4 Tokoh Sepanjang Zaman Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah Komoditi Minyak

Minyak mentah (crude oil) dianggap sebagai salah satu sumber tenaga terpenting di dunia, kerana penggunaan yang sangat meluas dalam kehidupan seharian kita. Minyak bukan sahaja menjadi asas untuk bahan api dan pemanasan, malahan ia juga digunakan dalam pembuatan pelbagai barangan lain. Sebagia contoh lilin, plastik, dan sebagainya. Bahkan alat peranti (device), yang anda gunakan untuk membaca artikel ini juga memerlukan minyak untuk proses pembuatannya serta penghasilannya.

Sungguh mengagumkan bahawa semua yang anda lihat di sekeliling anda, saling berkait rapat dengan minyak mentah. Berdasarkan kesimpulan ini kita akan sangat memahami, bahawa minyak mentah adalah salah satu komponen penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

Terlalu fenomenal seandainya kita mengetahui siapakah tokoh di sebalik kejayaan minyak yang dijadikan komoditi pada hari ini. Pada kali ini, kami di Majalah Labur akan menyajikan empat tokoh sepanjang zaman yang paling berpengaruh dalam sejarah komoditi minyak. 

1. George Bissell

Lazimnya beliau dirujuk sebagai “bapa industri minyak negara Amerika Syarikat (father of the American oil industry)”. Beliau merupakan individu yang menjadi pelopor untuk memperkenalkan komoditi minyak di persada dunia. Pada asalnya beliau menyedari ‘minyak batu’ yang digunakan dalam pengubatan sebenarnya mampu digunakan sebagai lampu api (obor) ataupun lampu yang menggunakan api.

Beliau dan rakan perniagaannya pada masa tersebut, iaitu James Townsend telah cuba mengekstrak cecair minyak batu tersebut dengan kuantiti yang banyak bagi bersaing dengan lemak ikan paus dan minyak arang batu sebagai bahan bakar utama dalam penggunaan ‘lampu api’. Selepas mereka memastikan bahawa ‘minyak batu’ tersebut mempunyai ciri kimia yang diingini, maka beliau dan rakan niaganya telah melancarkan syarikat minyak yang pertama di Amerika Syarikat The Pennsylvania Rock Oil Company.

Hasil daripada kajian mendalam mereka telah mendapati bahawa, cara terbaik untuk mengekstrak minyak adalah dengan menggerudi sama seperti aktiviti perlombongan garam. Lalu dengan tanpa membuang masa beliau telah mengupah Edwin L.Drake bekas konduktor kereta api untuk menjalankan projek tersebut. Tidak lama dari hasil keras yang beliau lakukan bersama dengan lain telah membuah hasil dengan sangat banyak. Melalui inovasi yang beliau lakukan telah memberi kekayaan yang sangat banyak dan telah mengubah dunia selama-lamanya.

2. Juan Pablo Perez Alfonzo

Senarai pencapaian Juan Pablo Perez Alfonzo dalam industri minyak adalah sangat mengagumkan. Antara jasa beliau yang paling di ingati ialah pengasas kepada OPEC (The Organization of the Petroleum Exporting Countries). Salah satu masalah yang paling sukar diatasi dalam industri minyak ialah pembahagian sewa.

Dari segi ekonomi, sewa minyak ialah perbezaan antara nilai minyak mentah yang dihasilkan dan jumlah kos pengeluaran. Dari tahun 1943 hingga 1948, Juan Pablo Perez Alfanzo beliau berperanan penting bagi membahagikan sewa antara syarikat penghasilan minyak dan juga negara.

Di bawah satu perjanjian yang adil (50-50), negara Venezuela dan syarikat minyak antarabangsa bersetuju untuk membahagikan sewa minyak tersebut dengan sama rata. Perjanjian tersebut mengakibatkan pendapatan minyak Venezuela meningkat naik sebanyak 600% antara tahun 1942 hingga 1948. Berdasarkan peristiwa tersebut maka beliau telah menubuhkan satu persetubuhan yang dikenali sebagai OPEC sehingga hari ini. Dengan terhasilnya OPEC maka ianya mampu berlindung dalam satu bumbung untuk menerokai dunia baharu terutamanya berkaitan industri minyak.

