Tapi itu baru nak update terutamanya awal tahun setelah dividen & bonus diumumkan. Tapi bagaimana pula nak simpan atau tambah duit dalam ASB dengan MyASNB ni?
Disebabkan portal ini baru saja dilancarkan, mungkin ramai lagi yang tak tahu mengenainya. Bagi pengguna Maybank2u dan Cimbclicks memang dah ada kemudahan simpanan online, cuma pengguna akan dikenakan caj RM 1.06 untuk setiap transaksi.
Dah Buka Akaun MyASNB? Jom Ikuti Langkah Berikut
Bagi yang dah ada akaun, anda boleh log in di laman web MyASNB seperti biasa dan ikuti langkah-langkah seperti berikut:
Pilih Pelaburan TambahanTerdapat lebih 40 buah bank tempatan dan antarabangsa yang anda boleh pilih untuk tujuan pemindahan wang
• Affin Bank Berhad
• Affin Islamic Bank Berhad
• Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad
• Alliance Bank Malaysia Berhad
• Alliance Islamic Bank Berhad
• AmBank Islamic Berhad
• AmBank (M) Berhad
• Asian Finance Bank Berhad
• Bangkok Bank Berhad
• Bank Islam Malaysia Berhad
• Bank Muamalat Malaysia Berhad
• Bank of America Malaysia Berhad
• Bank of China (Malaysia) Berhad
• Bank of Tokyo – Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad
• Bank Pertanian Malaysia Berhad – AGROBANK
• Bank Rakyat Malaysia
• Bank Simpanan Nasional
• BNP Paribas Malaysia Berhad
• CIMB Berhad
• CIMB Islamic Bank Berhad
• Citibank Berhad
• Deutsche Bank (Malaysia) Berhad
• Hong Leong Bank Berhad
• Hong Leong Islamic Bank Berhad
• HSBC Amanah Malaysia Berhad
• HSBC Bank Malaysia Berhad
• India International Bank (Malaysia) Berhad
• Industrial & Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad
• J.P. Morgan Chase Bank Berhad
• Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
• Malayan Banking Berhad
• Maybank Islamic Berhad
• Mizuho Bank (Malaysia) Berhad
• National Bank of Abu Dhabi Malaysia Berhad
• OCBC Al-Amin Bank Berhad
• OCBC Bank (Malaysia) Berhad
• Public Bank Berhad
• Public Islamic Bank Berhad
• RHB Bank Berhad
• RHB Islamic Bank Berhad
• SME Bank Berhad
• Standard Charted Bank Malaysia Berhad
• Standard Charted Saadiq Berhad
• Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad
• The Bank of Nova Scotia Berhad
• The Royal Bank of Scotland Berhad
• United Overseas Bank (Malaysia) Bhd
Baca & Fahami Terma Syarat Pelaburan Tambahan
Masukkan Jumlah Pelaburan (Minima RM100)
Masukkan Karakter ‘Captcha’ Untuk Pengesahan
“Maklumat Ahli’ akan dipaparkan untuk pengesahan, klik seterusnya.
Pilih Retail banking Yang Anda Akan Guna Untuk Buat Bayaran Dan Masukkan E-mel
Masukkan Username Dan Password Perbankan Internet Anda
Skrin Menunjukkan Paparan FPX Payment, Klik Continue
Sahkan Transaksi Pemindahan Dengan TAC, Klik Confirm
Setelah Pemindahan Berjaya, Klik ‘Continue with Transaction’
Tekan ‘Click Here To Complete Your Transaction’
Akhir Sekali, Anda Dapat Resit Transaksi
Online Saja, Mudah Bukan?
Senang, cepat dan menjimatkan. Dengan menggunakan portal baru MyASNB ini, anda tidak perlu lagi ambil masa untuk beratur di kaunter bagi menjalankan transaksi pembelian unit tambahan amanah saham ini.
Dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi global, kesedaran mengenai kepentingan pelaburan dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan pelabur baharu, semakin meningkat. Bagi pelabur baharu, persoalan pertama sebelum mula melabur selalunya bukan soal pulangan tinggi, tetapi instrumen mana yang lebih selamat, mudah difahami dan praktikal dengan modal terhad.
