11 Tips Rahsia Kejayaan Vivy Yusof

Saya percaya bahawa Tuhan sentiasa menyokong di belakang saya dan saya tidak takut.

Nama Vivy Yusof semamangnya tidak asing lagi dalam dunia perniagaan dan fesyen. Kebanyakan kaum wanita sangat meminati dan menggemari fesyen yang digayakan beliau. Pengasas Fashion Valet ini bukan sahaja menempa nama di Malaysia, tetapi juga di luar negara.

Malah, Vivy turut tersenarai dalam 11 Rakyat Malaysia Yang Tersenarai Dalam Forbes 30 Bawah 30 Asia. Bangga jugalah dengan pencapai yang diperolehi beliau.

Jom kita tengok 11 tips rahsia kejayaan Vivy Yusof.

1. Tahu Produk Dan Industri Yang Diceburi

Apakah yang anda nak jual? Anda perlu lakukan research ke atas produk anda sendiri, produk pesaing-pesaing anda, dan jalankan penyelidikan industri secara keseluruhan.

Contohnya kalau anda nak jual baju, anda kena tahu syarikat pakaian mana yang profitable, macam mana mereka boleh buat duit, apa kaedah yang mereka terapkan, apa teknik yang mereka gunakan, dan macam-macam lagi.

2. Kenal Pelanggan Atau Target Market

Sebelum Vivy mulakan FashionValet, Vivy memang tak tahu tentang perkara ini. Beliau menyangka FashionValet adalah untuk semua orang, tetapi tanggapan beliau salah. Anda perlu mempunyai fokus atau tumpuan khusus kepada jenis pelanggan.

Contohnya kalau pasaran anda untuk golongan yang lebih tua, produk yang dijual tak boleh sama dengan produk yang disasarkan kepada golongan muda. Selain daripada itu, ciri-ciri demografik juga penting.

Anda kena tahu pelanggan anda di KL mungkin gaya mereka berbeza dengan pelanggan anda di Johor Bahru. Lain tempat lain caranya.

3. Cari Partner Sesuai Yang Betul-Betul ‘Ngam’

Vivy mengakui bahawa tiada insan yang sempurna. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan diri. Macam beliau sendiri, beliau mengakui bahwa beliau tak pandai dari segi kewangan, dan dari segi organisasi.

Beliau sangat bersyukur ditemukan dengan suaminya kerana mereka berdua saling melengkapi di antara satu sama lain dalam menguruskan FashionValet. Sebab itulah partner yang sesuai memang benar-benar penting.

4. Bentuk Pasukan Yang Hebat

Bukan senang nak membentuk satu pasukan yang dinamik. Sepanjang 5-6 tahun berniaga, ramai orang datang dan pergi. Vivy menyatakan mereka mengambil masa yang lama untuk mencari orang yang sempurna dan ia sangat sukar.

Selepas membentuk pasukan, anda perlu melatih pasukan anda dan jadikan mereka leaders. Kalau dulu, Vivy menyatakan bahawa beliau sangat hands-on dan perlu membuat semua keputusan.

Tapi sekarang, sudah mempunyai beberapa orang ketua dalam setiap pasukan yang membantu beliau setiap hari dalam menentukan hala tuju syarikat. Dari sini, karier mereka juga akan berkembang.

5. Bijak Mengurus Masa

Vivy merupakan seorang ibu yang mempunyai dua orang anak (kini hamil anak ketiga) yang memerlukan perhatiannya setiap hari, dan pada yang sama dia berniaga. Tanggungjawab yang dipikul oleh beliau ini benar-benar memakan masa yang banyak.

Jadi, beliau perlu betul-betul membahagikan masa diantara kerja dan keluarga. Tidak ada lagi istilah ‘buang masa’ dalam hidup beliau. Setiap jam mesti dipenuhi dengan pelbagai urusan. Pada beliau, hidup yang begitu sibuk sebegini adalah lebih produktif. Sebab kalau anda ada banyak masa, mungkin masa itu akan disia-siakan begitu saja.

6. Delegasi Dan Komunikasi

Anda perlu sedar, seberapa banyak yang anda rasa anda mampu lakukan segala-galanya, sebenarnya anda tidak boleh. Kita hanyalah manusia biasa dan bukan Superman. Sebab itulah beliau sangat pentingkan kerja berpasukan. Delegasikan atau bahagikan kerja-kerja kepada leaders dan para pekerja anda agar segalanya berjalan lancar, teratur, dan cepat.