3. John D. Rockefeller

Kerjaya beliau dalam industri minyak bermula pada tahun 1865, apabila beliau membeli syarikat yang berniaga atau memfokuskan penapisan minyak daripada sebuah syarikat firma perkapalan. Lima tahun kemudian beliau telah bergabung dengan empat rakan niaga yang lain untuk membentuk syarikat minyak yang paling berkuasa dalam sejarah iaitu Standard Oil

Kemudian pada tahun berikutnya, apabila minyak tanah dan petrol menjadi terlalu sinonim kehidupan penduduk di Amerika, beliau menggunakan keuntungannya untuk membeli lebih banyak syarikat-syarikat yang hampir bankrap, sehinggalah dilaporkan 90% minyak di Amerika dipunyai oleh beliau menjelang tahun 1880.

Matlamat utama beliau untuk melakukan sedemikian adalah untuk memonopoli industri minyak. Apabila beliau dapat kuasa majoriti dalam pasaran maka beliau mampu mengawal harga mengikut kesukaan beliau bagi menghancurkan pesaing mereka. Percayakah anda mengikut rekod sejarah, ramai yang mempercayai bahawa John D. Rockefeller merupakan bilionair pertama dan merupakan manusia yang paling berkuasa sepanjang zaman dalam industri minyak. 

4. Ida Tarbell 

Mungkin, sejarah tidak akan lengkap jika senarai ini tidak memasukkan wanita yang berjaya menggoncang keunggulan nama John D. Rockefeller dalam industri minyak. Beliau yang dimaksudkan tidak lain, ialah Ida Tarbell. Beliau merupakan seorang wartawan penyiasat dan sangat bertekad tinggi untuk memulihkan fenomena manipulasi dan monopoli dalam pasaran minyak.

Sepanjang karier beliau, dia banyak menulis buku-buku mengenai sejarah dan buku yang paling terkenal beliau hasilkan bertajuk “The History of Standard Oil” pada tahun 1904. Sehingga kebanyakan pakar sejarah, contohnya J. North Conway memberi gelaran hasil penulisan beliau sebagai,  masterpiece of investigative journalism“. Kehebatan beliau telah menyaksikan pembubaran syarikat Standard Oil, menjadi pelbagai syarikat. Contohnya seperti Exxonmobil, Chevron, dan Marathon Petroleum.

Previous ArticleNext Article

Kaya Di Mata : Realiti Kewangan Malaysia Yang Jarang Didedahkan

Dalam dunia yang gemar menilai kekayaan melalui apa yang nampak secara fizikal seperti kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, ramai terperangkap dalam “kaya tipu-tipu”: mewah di luar, rapuh di dalam.

Artikel ini menyelami perbezaan asas antara “kaya tipu-tipu” dan “kaya sebenar”, disokong dengan data pencapaian kewangan isi rumah Malaysia, untuk memberikan gambaran yang lebih bernas dan tidak klise.

1. Kaya Tipu-Tipu: Ilusi Kekayaan yang Rapuh

Golongan ini menumpukan kepada persepsi, mereka lebih mementingkan imej daripada asas kewangan yang sihat.

