Dasar Trump Atau Harris Tidak Jejas Peluang Malaysia Raih Manfaat


KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) — Malaysia masih mampu mendapat manfaat, tidak kira di bawah dasar pentadbiran Donald Trump mahu pun Kamala Harris sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) berikutan lencongan perdagangan serta langkah strategik China+1.

Bagaimanapun, CIMB Securities menyifatkan kehadiran Trump menduduki kerusi presiden negara maju itu dilihat mengundang lebih banyak ketidaktentuan bagi perdagangan global.

Mengulas pilihan raya presiden AS akan datang yang menyaksikan pertarungan antara calon parti Republikan dan Demokrat berkenaan, firma itu berkata pendekatan Harris yang lebih bersasar ke atas China akan meneruskan kesinambungan serta kestabilan relatif bagi perdagangan global.

Namun, penekanan ketara terhadap aspek piawaian alam sekitar boleh memberi kesan dari segi membebankan beberapa industri walaupun pada masa sama membuka peluang untuk sektor teknologi hijau.

“Sektor elektrikal dan elektronik (E&E) berkemungkinan besar menjadi penerima manfaat terbesar dalam masa terdekat ini, tidak kiralah sama ada kejayaan itu berpihak kepada Trump atau Harris.

“Manfaat itu bagaimanapun lebih ketara di bawah pentadbiran Harris memandangkan kestabilan serta pelaburan China+1 (strategi pelaburan melengkapkan operasi utama di China dengan pelaburan ke negara lain bagi mengurangkan kos) serta berkaitan jentera dan peralatan.

“Sarung tangan getah mungkin mendapat impak lebih positif menerusi permintaan perubatan yang lebih tinggi di bawah Harris,” katanya dalam nota penyelidikan ekuiti hari ini.

CIMB Securities berkata sektor minyak dan gas juga dijangka mendapat limpahan dari segi peningkatan pengeluaran tenaga serta tarif lebih tinggi di bawah Trump.

Pada masa sama biarpun tumpuan Harris terhadap pelepasan karbon boleh mengurangkan permintaan global, ini juga boleh membuka peluang dalam teknologi hijau.

Sektor perladangan pula diunjur mendapat tempat dalam pentadbiran Trump berikutan peningkatan permintaan China dan di tengah-tengah pendekatan perdagangan bersifat ‘membalas,’ namun berkemungkinan diasak tekanan bagi melaksanakan peraturan alam sekitar yang lebih tegas di bawah pimpinan Harris.

— BERNAMA

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama korang. Bila faham isi kandungan buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain!

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak ketenangan, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini. Misi kami agar dapat menyebarkan ilmu yang bermanfaat dalam bidang kewangan dan pelaburan.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

ikhlas.com Zakat Fest 2025: Memperkasa Impak Strategik Melalui Zakat

SEPANG, 28 Oktober 2025 – Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju platform zakat digital di Malaysia apabila berjaya merekodkan kutipan zakat harta berjumlah lebih RM50 juta menerusi usahasama dengan badan-badan zakat di seluruh negara.

Pencapaian itu diumumkan sempena edisi kedua Zakat Fest 2025, acara tahunan utama anjuran ikhlas.com yang meraikan peranan strategik zakat dalam membina komuniti mampan, memperkukuh keadilan sosial dan menyokong ekonomi inklusif.

Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata: “Kami menyasarkan kutipan zakat harta sebanyak RM100 juta pada tahun hadapan, yang akan dimanfaatkan untuk membantu golongan memerlukan menerusi AirAsia Wakalah Fund.”

Dana tersebut merupakan inisiatif berimpak tinggi yang diwujudkan hasil kutipan zakat korporat dan dana wakalah melalui platform ikhlas.com, terbahagi kepada empat komponen iaitu bantuan tunai bagi kumpulan berpendapatan rendah, bantuan pendidikan (Ikhlas Untukmu), bantuan kecemasan bagi mangsa bencana dan keperluan mendesak dan kelas asas fardhu ain percuma.

Selain mengumumkan pencapaian kutipan, ikhlas.com turut mengumumkan perluasan kerjasama strategik bersama empat institusi zakat negeri baru iaitu Pusat Kutipan Zakat Pahang, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Tambah Ikhlas: “Setinggi-tinggi penghargaan kepada badan-badan zakat negeri yang memberi kepercayaan kepada ikhlas.com menerusi kerjasama strategik bagi memperkasakan impak dan hasil kutipan zakat menerusi penyeragaman sistem digital yang lebih cekap, telus dan pantas.”

“Kerjasama ini bukan sahaja dapat meningkatkan integrasi digital malah mengoptimumkan peruntukan dana dan mempertingkatkan ketelusan dalam pengagihan zakat kepada golongan yang berhak menerimanya,”  katanya.

Jumlah keseluruhan institusi zakat negeri yang bekerjasama dengan ikhlas.com kini meningkat kepada 10, menjadikan majoriti badan zakat negeri di Malaysia telah melantik penyedia perkhidmatan gaya hidup Islam di bawah naungan Capital A itu sebagai amil rasmi bagi kutipan zakat harta dan lain-lain.

Zakat Fest 2025 turut meraikan kecemerlangan dalam pemberian yang beretika dan berimpak melalui penganugerahan kategori Majikan Terbaik dan Pembayar Zakat Terbaik. Pengiktirafan ini diberikan kepada organisasi yang secara konsisten menunjukkan kepimpinan dalam mengintegrasikan zakat ke dalam rangka kerja perniagaan mereka, sekali gus memberi kesan positif kepada rantaian bekalan dan komuniti setempat.

Dilancarkan pada kemuncak pandemik pada Oktober 2020, ikhlas.com merupakan platform gaya hidup dan pelancongan Islam digital di bawah Capital A Berhad, yang berfungsi sebagai saluran bagi umat Islam menunaikan kewajipan mereka dengan mudah. Selain perkhidmatan Umrah dan Pelancongan Mesra Muslim melalui kerjasama dengan syarikat penerbangan subsidiari, AirAsia, ikhlas.com turut menawarkan perkhidmatan Zakat, Sadaqah, Aqiqah, Fidyah, Qurban dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi mudah alih melalui Apple App Store dan Google Play Store.