Bill Gates Mengambil Risiko Yang Hampir Sama Dengan Kaedah Warren Buffett Memilih Saham

Terlalu mencabar sebenarnya, menjadi individu yang bernama Bill Gates. Beliau mengambil risiko dalam hidup, iaitu risiko yang sukar dihadapi bagi orang kebiasaan.

Di antaranya, beliau membuat keputusan untuk berhenti daripada meneruskan persekolahan di Universiti Harvard pada tahun 1975, demi membina perniagaan syarikat beliau iaitu Microsoft.

Di saat Microsoft berada di kemuncak sebagai syarikat gergasi teknologi dunia, beliau meninggalkannya dan meletak jawatan. Semuanya dilakukan demi menggalas cabaran baharu membangunkan The Bill & Melinda Gates Foundation pada tahun 2008.

Pada tahun 2013, beliau telah membuat keputusan agar yayasan beliau bersama isterinya menyumbangkan derma sebanyak $5.5 bilion, bagi membuat uji kaji dan menghasilkan vaksin yang mampu menyelesaikan masalah kesihatan orang awam.

Berani Ambil Risiko Dan Berani Untuk Berjaya

Lebih membanggakan apabila hampir kesemua risiko besar yang diambil oleh beliau membuahkan hasil. Contohnya, walaupun kajian perubatan daripada hasil derma beliau tidak mencapai matlamat mereka 100%, namun penambahbaikan dalam ilmu perubatan berjaya ditingkatkan.

Ini jelas membuktikan bahawa jika kita bijak mengambil dan mengawal risiko, maka hasil peratusan kejayaan juga akan meningkat.

Namun, bagaimana seseorang menentukan risiko yang perlu diambil dan mana yang tidak sepatutnya diambil? Bagaimana Bill Gates bersedia melaburkan wang dan masa ke dalam projek yang tidak menjanjikan kejayaan?

Menurut Bill Gates, seseorang yang mengambil apa jua jenis risiko, perlulah memahami secara mendalam mengenai definisi perkataan ‘Risiko’ tersebut.

Tambah beliau lagi, tidak kiralah berapa banyak nilai wang yang terlibat ketika mengambil sesebuah risiko, contohnya $100,000 atau $100 juta dan sebagainya; yang lebih utama adalah menggunakan seluruh akal fikiran bagi menganalisis data dan melakukan pertimbangan yang sebaik-baiknya ketika mengambil risiko.

Bersedia Untuk Terima Sebarang Keputusan

Berdasarkan perkongsian Bill Gates, tidak kira berapa banyak analisis yang dilakukan ketika mengambil risiko, tetapi yang lebih utama adalah sentiasa bersedia dan berasa selesa untuk menerima sebarang keputusan yang berada dalam situasi ketidakpastian.

Dari awal kariernya hingga ke hari ini, beliau menganalisa sesuatu masalah selama bertahun-tahun lamanya. Apabila kita bersedia menerima sebarang ketidakpastian keputusan, maka kita akan sentiasa terbuka untuk mempelajari strategi baru bagi mencapai matlamat kita.

Selain daripada itu, Bill Gates juga menekankan kaedah menerima risiko yang munasabah dengan menggunakan akal fikiran, bukannya dengan menggunakan firasat (gut feeling) semata-mata.

Cara Sama Warren Buffett Pilih Saham

Tahukah anda, para pakar penganalisis juga mengakui pendekatan yang beliau gunakan ketika mengambil sebarang risiko adakah hampir sama seperti yang dilakukan oleh Warren Buffett ketika membuat portfolio pelaburan yang besar.

Warren Buffett menghabiskan banyak masa mencari syarikat yang mempunyai prospek pelaburan jangka panjang yang kukuh. Kemudian apabila menemuinya, beliau melabur ke dalam syarikat tesebut untuk jangka masa yang panjang.

Warren Buffett terkenal kerana latihan dan kajian beliau selama bertahun-tahun mengenai pasaran saham dan sangat memahami dan menguasai kitaran perniagaan serta ekonomi.

Bill Gates juga  membangunkan setiap projek syarikat dengan penuh berhati-hati. Tetapi sekali beliau menetapkan untuk melaksanakan sesuatu perkara, beliau akan fokus dan buat habis-habisan sampai berjaya.

Suka sekiranya kami berkongsi petikan kata-kata beliau:

“I’m never happier than when I’m diving deep into the details of a problem. I say no to a lot more opportunities than I say yes to.”

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kaya Di Mata : Realiti Kewangan Malaysia Yang Jarang Didedahkan

Dalam dunia yang gemar menilai kekayaan melalui apa yang nampak secara fizikal seperti kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, ramai terperangkap dalam “kaya tipu-tipu”: mewah di luar, rapuh di dalam.

