Kenapa Pasaran Kerja Di Amerika Syarikat Semakin Teruk

Bulan lepas Bank of America (BOA) mengeluarkan laporan meramalkan ekonomi Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi akan mula kehilangan 175,000 pekerjaan sebulan. Walaupun data Non-Farm Payrolls (NFP) pada bulan September sebelumnya mencatatkan pertumbuhan yang sihat.

Menurut Bank of America, usaha Bank Pusat mengurangkan inflasi boleh menyebabkan kehilangan puluhan ribu pekerjaan setiap bulan.

Sumber: https://wraltechwire.com/2022/10/10/economy-to-start-losing-175000-jobs-a-month-bank-of-america-warns/

Laporan pekerjaan (NFP) pada bulan September lalu menunjukkan bahawa walaupun pasaran pekerjaan semakin perlahan, Amerika Syarikat menambah 263,000 pekerjaan yang lebih kukuh daripada jangkaan. Kadar pengangguran turun kepada 3.5%, pada paras terendah sejak 1969.

Ketua Ekonomi di Bank of Amerika Micheal Gapen menjangkakan kadar pengangguran akan meningkat kepada sekitar 5% atau 5.5% pada tahun hadapan. Sebagai perbandingan, Bank Pusat pula menjangkakan kadar pengangguran mencecah 4.4% tahun depan.

Data kadar pengangguran dari Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) pula menjangkakan kadar yang lebih rendah iaitu 4.0% pada suku ke-4 tahun 2023.

Sumber : https://data.oecd.org/unemp/unemployment-rate-forecast.htm#indicator-chart

Bank Pusat AS menaikkan kadar faedah pada kadar terpantas dalam tempoh empat dekad dalam usaha meredakan inflasi. Pegawai di Bank Pusat menjelaskan bahawa mereka tidak tergesa-gesa untuk beralih daripada mod menentang inflasi untuk menyelamatkan ekonomi daripada kelembapan atau bahkan kemelesetan.

Bank of Amerika juga mengatakan bahawa ekonomi AS berada dalam kemerosotan yang berpanjangan dan kehilangan pekerjaan akan berterusan untuk beberapa tahun akan datang. Data kadar pengangguran ini dijangka akan terus meningkat, ketua-ketua pegawai eksekutif syarikat besar di AS juga telah mengatakan program untuk persaraan awal bagi pekerja telah mula dirangka dengan ramalan ekonomi pada tahun hadapan.

Namun begitu, beberapa peramal lebih yakin tentang keadaan pasaran pekerjaan. Lembaga Persidangan berkata indeks aliran pekerjaannya, meningkat pada bulan lepas. Lembaga Persidangan berkata ini adalah isyarat bahawa “pekerjaan akan terus berkembang dalam beberapa bulan akan datang,” walaupun keuntungan pekerjaan mungkin “merosot daripada kadar terkini mereka.”

Berita baik untuk data ini ialah walaupun terdapat peningkatan yang ketara dan konsisten menjelang tahun hadapan, kadar pengangguran masih lagi di bawah paras tertinggi pada 2008 dan 2020 di mana mencecah 15% pada April 2020. 

Ke Mana Ekonomi Dunia Bergerak?

Dengan perkembangan sekarang, kita tidak dapat lari lagi daripada melalui fasa kemelesetan ekonomi di seluruh dunia. Presiden Indonesia Jokowi Widodo mengatakan hasil daripada perjumpaan beliau dengan ketua-ketua di Bank Pusat Dunia, mereka memberitahu bahawa tahun hadapan adalah tahun yang gelap. Semua pasaran saham akan jatuh dengan lebih teruk kerana Bank Pusat akan menaikkan lagi kadar bunga semalaman (OPR) untuk mengurangkan kadar inflasi yang tinggi. Ia akan mengambil masa yang lama untuk mencapai kestabilan dalam kadar inflasi.

Diburukan lagi dengan perkembangan Perang Rusia-Ukraine yang mana telah menganggu rantaian bekalan makanan dan tenaga di seluruh dunia. Rusia mengeruhkan lagi keadaan apabila mula menggunakan senjata mini nuklear dalam mengembom bandar utama Ukraine iaitu Kiev. 

Perang Russia-Ukraine dilihat akan terus berpanjangan. Menurut pakar-pakar geopolitik, ia mungkin akan berlarutan untuk 3 tahun ke 5 tahun. Persediaan untuk pelabur adalah untuk meningkatkan simpanan tunai kerana apabila masanya tiba, pelabur boleh membeli banyak saham-saham bagus dengan harga diskaun.

Selamat melabur. 

Previous ArticleNext Article

Organisasi Malaysia Terlepas Pandang Risiko AI Demi Mengejar Permintaan

KUALA LUMPUR, 23 April 2026 – Peneraju global keselamatan AI, TrendAI telah menerbitkan kajian baharu yang mendedahkan bahawa organisasi di seluruh dunia terus mempercepatkan pelaksanaan AI walaupun menyedari risiko keselamatan dan pematuhan yang terlibat.

Di Malaysia, kajian mendapati 75% pembuat keputusan IT dan 70% pemimpin perniagaan berasa tertekan untuk meluluskan penggunaan AI walaupun terdapat kebimbangan keselamatan, dengan satu daripada tujuh responden menyifatkan kebimbangan tersebut sebagai “sangat serius” tetapi tetap diketepikan demi mengejar pesaing dan memenuhi permintaan dalaman.