Pasaran modal Malaysia menawarkan pelbagai instrumen, namun kekeliruan sering timbul antara memilih Unit Amanah (UT) yang sudah lama bertapak atau Dana Dagangan Bursa (ETF) yang semakin popular. Kedua-duanya menawarkan konsep kepelbagaian pelaburan (diversification), namun instrumen manakah yang sebenarnya memberikan nilai terbaik bagi setiap ringgit yang dilaburkan?
Apakah itu Unit Amanah (UT) dan Exchange-Traded Fund (ETF)?
Unit amanah merupakan instrumen pelaburan yang paling biasa dipromosikan kepada pelabur baharu. Unit Amanah adalah sebuah dana terkumpul yang diuruskan oleh sebuah syarikat pengurusan pelaburan (contohnya Public Mutual atau ASNB). Strategi utamanya adalah untuk “mengatasi pasaran” (outperform the market) dengan memilih saham-saham yang dianggap mempunyai potensi pertumbuhan tinggi. Wang daripada ribuan pelabur dikumpulkan ke dalam satu dana yang besar, dan seorang Pengurus Dana Profesional akan memutuskan ke mana wang itu harus dilaburkan, sama ada ke dalam saham, bon, atau pasaran wang. Oleh itu, Pelabur tidak perlu memilih saham sendiri atau memantau pasaran setiap hari
ETF pula merupakan instrumen yang lebih baru berbanding unit amanah, tetapi semakin mendapat perhatian. Ia didagangkan seperti saham di Bursa Malaysia. Berbeza dengan Unit Amanah, ETF biasanya tidak cuba “mengalahkan pasaran”, sebaliknya ETF berfungsi secara pasif dengan menjejaki prestasi sesebuah indeks pasaran tertentu secara langsung. Ini bermakna, portfolio ETF dibina secara automatik mengikut komposisi indeks tersebut, sekali gus menghapuskan keperluan untuk pengurus dana membuat keputusan jual beli saham secara kerap
Bagi pelabur baharu, perbezaan ini sangat penting. Pengurusan aktif dalam Unit Amanah bermakna pelabur meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada kepakaran manusia (fund manager), manakala ETF yang bergerak secara pasif memberikan pendedahan langsung kepada pergerakan pasaran secara telus melalui sistem algoritma yang menjejaki indeks.
Bagaimana Hendak Bermula?
Bagi pelabur pemula, memahami “pintu masuk” ke dalam instrumen ini adalah sangat penting. Berikut adalah panduan ringkas cara memulakan pelaburan dalam kedua-dua instrumen ini:
1. Unit Amanah (Unit Trust): Gaya “Lupa dan Labur” Unit Amanah sangat sesuai bagi mereka yang mahukan kemudahan dan tidak mempunyai masa untuk memantau pasaran setiap hari. Boleh dibeli melalui ejen berlesen seperti portal perbankan (Maybank2u, CIMB Clicks), atau aplikasi pelaburan mikro seperti Touch ‘n Go GoInvest dan FSMOne. Langkahnya adalah seperti berikut :
Buka akaun pelaburan di platform pilihan.
Pilih dana berdasarkan profil risiko (Agresif, Sederhana, atau Konservatif).
Tetapkan Auto-Debit (contoh: RM100 sebulan) untuk disiplin pelaburan jangka panjang.
Kos (Sales Charge): Sekitar 3.0% hingga 5.0% bagi setiap transaksi kemasukan.
2. ETF (Exchange-Traded Fund): Gaya “Kawalan Kendiri” ETF sesuai bagi pelabur yang celik teknologi dan mahukan kos paling rendah dengan ketelusan tinggi. Memerlukan akaun CDS (Central Depository System) yang boleh dibuka melalui broker digital seperti Rakuten Trade atau M+ Global. Langkahnya adalah seperti berikut :
Daftar akaun CDS secara dalam talian (perlu IC dan penyata bank).
Pindahkan modal ke dalam akaun dagangan (trading account).
Cari kod ETF di Bursa Malaysia (contoh: 0838EA untuk dana emas atau 0825EA untuk 25 syarikat Shariah terbaik) secara terus melalui aplikasi dagangan broker yang telah didaftarkan seperti Rakuten Trade atau M+ Global.
