Ryan Baru Berusia 6 Tahun Tetapi Sudah Menjana Pendapatan Jutaan Ringgit

Percayakah anda, seorang kanak-kanak yang baru berusia 6 tahun mampu menjana pendapatan jutaan ringgit sebulan? Dengan hanya bercakap tentang mainan? Mungkin ada yang menggeleng kepala tidak percaya bukan? Tetapi itulah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak yang bernama Ryan.

Semuanya bermula apabila Ryan berminat untuk memiliki Channelnya sendiri di YouTube. Sebelum ini, kanak-kanak itu hanya melihat kanak-kanak lain melakukan review mainan di YouTube. Kemudian, dia mula terfikir, kenapa dia tidak melakukan perkara yang serupa? Hasrat Ryan ini di persetujui oleh kedua-dua ibu bapanya.

11 Juta Subscribers Di YouTube

Sumber: YouTube

Pada usia seawal 4 tahun, dia telah mula melakukan review untuk mainan kanak-kanak. Menurut ibunya, mainan pertama yang digunakan dalam review mereka adalah set keretapi Lego. Pada awalnya, channel ini, tidak begitu popular sehinggalah mereka memuat naik sebuah video pada Julai 2015. Anda pasti tertanya-tanya video apa bukan?

Video ini menunjukkan Ryan bermain dan memberikan review ‘Giant Egg Surprise’ yang mengandungi lebih 100 mainan dari siri popular Pixar. Telatahnya yang comel dan bersemangat itu telah membuatkan video ini menerima tontonan lebih 800 juta! Ada juga videonya yang lain mendapat tontonan sebanyak 1 billion! Hebat bukan?

Channel yang diwujudkan sejak March 2015 ini, kini telah mempunyai sebanyak 11 juta subscribers! Ini menjadikan channel ini antara yang popular di YouTube. Ryan dikatakan mampu mendapat pulangan sehingga USD1 juta setiap bulan hasil daripada review yang dilakukannya!

Tersenarai Dalam Top 10 Selebriti Youtube Oleh Forbes

Sumber: YouTube

Forbes juga telah menyenaraikan Ryan sebagai Top 10 selebriti YouTube yang menerima pendapatan tertinggi di dunia bagi tahun 2017. Adik Ryan juga merupakan selebriti termuda dalam senarai itu! Bertuahnya badan, muda-muda lagi dah jadi jutawan.

Kini, channel tersebut lebih menumpukan untuk memberi review mengenai produk mainan terbaru dan juga makanan kanak-kanak. Apa yang membuatkan channel yang dihoskan Ryan ini mendapat sambutan adalah kerana telatahnya yang comel serta review yang jujur dan bersemangat oleh adik ini.

Kisah Ryan ini menunjukkan bahawa usia bukanlah penghalang untuk berjaya. Bagi para YouTubers ataupun mereka yang memiliki blog mahupun berhasrat membuat channel YouTube sendiri, jadikan kisah adik Ryan ini sebagai sumber inspirasi.

Sumber Rujukan:

  1. https://www.cbsnews.com
  2. https://kisahdunia.com
  3. http://www.businessinsider.com
  4. http://www.thereporter.my

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kaya Di Mata : Realiti Kewangan Malaysia Yang Jarang Didedahkan

Dalam dunia yang gemar menilai kekayaan melalui apa yang nampak secara fizikal seperti kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, ramai terperangkap dalam “kaya tipu-tipu”: mewah di luar, rapuh di dalam.

Artikel ini menyelami perbezaan asas antara “kaya tipu-tipu” dan “kaya sebenar”, disokong dengan data pencapaian kewangan isi rumah Malaysia, untuk memberikan gambaran yang lebih bernas dan tidak klise.

1. Kaya Tipu-Tipu: Ilusi Kekayaan yang Rapuh

Golongan ini menumpukan kepada persepsi, mereka lebih mementingkan imej daripada asas kewangan yang sihat.

