Carlos Kaiser, Pemain Bola Sepak Profesional Yang Tak Pernah Bermain Bola

Kita sering mendengar perbuatan scam melibatkan penipuan wang ringgit mangsa melalui pelbagai kaedah seperti panggilan telefon dan juga internet. Sebelum ini juga, kita dah tengok 7 Jenis Skim Popular Yang Sering Digunakan Untuk Menipu Rakyat Malaysia.

Tapi pernahkah kita dengar bagaimana seseorang itu boleh menipu di dalam aktiviti sukan?

Ya, itulah yang berlaku kepada seorang pemain bola Brazil yang bernama Carlos Kaiser. Walaupun bergelar penyerang, beliau tidak pernah menjaringkan gol sepanjang kariernya oleh kerana kelicikan beliau.

Kredit Gambar: Sport Skeeda

Kerjayanya sebagai pemain bola sepak profesional bermula pada era 1980-an. Beliau mempunyai pesonalti yang peramah dan sangat digemari orang yang berada di sekelilingnya. Ini memudahkan dirinya untuk melakukan kerja liciknya iaitu menipu pengurusan kelab yang diwakilinya.

Pada hakikatnya, Carlos Kaiser ini bukanlah pemian bola sepak yang bagus kerana beliau tidak memiliki bakat di dalam sukan tersebut. Oleh kerana minat terhadap dunia bola sepak dan mempunyai kenalan di kalangan pemain kebangsaan Brazil, beliau berjaya memasuki kelab-kelab yang ternama di Brazil.

Modus operandinya adalah meyakinkan ejennya bagi mengatakan bahawa beliau merupakan seorang pemain yang hebat. Ketika mewakili sesebuah kelab, beliau sebenarnya tidak bermain untuk kelab tersebut sebaliknya hanya berada di bangku simpanan dengan mendapat bayaran seperti pemain utama.

Beliau sering memberi alasan yang sama ketika mewakili kelab barunya iaitu sedang mengalami kecederaan. Beliau kadangkala tidak bermain selama tiga bulan kerana dapat meyakinkan doktor perubatan kelab. Beliau berjaya menipu doktor kerana pada era tersebut, teknologi MRI belum lagi wujud untuk mengesahkan kecederaan yang dialaminya itu.

Carlos Kaiser juga pernah mendakwa bahwa kecederaannya itu tidak mungkin dapat sembuh dalam masa terdekat walaupun menggunakan bomoh terhandal.

Kalau nak tahu, Carlos Kaiser juga seorang yang sangat rapat dengan wartawan sukan. Beliau membina hubungan akrab dengan wartawan sukan yang menyebabkan wartawan sukan sering menulis tentang kehebatan beliau di dalam akhbar harian disana. Disebabkan itulah, beliau sering mendapat perhatian kelab lain.

Carlos Kaiser (sebelah kiri) dan Renato Gaúcho (sebelah kanan). Kredit Gambar: The Guardian

Carlos Kaiser mempunyai kenalan hebat yang merupakan lagenda bola sepak Brazil. Pada era 1980-an, Renato Gaúcho merupakan pemain Brazil yang terkenal dan rupa parasnya hampir menyamai Carlos Kaiser. Disebabkan inilah, beliau mengambil kesempatan unrtuk menyamar sebagai pemain tersebut.

Dengan menyamar menjadi Renato Gaúcho, Carlos Kaiser telah berjaya mendampingi perempuan cantik dan dilayan seperti seorang VIP ketika berada di kelab malam yang merupakan rutin harian ketika bergelar seorang pemain bola sepak.

Kredit Gambar: The Sun

Ironyanya apabila Renato Gaúcho mengetahui wataknya digunakan oleh Carlos Kaiser, beliau sedikit pun tidak marah malah menjadi rakan baik kepada Carlos Kaiser. Dari sinilah, Carlos Kaiser mendapat kenalan yang hebat melalui Renato Gaúcho yang memudahkan dirinya berkenalan dengan pemain ternama Brazil yang lain.

Kredit Gambar: The Sun

Di antara peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan adalah ketika beliau mewakili kelab Bangu yang sedang menentang musuh tradisi kelab. Pada minit ke-8, kelab tersebut ketinggalan 2-0. Pemilik kelab tersebut telah menyuruh Carlos Kaiser memasuki padang untuk mengubah keadaan.

Carlos Kaiser cemas dengan tindakan tersebut kerana bimbang akan terbongkar segala aktiviti liciknya dan telah mendapat idea spontan pada ketika itu. Beliau bertindak menyerang salah seorang penonton perlawanan dan dengan itu, telah dilayankan kad merah dan beliau ternyata berjaya untuk tidak bermain di dalam perlawanan tersebut.

Beliau sering bertukar kelab dan menggunakan helah yang sama di setiap kelab yang baru disertainya. Sebanyak 10 buah kelab telah beliau sertai sepanjang 26 tahun karier menjadi seorang pemain bola sepak profesional.

Carlos Kaiser kini merupakan seorang jurulatih gimnasium bagi golongan wanita dan kisah kehidupannya telah diabadikan dalam sebuah dokumentari yang bertajuk “Kaiser: The Greatest Footballer Never To Play Footbal”

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.