Tapi apa yang lebih penting ialah komunikasi. Anda perlu berkomunikasi dengan pekerja anda tentang masalah yang timbul dan bincangkan cara atau jalan penyelesaian, anda juga perlu follow-up, dan paling penting anda mesti kena turun padang, tak kiralah sama ada ke pejabat ataupun ke events.

7. Cari Kritikan Bukan Pujian

Ramai orang suka mencari pujian. Produk dialah yang terbaik, dialah yang paling cantik, dialah yang paling berjaya, paling kaya. Mereka sentiasa mencari orang untuk memberitahu mereka apa yang mereka nak dengar tetapi bagi Vivy, cara itu tidak akan beri peluang untuk anda memperbaiki diri.

Beliau suka apabila orang mengkritik produknya walaupun ada masanya pahit dan sukar untuk beliau terima, kritikan-kritikan inilah yang memberitahu beliau tentang kelemahan jenamanya.

Anda perlu ingat bahawa anda tak akan dapat nak puaskan hati semua pihak. Jadi, mesti akan ada kritikan yang perlu anda hadapi. Just take it positively, improve, and move forward.

8. Perkasakan Media Sosial

FashionValet menggunakan pendekatan yang agak agresif di media sosial terutamanya di Facebook dan Instagram. Beliau percaya media sosial kena kuat sebab sekarang semua orang pun ada media sosial sendiri.

Produk atau jenama perlu sentiasa relevan dan up-to-date, tidak kiralah jenis perniagaan apa pun yang anda ceburi. Cuba maksimumkan penggunaan media sosial sebaik mungkin dan ambil kesempatan melaluinya. Media sosial memang sangat penting untuk menjadikan jenama anda lebih dikenali ramai.

9. Hidup Dan ‘Bernafas’ Dengan Produk Anda

Kadang-kadang beliau sendiri yang menjadi pelanggan di fashionvalet.com. Dari situ, beliau boleh tengok apa yang tak kena dengan laman web tersebut daripada perspektif seorang pelanggan.

Selain daripada itu, pakaian yang beliau kenakan setiap hari semuanya datang daripada FashionValet. Tudung pula beliau akan pakai dUCk scarves. Beliau perlu membawa imej jenamanya ke mana jua beliau pergi.

Kalau saya sendiri tak pakai, macam mana saya nak expect orang lain untuk pakai juga?

10. Dapatkan Support System Yang Baik

Ramai orang terlupakan perkara ini. Dalam berniaga, anda perlu berhadapan dengan pelbagai jenis cabaran dan kritikan. Perkara-perkara tidak boleh dikawal inilah yang akan menjatuhkan anda kalau anda tak kuat. Anda akan rasa demotivated, putus asa, dan tidak bersemangat lagi untuk teruskan perjuangan.

Jadi, kalau anda tidak mempunyai support system yang baik, siapa yang akan bangkitkan semula semangat anda ketika anda sedang jatuh? Itulah sebabnya sistem sokongan seperti ibu bapa, ahli keluarga, suami/isteri, anak-anak, dan rakan karib ini amat penting dalam kehidupan kita. Tanpa mereka, pasti kita tak akan mampu melangkah jauh.

Oleh itu, jagalah hubungan baik dengan orang-orang tersayang.

11. Sentiasa Percayakan Allah

Allah adalah Perancang segala-galanya. Kalau Dia kata ia akan berlaku, maka berlakulah ia. Rezeki itu di tangan Allah dan Dia telah menentukan rezeki bagi setiap makhluk di muka bumi ini. Sepayah mana pun liku hidup anda, Allah boleh mengubahnya dalam sekelip mata. Dan semewah mana pun hidup anda, Allah boleh menarik segalanya dalam sekelip mata.

Vivy percaya bahawa Allah sentiasa menyokong daripada belakang. Oleh itu, percayalah pada-Nya, beribadahlah kepada-Nya setiap hari, dan segala-galanya akan dipermudahkan insyaAllah.

Kalau kita dekatkan diri dengan Allah, Allah pun akan semakin dekat dengan kita. Percayalah.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.