5 Orang Terkaya Di Dunia 2023 (Setakat Ini..)

(Data sehingga 3 Mei 2023)

Seronoknya jadi orang kaya, nak beli apa sahaja pun mampu, nak tolong sesiapa sahaja pun mampu, nak melancong ke mana sahaja pun boleh. 

Pasti ramai yang ingin tahu bagaimanakah cara untuk menjadi orang kaya? Sudah tentu ada pengorbanan dan usaha yang perlu dilakukan.

Untuk pengetahuan anda, untuk menjadi orang kaya, anda perlu menjadi seorang yang berilmu dalam bidang yang anda ceburi, bergaul dengan rakan-rakan yang berfikiran positif dan juga mempunyai matlamat yang sangat jelas.

Siapa yang tidak mahu menjadi kaya? Ramai pasti memilih untuk capai kebebasan kewangan dan menjadi orang kaya. Bagi mengecapi kekayaan, anda perlu terus bekerja dengan fikiran yang positif dan tidak pernah berputus asa. 

Anda juga perlukan mentor, idola atau contoh untuk terus dijadikan pembakar semangat untuk terus berjaya. Mari kami senaraikan antara orang terkaya di dunia pada tahun 2023 setakat Mei 2023. Semoga dapat menjadi pembakar semangat untuk diri sendiri!

1. Bernard Arnault

  • Umur: 74 tahun
  • Nilai bersih kekayaaan:  $206 bilion

Bernard Arnault yang merupakan warganegara Perancis ini merupakan pengerusi dan CEO LVMH, salah satu syarikat barangan mewah terbesar di dunia. Boleh dikatakan kekayaan beliau kebanyakannya berasal daripada pegangan besar dalam saham Christian Dior sebanyak 41.2%. 

Penglibatan awal beliau dalam bidang perniagaan adalah semasa beliau bekerja untuk firma pembinaan milik bapanya. Selepas itu, beliau telah mengambil alih syarikat tersebut pada tahun 1971. 

Pada tahun 1979, beliau telah menukar syarikat tersebut kepada nama Ferinel Inc. Akhirnya, pada tahun 1987 beliau telah melabur dalam LVHM sebelum menjadi pemegang saham utama LVHM setelah dua tahun kemudian.

2. Elon Musk

  • Umur: 51
  • Nilai bersih kekayaaan:  $165 bilion
Gambar: BRITTA PEDERSEN/POOL/AFP VIA GETTY IMAGES

Elon Musk merupakan lelaki kedua terkaya di dunia pada tahun 2023. Beliau dilahirkan di Afrika Selatan dan merupakan pemegang saham utama Tesla Motors (kini Tesla) yang merupakan syarikat kenderaan elektrik. 

Selain itu, Elon Musk juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan ketua jurutera Space Exploration Technologies (SpaceX), pemaju roket pelancaran angkasa lepas.

Pada 2020 yang lalu, saham Tesla telah melonjak sebanyak 740%, hal ini telah melonjakkan Musk dalam kedudukan top 10 orang terkaya di dunia. Beliau juga pernah menjadi orang terkaya di dunia pada Januari 2021 sehingga Disember 2022 yang lalu.

3. Jeff Bezos

  • Umur: 59
  • Nilai bersih kekayaaan:  $129 bilion

Tahukah anda, pada sekitar tahun 1994, Jeff Bezos mengasaskan Amazon di sebuah garaj di Seattle sejurus selepas meletak jawatan daripada dana lindung syarikat D.E. Shaw. Pada awalnya, beliau telah mengemukakan idea kedai buku dalam talian kepada bekas bosnya David E. Shaw, tetapi bekas bossnya itu tidak berminat. 

Pada awalnya, Amazon hanya menjual buku dan lama kelamaan menjadi sebuah kedai barangan serbaneka. Jeff Bezos memperkenalkan Amazon kepada umum pada tahun 1997 dan sejak itu, Amazon telah mencapai nilai bersih lebih daripada USD 100 Billion.