Ciri-ciri utama:

  • Aliran tunai rapuh dan aliran keluar lebih besar
  • Pendapatan besar habis dibelanjakan untuk pembayaran ansuran kereta, kad kredit dan gaya hidup. Walaupun gaji tinggi, kos perbelanjaan lebih menguasai.
  • Nilai bersih (net worth) negatif
  • Tiada simpanan atau nilai bersih positif. Aset yang dimiliki adalah atas nama pinjaman. Jika aset dijual sekalipun, hasilnya tidak cukup untuk membayar hutang.
  • Hutang tinggi dan “good debt” tiada
  • Gaya hidup dibiayai oleh hutang (BNPL), bukan pelaburan atau aset produktif.
  • Motivasi status, bukan kestabilan
  • Pembelian didorong oleh keinginan untuk menunjukkan kekayaan, bukan atas dasar keperluan

2. Kaya Sebenar: Kekayaan yang Kukuh, Terlihat Biasa

Golongan ini mungkin tidak menarik perhatian, tetapi struktur kewangan mereka teguh dan bebas dari tekanan luar.

Ciri-ciri utama:

  • Nilai bersih positif
  • Pendapatan pasif dari sewaan, pelaburan dan saham. Aset melebihi liabiliti.
  • Pendapatan pelbagai aliran
  • Gaji, sewaan hartanah, dividen saham, perniagaan, pengagihan risiko dan kestabilan jangka panjang.
  • Kecairan tunai mencukupi
  • Simpanan kecemasan yang mencukupi membolehkan ketenangan apabila berdepan krisis.
  • Hidup di bawah kemampuan

Walaupun berkemampuan, mereka memilih kesederhanaan kewangan demi ketenangan jangka panjang.

3. Statistik Malaysia: Menyokong Fenomena Kekayaan Tipu-Tipu vs Sebenar

i) Hutang Isi Rumah Tinggi

Sehingga hujung 2021, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia mencecah 89 peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia merangkumi RM1.4 trilion hutang, 58 % bagi pinjaman perumahan, 13 % pinjaman kenderaan, 14 % pinjaman peribadi, dan 3 % kad kredit.

ii) Tabung Kecemasan Rendah

Hanya 40 peratus isi rumah menyangka mereka boleh bergantung pada simpanan sendiri atau keluarga jika menghadapi kecemasan.

Sebanyak 55 peratus responden melaporkan mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 simpanan yang boleh diakses segera.

iii) Kadar Simpanan Rendah

Tahun 2022 mencatat kadar simpanan isi rumah (household savings rate) hanya sekitar 3 peratus daripada pendapatan boleh guna (disposable income).

Purata sebelum ini (2006–2013) lebih rendah, sekitar 1.4 hingga 1.6 peratus.

iv) Ketahanan Terhadap Kejutan Kewangan Lemah

Kajian mendapati hanya 10 peratus isi rumah bandar Malaysia benar-benar tahan terhadap kejutan kewangan seperti kehilangan pendapatan, kecacatan, atau kematian. Lebih daripada 20 peratus tidak mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan jika pendapatan terputus.

4. Implikasi dan Kesedaran Kewangan

Data menunjukkan ramai rakyat Malaysia berada dalam situasi “kaya tipu-tipu”: hidup mewah tetapi asas kewangan rapuh. Gagal memiliki simpanan kecemasan dan nisbah hutang tinggi mengancam daya tahan ekonomi isi rumah.

Langkah yang disarankan:

1. Meningkatkan literasi kewangan agar rakyat lebih faham risiko hutang dan pentingnya simpanan.

2. Mempromosikan pengurusan kewangan yang rasional seperti membina simpanan, elak gaya hidup melebihi kemampuan.

3. Sokongan dasar untuk menyediakan insentif tabungan (contoh: subsidi simpanan, pendidikan kewangan).

Tidak semua yang kelihatan hebat benar-benar kukuh. “Kaya tipu-tipu” adalah rentap jangka pendek yang menjerat manakal “kaya sebenar” adalah kestabilan yang dilandasi disiplin kewangan dan perancangan masa depan.

Data Malaysia menggambarkan bahawa masih ramai yang terjebak dalam ilusi, bukan realiti dan artikel ini diharap membuka mata kepada perlunya kebijaksanaan dalam membina kekayaan sejati bukan sekadar apa yang nampak, tetapi apa yang kekal dan tahan dalam ujian masa.