Canva, Sebuah Startup Yang Berjaya

Pernahkah anda mempunyai tugasan kerja atau universiti yang memerlukan anda menyediakan kandungan interaktif tetapi anda tidak mempunyai kemahiran yang tinggi? Nak jadi kreatif tetapi tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan. 

Jika anda perasan, hampir semua maklumat atau konten yang anda boleh jumpa sekarang semuanya kreatif-kreatif belaka. Bagaimana mereka lakukannya? Adakah semakin ramai yang mempunyai bakat melukis dan mereka grafik? 

Seorang pereka grafik professional biasanya akan menggunakan 4 software utama iaitu:

  • Photoshop
  • Illustrator
  • InDesign
  • After Effects

Namun, tidak semua orang yang mahir menggunakan kesemua perisian di atas. Jika anda seorang individu yang bukan dari latar belakang pereka grafik, sebenarnya ada sebuah platform yang dapat membantu anda melukis seperti seorang pereka grafik profesional. 

Saya pasti anda pernah menggunakan platfrom mereka grafik bernama Canva

Free templates | Canva
Gambar: Canva

Apa itu Canva?

Canva ialah sebuah platform reka bentuk grafik percuma yang berpangkalan di Australia digunakan untuk mencipta grafik media sosial, slaid pembentangan, poster, dokumen, dan lain-lain kandungan visual. 

article cover
Gambar: Morning Brew

Sejarah Canva

Canva cofounder Cameron Adams (left), with cofounders Melanie Perkins and Cliff Obrecht.
Gambar: Forbes

Canva diasaskan oleh Melanie Perkins, Cliff Obrecht dan Cameron Adams pada 1 Januari 2013. Matlamatnya adalah untuk menggabungkan keseluruhan ekosistem reka bentuk ke dalam satu halaman yang boleh diakses oleh seluruh dunia. 

Melanie Perkins mula mengusahakan ideanya pada tahun 2007 di Perth, Australia. Idea tersebut terlintas di fikirannya ketika sedang mengajar rakan sekelasnya reka bentuk asas komputer di University of Western Australia. 

Pada masa itu, pereka grafik terpaksa menggunakan pelbagai alat untuk mencipta reka bentuk. Oleh itu, Melanie memikirkan sebuah platform di mana pereka grafik boleh mencari semua benda di satu tempat sahaja. 

Seperti kebanyakan startup, tidak mudah bagi mereka untuk mendapatkan dana. Tiada firma dari Silicon Valley yang mahu melabur dalam syarikat itu. Mereka telah ditolak oleh lebih daripada 100 pelabur. 

Mereka akhirnya bertemu Cameron Adams dan menyertai mereka sebagai co-founder yang ketiga. 

Mereka berjaya mengumpul sebanyak USD3 juta termasuk geran daripada kerajaan Australia. Canva dilancar secara rasmi pada 1 Januari 2013. 

Tahukah anda seramai 50 juta pengguna aktif dari 190 buah negara yang menggunakan servis Canva? 

Canva juga telah berjaya meraih dana pembiayaan sebanyak USD372.6 juta. Penilaian syarikat itu kini telah mencapai USD15 bilion lalu menjadikannya salah satu syarikat perisian yang paling berkembang di dunia. 

Syarikat itu menjangkakan bahawa pendapatan tahunan syarikat akan dapat melepasi USD500 juta pada tahun ini.

Canva's Sydney office in 2018
Gambar: CNBC

Gambar bertarikh 2018 di atas merupakan pejabat Canva di Sydney. 

Canva kini bernilai USD40 bilion berikutan suntikan modal baharu sebanyak USD200 juta. 

Anda belum lagi boleh membeli saham Canva kerana syarikat itu belum lagi diapungkan di mana-mana pasaran saham.

Kesimpulannya, banyak yang kita boleh pelajari daripada startup seperti Canva. Pengajaran yang kita boleh belajar daripada mereka adalah:

  1. Bangunkan perniagaan anda seawal yang boleh

Kebanyakan usahawan gagal memulakan perniagaan mereka atau berputus asa kerana tidak yakin terhadap idea sendiri dan mengambil masa yang terlalu lama untuk mengambil tindakan. Berbeza bagi pengasas Canva, Melanie mempunyai rancangan yang jelas untuk mengatasi Microsoft dan Adobe dengan menggabungkan ciri-ciri reka bentuk grafik dalam satu platform. 

Melanie terus menggerakkan idea beliau setelah melihat potensi idea itu. Hal ini kerana beliau merasakan jika beliau tidak bertindak awal akan ada orang lain yang melaksanakan idea tersebut.

  1. Tidak berputus asa

Canva pernah ditolak 100 pelabur Silicon Valley. Namun tidak lama kemudian, penyertaan pengasas ketiga iaitu Cameron Adams telah membantu mereka meraih dana dan melancarkan Canva pada 1 Januari 2013.

  1. Menembusi pasaran negara China

Tidak banyak syarikat barat yang berjaya di negara China. Canva bijak melantik bekas ketua unit Linkedin China untuk membuka sebuah pejabat Canva di tanah besar China. Canva kemudian menjadi popular di negara tersebut setelah membangunkan Canva versi China dengan ciri seperti penyepaduan dengan aplikasi pemesejan China dan kod QR yang memudahkan. 

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama korang. Bila faham isi kandungan buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain!

