang boleh dipilih seperti berikut:

1. Maybank AsiaPac Ex-Japan Equity-I Fund

2. Maybank Global Sustainable Equity-I Fund

3. Maybank Global Mixed Assets-I Fund

4. Maybank Malaysia Sukuk Fund

5. MAMG Global Income-I Fund

Ada sesuatu untuk semua, biasa dengar konsep ‘high risk high return’? Kita ada dana dengan risiko tinggi tetapi berpotensi mendatangkan pulangan yang tinggi, kita juga ada dana dengan risiko sederhana dan rendah.

Bagaimana Nak Nikmati Promosi Caj Jualan 0% Ini?

Sekiranya anda sudah mempunyai akaun eUnittrust.com.my, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Log masuk ke www.eunittrust.com.my/mam dan melabur ke dalam dana patuh syariah Maybank Asset Management yang terpilih (minima pelaburan RM1,000 dan ke atas)

2. Sebaik sahaja tekang butang ‘buy’ di salah satu dana patuh syariah Maybank Asset Management yang terpilih tersebut, anda akan menikmati caj jualan 0% ini secara automatik

Sekiranya anda baru dan belum mempunyai akaun dengan eUnittrust.com.my:

1. Daftar/Buka akaun di www.eunittrust.com.my/mam

2. Login ke www.eunittrust.com.my/mam dan melabur ke dalam mana-mana dana ekuiti atau bon Maybank Asset Management (minima pelaburan RM1,000 dan ke atas)

3. Sebaik sahaja tekang butang ‘buy’ di mana-mana dana ekuiti atau bon Maybank Asset Management, anda akan menikmati caj jualan 0% ini secara automatik

Jom Melabur Dengan Dana Patuh Syariah Maybank Asset Management Dan Nikmati Caj Jualan 0%

Layari www.eunittrust.com.my/mam sekarang untuk rebut peluang ini. Bertindak cepat sebelum ianya tamat pada 31 Mei 2021, jam 3 petang.

Semoga dengan pelaburan ini, dapat juga kembangkan duit kita dan menjadi lebih bersedia untuk Hari Raya yang akan datang dan juga untuk masa depan.

Previous ArticleNext Article

Belum Rancang Masa Depan Anak? Ini Senarai Akaun Simpanan Dan Pelaburan Terbaik Untuk Anak Bawah 18 Tahun

Merancang simpanan dan pelaburan untuk anak sejak mereka kecil adalah langkah bijak bagi memastikan masa depan kewangan yang kukuh. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis akaun simpanan dan pelaburan yang boleh dibuka untuk kanak-kanak, termasuk bagi bayi yang baru lahir, remaja, dan juga mereka yang telah mula bekerja separuh masa.

Berikut adalah senarai akaun simpanan dan pelaburan yang sesuai, beserta had umur pembukaan, syarat, modal minimum, ciri utama, kelebihan dan kekurangan.

1. Tabung Haji (Akaun Kanak-kanak)

Had umur pembukaan: Sejak lahir

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah

Modal minimum: RM10

Ciri utama: Patuh Syariah, dividen tahunan sekitar 2.5 hingga 3 peratus, tiada caj bulanan, pendaftaran haji awal boleh dibuat.

Kelebihan: Stabil, risiko rendah, sesuai untuk simpanan jangka panjang dan tujuan ibadah haji.

Kekurangan: Pulangan lebih rendah berbanding instrumen pelaburan lain.

2. Akaun Simpanan Junior Bank

Contoh: Maybank Yippie-i Savings, CIMB Junior Savers, RHB Junior, Bank Islam Young Savers

Had umur pembukaan: Sejak lahir (kad ATM biasanya diberi pada umur 12 tahun ke atas)

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah.

Modal minimum: RM1 hingga RM20 bergantung kepada bank

Ciri utama: Kadar keuntungan/faedah rendah antara 0.25 hingga 1 peratus setahun, mempunyai buku simpanan dan kad ATM pada umur tertentu.

Kelebihan: Mudah diakses, sesuai untuk mengajar anak mengurus wang sejak kecil.

Kekurangan: Pulangan rendah dan tidak sesuai sebagai instrumen pelaburan utama.

3. Amanah Saham Bumiputera (ASB / ASB 2)

Had umur pembukaan: Sejak lahir (Bumiputera sahaja)

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah.

Modal minimum: RM10

Ciri utama: Harga unit tetap, dividen sekitar 4 hingga 6 peratus setahun dan bebas cukai.

Kelebihan: Risiko rendah, pulangan stabil, sesuai untuk simpanan jangka panjang.

Kekurangan: Terhad kepada Bumiputera sahaja.

Baca juga Sejarah Pulangan Dividen ASB Dari Tahun 2014 – 2024 [KEMASKINI]

4. Unit Amanah ASNB (ASN Imbang, ASN Sara dan lain-lain)

Had umur pembukaan: Sejak lahir

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah.

Modal minimum: RM10

Ciri utama: Harga unit berubah mengikut prestasi pasaran, potensi pulangan lebih tinggi berbanding ASB.

Kelebihan: Sesuai untuk pelaburan jangka panjang, berpotensi memberi pulangan besar.

Kekurangan: Ada risiko kerugian jika harga unit jatuh.

5. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN Prime)

Had umur pembukaan: Sejak lahir

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah

Modal minimum: RM20

Ciri utama: Dividen tahunan sekitar 3 hingga 4 peratus, pelepasan cukai sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma.

Kelebihan: Sesuai untuk pendidikan anak, memberi manfaat cukai kepada ibu bapa.

Kekurangan: Kurang fleksibel untuk tujuan selain pendidikan.

6. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Had umur pembukaan: Minimum 14 tahun

Syarat: Mempunyai pekerjaan dan gaji, majikan perlu mendaftar caruman

Modal minimum: Tiada, caruman dibuat melalui potongan gaji

Ciri utama: Simpanan persaraan rasmi, dibahagi kepada Akaun 1 dan Akaun 2, dividen sekitar 4 hingga 6 peratus setahun, termasuk perlindungan sosial.

Kelebihan: Modal terkumpul besar dengan caruman majikan, pulangan konsisten.

Kekurangan: Wang simpanan hanya boleh dikeluarkan mengikut syarat tertentu.

Sejarah Pulangan Dividen KWSP Dari Tahun 2014 – 2024

Bagi anak bawah 18 tahun, pilihan akaun simpanan dan pelaburan bergantung pada tujuan utama simpanan. Jika matlamat adalah demi kestabilan, Tabung Haji, SSPN Prime dan ASB adalah pilihan utama. Bagi tujuan pelaburan jangka panjang dengan potensi pulangan lebih tinggi, Unit Amanah ASNB, robo-advisor dan pelaburan emas boleh dipertimbangkan. Untuk anak yang sudah mula bekerja, KWSP adalah simpanan wajib yang memberi manfaat besar dalam jangka panjang.