Jeff Bezos juga turut menjalankan projek lain termasuklah syarikat aeroangkasa Blue Origin, The Washington Post dan sebagainya. Pada 20 Julai 2021, kekayaan Jeff Bezos semakin meningkat dan banyak, ia dianggarkan berjumlah USD 211 Billion.

4. Bill Gates

  • Umur: 67
  • Nilai bersih kekayaaan: $125 bilion
Gambar: CNBC

Pada 1975, Bill Gates bekerja dengan rakan dari zaman kanak-kanaknya, Paul Allen, di Harvard untuk mencipta perisian baru bagi mikrokomputer. Setelah berjaya, Gates meninggalkan Harvard dan menubuhkan Microsoft bersama Paul Allen.

Microsoft yang merupakan syarikat perisian terbesar, turut menghasilkan komputer peribadi, memberikan perkhidmatan e-mel, dan menjual sistem permainan video dan peranti permainan yang berkaitan. Terbaru, syarikat ini turut melabur dalam cloud services.

Pada 2008, Gates tukar jawatan daripada CEO ke pengerusi lembaga Microsoft. Dia juga menyertai lembaga syarikat Berkshire Hathaway sejak 2004. Bill Gates mengundur diri dari kedua-dua jawatan pada 13 Mac 2020.

Sebahagian besar kekayaan bersih Bill Gates terletak dalam Cascade Investment LLC. Cascade merupakan entiti pelaburan swasta yang memiliki pelbagai saham termasuk Canadian National Railway (CNR), Deere (DE), Republic Services (RSG). Pelaburan peribadi termasuk dalam sektor hartanah dan tenaga.

Kekayaan Bill Gates terutama di Cascade Investment LLC, entiti pelaburan swasta dengan saham CNR, DE, RSG, dan pelaburan swasta dalam hartanah dan tenaga.

5. Warren Buffett

  • Umur: 92
  • Nilai bersih kekayaaan: $115 bilion

Pelabur saham yang paling terkenal di dunia iaitu Warren Buffett pertama kali telah membeli saham dalam syarikat tekstil bernama Berkshire Hathaway pada tahun 1962. Selepas itu, beliau telah menjadi pemegang saham majoriti menjelang tahun 1965. 

Tidak lama selepas itu, beliau telah mengembangkan pegangan syarikat kepada insurans dan pelaburan lain pada tahun 1967. Beliau juga dikenali dengan gelaran ‘Oracle of Omaha’ kerana telah membina kekayaannya dengan memperolehi syarikat yang kurang nilai. 

Oleh kerana sikapnya yang dermawan, beliau juga mendermakan kekayaannya kepada banyak yayasan-yayasan yang memerlukan. Kini, walaupun usianya menjangkau 92 tahun, beliau masih lagi berkhidmat sebagai Ketua Eksekutif di Berkshire Hathaway. Hebat bukan?

Kesimpulannya, kejayaan orang kaya di dunia adalah disebabkan oleh usaha mereka yang tidak pernah mengalah. Selain itu, untuk mencapai kejayaan yang besar seperti mereka, pelbagai ujian yang terpaksa ditempuh oleh mereka.

Jika ingin menjadi kaya, jangan pernah mengeluh dengan ujian yang mendatang dan tanamkan dalam minda bahawa kita boleh berjaya dan takkan pernah putus asa.

Rujukan: Investopedia

Previous ArticleNext Article

Anak Mampu Menguasai Dua atau Tiga Bahasa: Kelebihan Yang Semakin Dicari

Kami percaya setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk melabur demi masa depan anak.

Ada yang membuka akaun SSPN sebaik sahaja anak dilahirkan.
Ada yang membeli emas setiap bulan.
Ada yang menyimpan dalam ASB, Tabung Haji atau KWSP (14 tahun). Baca juga Daftar Akaun KWSP Anak Anda Berumur 14 Tahun Dan Ke Atas, Terima Insentif Kerajaan RM250 Setahun

Semuanya pilihan yang baik kerana matlamatnya sama, iaitu menyediakan kehidupan yang lebih baik apabila anak dewasa nanti.

Tetapi apabila kami bertanya kepada beberapa ibu bapa,

“Apakah pelaburan paling berbaloi yang pernah anda buat untuk anak?”