Klik ‘Beli’ pada waktu dagangan Bursa (9.00 pagi – 5.00 petang).
Kos (Brokerage Fee): kos transaksi bagi ETF adalah sangat kompetitif. Sebagai contoh, broker digital seperti Rakuten Trade menawarkan yuran pembrokeran serendah RM1.00 bagi nilai pelaburan tertentu. Walau bagaimanapun, pelabur harus sedia maklum bahawa kadar ini bergantung kepada platform broker yang dipilih, di mana yuran pembrokeran boleh mencecah julat RM8, RM12, atau RM24 berdasarkan struktur harga broker masing-masing
Kos dan Yuran: Duit Anda Pergi Ke Mana?
Satu aspek yang sering terlepas pandang oleh pelabur baharu ialah struktur kos. Dalam pelaburan, kos adalah “pembunuh senyap” kepada pulangan kompaun. Berikut adalah perbandingan struktur kos secara terperinci:
Komponen Kos
Unit Amanah (UT)
Exchange-Traded Fund (ETF)
Caj Jualan (Entry Fee)
3%-5%
Yuran Brokerage (0.05%-0.1% atau minimum RM1-RM8)
Yuran Pengurusan Tahunan
1%-2%
Kurang dari 1% (0.05%-0.1%)
Sebagai gambaran mudah, katakan anda melabur RM1000 dengan andaian pulangan pasaran 6% setahun selama lima tahun. Jika anda memilih Unit Amanah melalui Public Mutual, sebanyak 3% iaitu RM30 akan ditolak serta merta sebagai caj jualan, menyebabkan baki akhir pelaburan hanyalah sekitar RM1,238 setelah lima tahun. Sebaliknya, pelaburan melalui ETF adalah yang paling menguntungkan kerana hampir tiada caj jualan dikenakan (hanya yuran broker sekitar RM1) membolehkan modal anda berkembang secara maksimum kepada sekitar RM1,275. Walaupun perbezaan ini kelihatan kecil untuk modal RM1,000, namun bagi jumlah pelaburan yang lebih besar atau tempoh yang lebih lama, jurang keuntungan tersebut akan menjadi sangat ketara dan mampu mencecah puluhan ribu ringgit.
Strategi Pelaburan untuk Pelabur Baharu
Sebagai pelabur yang bertanggungjawab, golongan pemula haruslah menerapkan prinsip etika yang kukuh dalam setiap keputusan kewangan mereka. Strategi pertama yang perlu diamalkan ialah kepelbagaian portfolio (diversification), di mana pelabur dinasihatkan supaya tidak meletakkan semua modal ke dalam satu dana sahaja bagi mengurangkan risiko kerugian. Selain itu, perlu juga diingatkan supaya pelabur sentiasa mengutamakan instrumen yang mempunyai status patuh Syariah yang sah bagi memastikan keberkatan harta selari dengan keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS SC). Selain itu, pelabur dinasihatkan untuk mengamalkan sikap berhati-hati dengan meneliti Helaian Fakta Produk (PHS) sebelum meletakkan modal, bagi memahami sepenuhnya struktur yuran seperti caj jualan sehingga 5.00% dalam Unit Amanah yang boleh menghakis keuntungan jangka panjang.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya,unit amanah dan ETF masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri untuk pelabur baharu di Malaysia. Unit amanah menawarkan kestabilan dan pengurusan profesional, manakala ETF menawarkan kos rendah dan pendedahan langsung kepada pasaran.Namun, jika pelabur inginkan pelaburan jangka panjang dengan dividen yang agak stabil seperti Amanah saham, ETF merupakan instrumen yang sesuai untuk diterokai. Pemilihan instrumen terbaik tidak bergantung kepada populariti atau janji pulangan tinggi, tetapi kepada tahap kefahaman, toleransi risiko dan keupayaan pelabur untuk kekal konsisten dalam jangka panjang.
Nota: Artikel ini merupakan hasil sumbangan daripada Nik Nadratul Nadia Binti Mohd Safri dan Prof. Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali, Universiti Sains Islam Malaysia.