Penggunaan AI Mengatasi Kawalan

Dari segi kematangan tadbir urus, hanya 29% pembuat keputusan perniagaan di Malaysia berasa sangat atau amat yakin dalam memahami rangka kerja undang-undang berkaitan AI, berbanding 63% dalam kalangan pembuat keputusan IT.

Kira-kira separuh (52%) pembuat keputusan IT telah mempunyai dasar AI yang komprehensif, manakala 39% masih dalam proses merangka. Hampir separuh (51%) pemimpin IT menyatakan kekurangan kepakaran keselamatan atau data sebagai halangan utama kepada penggunaan AI yang selamat, diikuti kekurangan peraturan dan piawaian pematuhan (49%).

Pengarah Urusan Malaysia, TrendAI, Goh Chee Hoh berkata, “Organisasi di Malaysia melaksanakan AI lebih pantas daripada keupayaan mereka mengurus risiko berkaitan, sekali gus mewujudkan jurang yang semakin melebar antara aspirasi dan pengawasan. Jurang ini turut dipengaruhi oleh perbezaan tahap kematangan tadbir urus dalam kalangan pemimpin perniagaan. Untuk merapatkan jurang ini, kepimpinan perlu bergerak melangkaui pendekatan keselamatan reaktif. Ia bermula dengan keterlihatan menyeluruh mengetahui dengan tepat bagaimana AI berinteraksi dengan data serta mewujudkan kerangka berpusat yang menggabungkan akauntabiliti dan pengawasan risiko dalam seni bina sistem.”

Beliau turut menyatakan bahawa piawaian MY-AI adalah langkah positif dalam menangani risiko seperti deepfake dan bias algoritma. Namun, ketika Malaysia mempercepatkan usaha menjadi negara AI menjelang 2030, organisasi perlu memberi tumpuan kepada tadbir urus yang kukuh dan daya tahan defensif bagi memastikan penggunaan AI yang pesat dapat diterjemahkan kepada masa depan digital yang mampan.

Ketua Platform & Perniagaan TrendAI, Rachel Jin berkata, “Organisasi bukan tidak sedar akan risiko, tetapi kekurangan keupayaan untuk menguruskannya. Apabila pelaksanaan didorong tekanan persaingan dan bukannya kematangan tadbir urus, AI akan dimasukkan ke dalam sistem kritikal tanpa kawalan yang mencukupi. Kajian ini mengukuhkan fokus kami untuk membantu organisasi mencapai hasil perniagaan kukuh dengan AI sambil mengurus risiko dengan baik.”

Risiko Pelaksanaan AI Dipacu Tekanan Semakin Meningkat

Risiko ini diperburuk oleh ketidakkonsistenan tadbir urus dan ketidakjelasan tanggungjawab terhadap risiko AI, yang kini semakin meluas. Dalam banyak kes, pasukan keselamatan terpaksa bertindak secara reaktif terhadap keputusan pelaksanaan AI dari pihak atasan, yang sering membawa kepada penggunaan alat AI tidak rasmi atau “shadow AI”.

Kajian ancaman terkini TrendAI menunjukkan penjenayah siber sudah mula menggunakan AI untuk mengautomasikan proses pengintipan, mempercepat kempen phishing dan menurunkan halangan kemasukan kepada jenayah siber, sekali gus meningkatkan kelajuan dan skala serangan.

Keyakinan terhadap AI Autonomi Masih Rendah

Keyakinan terhadap sistem AI yang lebih maju dan autonomi masih berada pada tahap perkembangan. Kurang daripada separuh (44%) pembuat keputusan perniagaan di Malaysia percaya AI berasaskan agen (agentic AI) mampu meningkatkan pertahanan siber secara signifikan dalam jangka masa terdekat, dengan kebimbangan berterusan terhadap akses data, penyalahgunaan dan kekurangan pengawasan.

Data menunjukkan kebimbangan utama organisasi adalah:

  • 57% melihat akses AI kepada data sensitif sebagai risiko terbesar
  • 45% bimbang arahan berniat jahat boleh menjejaskan keselamatan
  • 37% risau penyalahgunaan status AI yang dipercayai dan risiko pelaksanaan kod autonomi

Selain itu, 36% mengakui mereka kekurangan keupayaan pemantauan dan audit terhadap sistem ini, menimbulkan persoalan serius tentang kawalan selepas AI digunakan.

Hampir separuh (48%) organisasi menyokong mekanisme “kill switch” AI untuk menutup sistem sekiranya berlaku kegagalan atau penyalahgunaan, manakala lebih separuh masih belum pasti. Ini menunjukkan organisasi sedang bergerak ke arah AI autonomi tanpa kesepakatan jelas tentang cara mengekalkan kawalan apabila diperlukan.

Rachel Jin menambah, “AI berasaskan agen membawa organisasi ke dalam kategori risiko baharu. Kajian kami menunjukkan kebimbangan sudah jelas daripada pendedahan data sensitif hingga kehilangan pengawasan. Tanpa keterlihatan dan kawalan, organisasi sebenarnya melaksanakan sistem yang mereka sendiri belum faham sepenuhnya dan risiko ini hanya akan meningkat jika tiada tindakan diambil.”

Untuk laporan global penuh: Securing the AI-Powered Enterprise – Governance Gaps, Visibility Challenges and Rising Risk

*TrendAI melantik SAPIO Research untuk meninjau 3,700 pembuat keputusan IT dan perniagaan di 23 negara seluruh dunia.