Jawapannya bukan semuanya berkaitan wang. Ramai yang memberikan jawapan yang lebih menarik.

Pengalaman Adalah Pelaburan

Tidak semua pelaburan diukur dengan jumlah ringgit yang disimpan.

Ada ibu bapa yang lebih rela membelanjakan wang untuk memberikan anak pengalaman yang mungkin tidak dapat dibeli apabila mereka dewasa nanti.

Mereka membawa anak melancong supaya dapat melihat dunia dengan mata sendiri.

Ada yang membawa anak berkhemah supaya belajar berdikari, bekerjasama dan menghargai alam.

Ada yang sanggup bangun seawal pagi setiap hujung minggu untuk menemani anak mendaki bukit atau menyertai acara sukan.

Tidak kurang juga yang menghantar anak belajar berenang, bermain alat muzik, menyertai pertandingan pidato, pertandingan robotik atau kelas seni.

Semua ini mungkin tidak memberikan pulangan dalam bentuk wang hari ini.

Namun pengalaman seperti inilah yang membentuk keberanian, disiplin, keyakinan diri dan cara anak melihat dunia.

Apabila mereka dewasa nanti, ibu bapa mungkin tidak lagi ingat berapa kos yang dibelanjakan. Tetapi anak akan sentiasa mengingati pengalaman yang pernah diberikan.

Ada Satu Lagi Pelaburan Yang Selalu Dipandang Ringan

Di sebalik semua pengalaman itu, ada satu pelaburan yang semakin penting dalam dunia hari ini.

Menguasai lebih daripada satu bahasa.

Jika dahulu fasih berbahasa Inggeris sudah dianggap satu kelebihan, hari ini keadaan sudah berubah.

Dunia pekerjaan menjadi semakin global.

Syarikat tempatan berurusan dengan pelanggan dari luar negara.

Mesyuarat dijalankan secara dalam talian bersama rakan sekerja dari pelbagai benua.

Ramai usahawan pula menjual produk ke pasaran antarabangsa.

Dalam keadaan ini, mereka yang mampu bertutur dalam dua, tiga atau lebih bahasa mempunyai kelebihan yang sukar ditandingi.

Bahasa Membuka Lebih Banyak Peluang

Bayangkan anak anda mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan yakin.

Kemudian dia turut menguasai Bahasa Jepun atau Bahasa Korea atau Bahasa Sepanyol dan Perancis.

Peluang yang terbuka menjadi jauh lebih luas.

Mereka boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara. Lebih mudah mendapatkan biasiswa antarabangsa. Berpeluang bekerja dengan syarikat multinasional.

Malah jika menjadi usahawan sekalipun, mereka boleh berurusan dengan pelanggan dari seluruh dunia tanpa bergantung kepada penterjemah.

Dalam dunia yang semakin tanpa sempadan, bahasa bukan lagi sekadar subjek di sekolah.

Ia sudah menjadi satu aset.

Anak Lebih Mudah Belajar Bahasa Berbanding Orang Dewasa

Ramai orang dewasa menyesal kerana hanya mula belajar bahasa asing apabila sudah bekerja.

Pada ketika itu, komitmen semakin banyak. Masa semakin terhad. Berbeza dengan kanak-kanak. Mereka lebih cepat menangkap sebutan, lebih berani mencuba dan tidak malu melakukan kesilapan.

Sebab itulah ramai pakar pendidikan menggalakkan pendedahan kepada bahasa kedua atau ketiga sejak usia muda.

Semakin awal mereka bermula, semakin mudah proses pembelajaran.

Tak Perlu Lagi Pergi Ke Pusat Bahasa

Dulu, belajar bahasa asing mungkin memerlukan kita hadir ke pusat bahasa tertentu mengikut jadual yang tetap.

Hari ini semuanya jauh lebih fleksibel.

Melalui platform seperti Preply, ibu bapa boleh memilih guru dari pelbagai negara mengikut bajet, jadual dan tahap pembelajaran anak.