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak ketenangan, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini. Misi kami agar dapat menyebarkan ilmu yang bermanfaat dalam bidang kewangan dan pelaburan.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Kaya Di Mata : Realiti Kewangan Malaysia Yang Jarang Didedahkan

Dalam dunia yang gemar menilai kekayaan melalui apa yang nampak secara fizikal seperti kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, ramai terperangkap dalam “kaya tipu-tipu”: mewah di luar, rapuh di dalam.

Artikel ini menyelami perbezaan asas antara “kaya tipu-tipu” dan “kaya sebenar”, disokong dengan data pencapaian kewangan isi rumah Malaysia, untuk memberikan gambaran yang lebih bernas dan tidak klise.

1. Kaya Tipu-Tipu: Ilusi Kekayaan yang Rapuh

Golongan ini menumpukan kepada persepsi, mereka lebih mementingkan imej daripada asas kewangan yang sihat.

Ciri-ciri utama:

  • Aliran tunai rapuh dan aliran keluar lebih besar
  • Pendapatan besar habis dibelanjakan untuk pembayaran ansuran kereta, kad kredit dan gaya hidup. Walaupun gaji tinggi, kos perbelanjaan lebih menguasai.
  • Nilai bersih (net worth) negatif
  • Tiada simpanan atau nilai bersih positif. Aset yang dimiliki adalah atas nama pinjaman. Jika aset dijual sekalipun, hasilnya tidak cukup untuk membayar hutang.
  • Hutang tinggi dan “good debt” tiada
  • Gaya hidup dibiayai oleh hutang (BNPL), bukan pelaburan atau aset produktif.
  • Motivasi status, bukan kestabilan
  • Pembelian didorong oleh keinginan untuk menunjukkan kekayaan, bukan atas dasar keperluan

2. Kaya Sebenar: Kekayaan yang Kukuh, Terlihat Biasa

Golongan ini mungkin tidak menarik perhatian, tetapi struktur kewangan mereka teguh dan bebas dari tekanan luar.

Ciri-ciri utama:

  • Nilai bersih positif
  • Pendapatan pasif dari sewaan, pelaburan dan saham. Aset melebihi liabiliti.
  • Pendapatan pelbagai aliran
  • Gaji, sewaan hartanah, dividen saham, perniagaan, pengagihan risiko dan kestabilan jangka panjang.
  • Kecairan tunai mencukupi
  • Simpanan kecemasan yang mencukupi membolehkan ketenangan apabila berdepan krisis.
  • Hidup di bawah kemampuan

Walaupun berkemampuan, mereka memilih kesederhanaan kewangan demi ketenangan jangka panjang.

3. Statistik Malaysia: Menyokong Fenomena Kekayaan Tipu-Tipu vs Sebenar

i) Hutang Isi Rumah Tinggi

Sehingga hujung 2021, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia mencecah 89 peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia merangkumi RM1.4 trilion hutang, 58 % bagi pinjaman perumahan, 13 % pinjaman kenderaan, 14 % pinjaman peribadi, dan 3 % kad kredit.

ii) Tabung Kecemasan Rendah

Hanya 40 peratus isi rumah menyangka mereka boleh bergantung pada simpanan sendiri atau keluarga jika menghadapi kecemasan.

Sebanyak 55 peratus responden melaporkan mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 simpanan yang boleh diakses segera.

iii) Kadar Simpanan Rendah

Tahun 2022 mencatat kadar simpanan isi rumah (household savings rate) hanya sekitar 3 peratus daripada pendapatan boleh guna (disposable income).

Purata sebelum ini (2006–2013) lebih rendah, sekitar 1.4 hingga 1.6 peratus.

iv) Ketahanan Terhadap Kejutan Kewangan Lemah

Kajian mendapati hanya 10 peratus isi rumah bandar Malaysia benar-benar tahan terhadap kejutan kewangan seperti kehilangan pendapatan, kecacatan, atau kematian. Lebih daripada 20 peratus tidak mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan jika pendapatan terputus.

4. Implikasi dan Kesedaran Kewangan

Data menunjukkan ramai rakyat Malaysia berada dalam situasi “kaya tipu-tipu”: hidup mewah tetapi asas kewangan rapuh. Gagal memiliki simpanan kecemasan dan nisbah hutang tinggi mengancam daya tahan ekonomi isi rumah.

Langkah yang disarankan:

1. Meningkatkan literasi kewangan agar rakyat lebih faham risiko hutang dan pentingnya simpanan.

2. Mempromosikan pengurusan kewangan yang rasional seperti membina simpanan, elak gaya hidup melebihi kemampuan.

3. Sokongan dasar untuk menyediakan insentif tabungan (contoh: subsidi simpanan, pendidikan kewangan).

Tidak semua yang kelihatan hebat benar-benar kukuh. “Kaya tipu-tipu” adalah rentap jangka pendek yang menjerat manakal “kaya sebenar” adalah kestabilan yang dilandasi disiplin kewangan dan perancangan masa depan.

Data Malaysia menggambarkan bahawa masih ramai yang terjebak dalam ilusi, bukan realiti dan artikel ini diharap membuka mata kepada perlunya kebijaksanaan dalam membina kekayaan sejati bukan sekadar apa yang nampak, tetapi apa yang kekal dan tahan dalam ujian masa.