Ciri-ciri utama:

  • Aliran tunai rapuh dan aliran keluar lebih besar
  • Pendapatan besar habis dibelanjakan untuk pembayaran ansuran kereta, kad kredit dan gaya hidup. Walaupun gaji tinggi, kos perbelanjaan lebih menguasai.
  • Nilai bersih (net worth) negatif
  • Tiada simpanan atau nilai bersih positif. Aset yang dimiliki adalah atas nama pinjaman. Jika aset dijual sekalipun, hasilnya tidak cukup untuk membayar hutang.
  • Hutang tinggi dan “good debt” tiada
  • Gaya hidup dibiayai oleh hutang (BNPL), bukan pelaburan atau aset produktif.
  • Motivasi status, bukan kestabilan
  • Pembelian didorong oleh keinginan untuk menunjukkan kekayaan, bukan atas dasar keperluan

2. Kaya Sebenar: Kekayaan yang Kukuh, Terlihat Biasa

Golongan ini mungkin tidak menarik perhatian, tetapi struktur kewangan mereka teguh dan bebas dari tekanan luar.

Ciri-ciri utama:

  • Nilai bersih positif
  • Pendapatan pasif dari sewaan, pelaburan dan saham. Aset melebihi liabiliti.
  • Pendapatan pelbagai aliran
  • Gaji, sewaan hartanah, dividen saham, perniagaan, pengagihan risiko dan kestabilan jangka panjang.
  • Kecairan tunai mencukupi
  • Simpanan kecemasan yang mencukupi membolehkan ketenangan apabila berdepan krisis.
  • Hidup di bawah kemampuan

Walaupun berkemampuan, mereka memilih kesederhanaan kewangan demi ketenangan jangka panjang.

3. Statistik Malaysia: Menyokong Fenomena Kekayaan Tipu-Tipu vs Sebenar

i) Hutang Isi Rumah Tinggi

Sehingga hujung 2021, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia mencecah 89 peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia merangkumi RM1.4 trilion hutang, 58 % bagi pinjaman perumahan, 13 % pinjaman kenderaan, 14 % pinjaman peribadi, dan 3 % kad kredit.

ii) Tabung Kecemasan Rendah

Hanya 40 peratus isi rumah menyangka mereka boleh bergantung pada simpanan sendiri atau keluarga jika menghadapi kecemasan.

Sebanyak 55 peratus responden melaporkan mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 simpanan yang boleh diakses segera.

iii) Kadar Simpanan Rendah

Tahun 2022 mencatat kadar simpanan isi rumah (household savings rate) hanya sekitar 3 peratus daripada pendapatan boleh guna (disposable income).

Purata sebelum ini (2006–2013) lebih rendah, sekitar 1.4 hingga 1.6 peratus.

iv) Ketahanan Terhadap Kejutan Kewangan Lemah

Kajian mendapati hanya 10 peratus isi rumah bandar Malaysia benar-benar tahan terhadap kejutan kewangan seperti kehilangan pendapatan, kecacatan, atau kematian. Lebih daripada 20 peratus tidak mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan jika pendapatan terputus.

4. Implikasi dan Kesedaran Kewangan

Data menunjukkan ramai rakyat Malaysia berada dalam situasi “kaya tipu-tipu”: hidup mewah tetapi asas kewangan rapuh. Gagal memiliki simpanan kecemasan dan nisbah hutang tinggi mengancam daya tahan ekonomi isi rumah.

Langkah yang disarankan:

1. Meningkatkan literasi kewangan agar rakyat lebih faham risiko hutang dan pentingnya simpanan.

2. Mempromosikan pengurusan kewangan yang rasional seperti membina simpanan, elak gaya hidup melebihi kemampuan.

3. Sokongan dasar untuk menyediakan insentif tabungan (contoh: subsidi simpanan, pendidikan kewangan).

Tidak semua yang kelihatan hebat benar-benar kukuh. “Kaya tipu-tipu” adalah rentap jangka pendek yang menjerat manakal “kaya sebenar” adalah kestabilan yang dilandasi disiplin kewangan dan perancangan masa depan.

Data Malaysia menggambarkan bahawa masih ramai yang terjebak dalam ilusi, bukan realiti dan artikel ini diharap membuka mata kepada perlunya kebijaksanaan dalam membina kekayaan sejati bukan sekadar apa yang nampak, tetapi apa yang kekal dan tahan dalam ujian masa.