Pilihan bahasanya juga sangat banyak, termasuk:

  • 🇬🇧 Bahasa Inggeris
  • 🇨🇳 Bahasa Mandarin (Cina)
  • 🇪🇸 Bahasa Sepanyol
  • 🇫🇷 Bahasa Perancis
  • 🇯🇵 Bahasa Jepun
  • 🇰🇷 Bahasa Korea
  • 🇩🇪 Bahasa Jerman

Menariknya, anda tidak semestinya perlu memilih tutor dari luar negara. Jika anak masih di peringkat asas atau lebih selesa belajar dengan gaya tempatan, terdapat juga ramai tutor dari Malaysia yang mengajar di Preply. Ini memudahkan komunikasi, terutama bagi kanak-kanak yang baru bermula.

Kelas bahasa secara individu tidak semestinya mahal. Malah, terdapat tutor Bahasa Inggeris di Preply yurannya bermula sekitar RM24 bagi satu sesi pembelajaran, bergantung kepada tutor yang dipilih.

Anak boleh belajar secara 1-to-1 dalam talian dengan tutor yang merupakan penutur asli atau guru berpengalaman, jadi anak mendapat perhatian penuh daripada tutor tanpa perlu meninggalkan rumah.

Ada Diskaun Untuk Pembaca Majalah Labur

Kalau anda memang bercadang untuk mendaftarkan anak ke kelas bahasa, sekarang mungkin masa yang sesuai.

Melalui pautan referral Majalah Labur, anda akan menikmati diskaun 70% untuk kelas percubaan pertama (bagi tutor yang mengenakan yuran sekurang-kurangnya USD7). Jika anda meneruskan langganan kelas pertama, Majalah Labur pula akan menerima kredit RM203 daripada Preply.

Kami bercadang menggunakan kredit tersebut untuk mempelajari bahasa baharu dan berkongsi sendiri pengalaman menggunakan platform ini kepada pembaca. Terima kasih kerana menyokong Majalah Labur melalui pautan referral kami.

Jadi, anda bukan sahaja melabur untuk masa depan anak, malah turut menyokong usaha kami menghasilkan kandungan percuma yang memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

👉 https://preply.com/en/?pref=MzA4OTExODU

Kesimpulan

Setiap ibu bapa mempunyai definisi pelaburan yang berbeza.

Ada yang memilih menyimpan wang. Ada yang membeli emas. Ada yang melabur dalam pendidikan. Ada pula yang memilih memberikan pengalaman.

Tiada jawapan yang benar atau salah.

Tetapi jika ada satu pelaburan yang tidak boleh dicuri, tidak susut nilai dan akan dibawa oleh anak ke mana sahaja mereka pergi, ia ialah ilmu dan kemahiran berkomunikasi.

Anak-anak kita akan membesar dalam era AI. Dunia yang mereka hadapi nanti mungkin jauh berbeza daripada dunia yang kita kenal hari ini.

Mungkin ada pekerjaan yang hilang. Mungkin akan muncul pekerjaan baharu yang belum pernah kita dengar hari ini.

Dalam dunia seperti itu, memiliki satu kemahiran sahaja mungkin tidak lagi mencukupi.

Sebaliknya, mereka yang mampu menguasai pelbagai ilmu, berkomunikasi dalam pelbagai bahasa dan sentiasa bersedia mempelajari perkara baharu akan mempunyai lebih banyak peluang untuk menyesuaikan diri dan terus relevan.

Akhirnya, harta yang kita tinggalkan mungkin suatu hari nanti akan habis dibelanjakan. Tetapi ilmu yang kita tanam dan kemahiran yang kita berikan akan terus menjadi bekalan sepanjang hayat. Itulah pelaburan sebenar yang nilainya tidak diukur dengan ringgit.


P/S: Kalau dah mula melabur untuk masa depan anak melalui kelas bahasa, jangan lupa melabur juga dengan ilmu kewangan. Buku-buku saham Majalah Labur ditulis dalam bahasa yang mudah difahami, malah sesuai juga dijadikan bahan bacaan untuk remaja yang ingin mula mengenali dunia pelaburan. Siapa tahu, suatu hari nanti anak bukan sahaja fasih berbahasa, tetapi juga bijak mengurus dan mengembangkan wang mereka sendiri.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!