Artikel ini menyelami perbezaan asas antara “kaya tipu-tipu” dan “kaya sebenar”, disokong dengan data pencapaian kewangan isi rumah Malaysia, untuk memberikan gambaran yang lebih bernas dan tidak klise.

1. Kaya Tipu-Tipu: Ilusi Kekayaan yang Rapuh

Golongan ini menumpukan kepada persepsi, mereka lebih mementingkan imej daripada asas kewangan yang sihat.

Ciri-ciri utama:

  • Aliran tunai rapuh dan aliran keluar lebih besar
  • Pendapatan besar habis dibelanjakan untuk pembayaran ansuran kereta, kad kredit dan gaya hidup. Walaupun gaji tinggi, kos perbelanjaan lebih menguasai.
  • Nilai bersih (net worth) negatif
  • Tiada simpanan atau nilai bersih positif. Aset yang dimiliki adalah atas nama pinjaman. Jika aset dijual sekalipun, hasilnya tidak cukup untuk membayar hutang.
  • Hutang tinggi dan “good debt” tiada
  • Gaya hidup dibiayai oleh hutang (BNPL), bukan pelaburan atau aset produktif.
  • Motivasi status, bukan kestabilan
  • Pembelian didorong oleh keinginan untuk menunjukkan kekayaan, bukan atas dasar keperluan

2. Kaya Sebenar: Kekayaan yang Kukuh, Terlihat Biasa

Golongan ini mungkin tidak menarik perhatian, tetapi struktur kewangan mereka teguh dan bebas dari tekanan luar.

Ciri-ciri utama:

  • Nilai bersih positif
  • Pendapatan pasif dari sewaan, pelaburan dan saham. Aset melebihi liabiliti.
  • Pendapatan pelbagai aliran
  • Gaji, sewaan hartanah, dividen saham, perniagaan, pengagihan risiko dan kestabilan jangka panjang.
  • Kecairan tunai mencukupi
  • Simpanan kecemasan yang mencukupi membolehkan ketenangan apabila berdepan krisis.
  • Hidup di bawah kemampuan

Walaupun berkemampuan, mereka memilih kesederhanaan kewangan demi ketenangan jangka panjang.

3. Statistik Malaysia: Menyokong Fenomena Kekayaan Tipu-Tipu vs Sebenar

i) Hutang Isi Rumah Tinggi

Sehingga hujung 2021, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia mencecah 89 peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia merangkumi RM1.4 trilion hutang, 58 % bagi pinjaman perumahan, 13 % pinjaman kenderaan, 14 % pinjaman peribadi, dan 3 % kad kredit.

ii) Tabung Kecemasan Rendah

Hanya 40 peratus isi rumah menyangka mereka boleh bergantung pada simpanan sendiri atau keluarga jika menghadapi kecemasan.

Sebanyak 55 peratus responden melaporkan mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 simpanan yang boleh diakses segera.

iii) Kadar Simpanan Rendah

Tahun 2022 mencatat kadar simpanan isi rumah (household savings rate) hanya sekitar 3 peratus daripada pendapatan boleh guna (disposable income).

Purata sebelum ini (2006–2013) lebih rendah, sekitar 1.4 hingga 1.6 peratus.

iv) Ketahanan Terhadap Kejutan Kewangan Lemah

Kajian mendapati hanya 10 peratus isi rumah bandar Malaysia benar-benar tahan terhadap kejutan kewangan seperti kehilangan pendapatan, kecacatan, atau kematian. Lebih daripada 20 peratus tidak mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan jika pendapatan terputus.

4. Implikasi dan Kesedaran Kewangan

Data menunjukkan ramai rakyat Malaysia berada dalam situasi “kaya tipu-tipu”: hidup mewah tetapi asas kewangan rapuh. Gagal memiliki simpanan kecemasan dan nisbah hutang tinggi mengancam daya tahan ekonomi isi rumah.

Langkah yang disarankan:

1. Meningkatkan literasi kewangan agar rakyat lebih faham risiko hutang dan pentingnya simpanan.

2. Mempromosikan pengurusan kewangan yang rasional seperti membina simpanan, elak gaya hidup melebihi kemampuan.

3. Sokongan dasar untuk menyediakan insentif tabungan (contoh: subsidi simpanan, pendidikan kewangan).

Tidak semua yang kelihatan hebat benar-benar kukuh. “Kaya tipu-tipu” adalah rentap jangka pendek yang menjerat manakal “kaya sebenar” adalah kestabilan yang dilandasi disiplin kewangan dan perancangan masa depan.

Data Malaysia menggambarkan bahawa masih ramai yang terjebak dalam ilusi, bukan realiti dan artikel ini diharap membuka mata kepada perlunya kebijaksanaan dalam membina kekayaan sejati bukan sekadar apa yang nampak, tetapi apa yang kekal dan tahan dalam ujian masa.