Cristiano Ronaldo, Pemain Bola Sepak Pertama Yang Bergelar Bilionaire

Ada ke di kalangan peminat bola sepak dunia yang tidak mengenali Cristiano Ronaldo? Kebanyakan perempuan yang tidak meminati bola sepak pun kenal Cristiano Ronaldo kerana kehenseman beliau.

Kini beliau telah berjaya memecah rekod dunia bola sepak apabila menjadi pemain bola sepak dunia pertama bergelar bilionaire. Ini menjadikan dirinya lebih berjaya berbanding dengan pesaing terdekatnya iaitu Lionel Messi, penyerang prolifik bagi pasukan Barcelona dan juga Argentina.

Bermula Dari Bawah

Kejayaan tidak datang bergolek, apa yang dimiliki Cristiano Ronaldo pada hari ini bukannya satu perkara mudah. Tetapi dengan kerja keras telah melayakkan dirinya menjadi seorang bilionaire di dalam sukan bola sepak.

Mari kita lihat bagaimana Cristiano Ronaldo yang berasal dari keluarga yang sangat miskin, telah berjaya menjadi pemain bola sepak pertama yang bergelar bilionaire.

Cristiano Ronaldo dilahirkan oleh pasangan suami isteri Jose Dinis Aveiro dan Dolores dos Santos Aveiro. Bapanya adalah seorang tukang kebun sekolah manakala ibunya adalah seorang tukang masak. Beliau mempunyai empat orang adik-beradik.

Memulakan karier bola sepaknya di kelab ternama Portugal iaitu Sporting Lisbon pada tahun 2002. Dengan bakat yang dimilikinya itu, Cristiano Ronaldo telah menarik minat jurulatih lagenda dari England iaitu Sir Alex Ferguson untuk menyertai pasukannya iaitu Manchester United.

Pada masa itu, Manchester United adalah sebuah kelab yang sangat digeruni di Liga Perdana Inggeris (EPL). Dengan memiliki pemain sehebat Cristiano Ronaldo, ia akan menambah lagi kehebatan Manchester United di persada liga EPL dan Eropah.

Mengecapi Pelbagai Kejayaan

Cristiano Ronaldo yang dibeli dengan nilai perpindahan $14 juta dan pada ketika itu, ia merupakan jumlah yang besar bagi seorang pemain muda yang tidak mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa.

Cristiano Ronaldo yang dibentuk oleh Sir Alex Ferguson itu berjaya mengharungi detik detik yang cemerlang ketika bersama dengan Manchester United. Sepanjang berada di Manchester United, beliau berjaya memenagi tiga trofi kejuaraan EPL dan satu trofi tropi Champions League selain menjadi pemain terbaik liga EPL.

Berpindah Kelab Dan Jadi Lebih Berjaya

Pada tahun 2009, Cristiano Ronaldo telah dirisik oleh kelab gergasi Sepanyol iaitu Real Madrid dan beliau bersetuju untuk berpindah ke sana untuk mengembangkan lagi bakat yang sedia ada. Yuran perpindahan ke Real Madrid adalah sebanyak €94 juta, memang luar biasa sungguh.

Di sana, Cristiano Ronaldo mencapai zaman kegimilangan sepanjang karier bola sepaknya. Beliau telah berjaya memenangi 4 trofi Champions League dan 2 kali menjadi juara La Liga.

Pada tahun 2016 pula, beliau berjaya membawa pasukan Portugal memenangi UEFA European Football Championship buat kali pertama dalam sejarah negara tersebut.

Beliau juga merupakan pemenang 5 kali anugerah Ballon d’Or, iaitu anugerah pemain bolasepak terbaik dunia.

Akhirnya pada tahun 2018, Cristiano Ronaldo membuat keputusan yang mengejutkan untuk berpindah ke Juventus ketika berada di puncak kariernya. Beliau telah berpindah dengan yuran perpindahan sebanyak €100 juta dan menjadikannya pemain yang paling tinggi bayarannya.

Saham kelab Juventus naik dengan mendadak selepas Cristiano Ronaldo berpindah ke sana.

Baca: Jadi Pemilik 12 Kelab Bolasepak Ni Dengan Membeli Saham Mereka

Selain daripada gajinya yang begitu lumayan ketika berada di kelab-kelab yang terkemuka, beliau juga menjadi duta pelbagai produk yang mampu menjana pendapatan sampingan yang luar biasa.

Bakat luar biasa yang dimiliki beliau di atas padang dan personaliti menarik beliau di luar padang, menjadikan Cristiano Ronaldo seorang ikon di media sosial dengan 223 juta peminat di Instagram dan 126 juta followers di Facebook.

Memang patut sangatlah beliau bergelar seorang bilionaire.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

7 Strategi Realistik Capai Kesenangan Hidup Masa Hadapan

Kesenangan hidup sering disalah tafsir sebagai kemewahan atau kemapanan kewangan yang luar biasa. Namun, kesenangan yang sebenar ialah kebebasan untuk membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai diri sendiri, tanpa tekanan luar, dan dengan ketenangan yang stabil.

Berikut adalah tujuh strategi yang bukan sekadar teori klise, tetapi langkah praktikal dan berimpak tinggi untuk anda yang serius mahu membina masa depan yang lebih tenang dan tersusun.

1. Pilih Gaya Hidup Berdasarkan Nilai, Bukan Trend

Ramai orang hidup mengejar status sosial atau pengiktirafan masyarakat, tanpa sedar mereka sedang menggadai ketenangan sebenar. Contohnya, membeli rumah besar semata-mata kerana orang lain melakukannya, atau melancong untuk dipaparkan di media sosial, bukan kerana ia memenuhi keperluan jiwa sendiri.

Kesenangan bermula apabila kita hidup berdasarkan prinsip dan keutamaan peribadi, bukan tekanan sosial.

Tindakan penting:

Tanya diri sendiri, “Apakah erti hidup senang bagi saya secara peribadi?”

Gunakan jawapan itu sebagai asas untuk membuat keputusan kewangan dan gaya hidup.

2. Bina Pendapatan Yang Tidak Bergantung Pada Masa dan Tenaga Diri

Masa depan yang tenang bermula apabila duit bekerja untuk kita, bukan hanya kita yang bekerja untuk duit. Ini bukan bermakna berhenti kerja, tetapi mula membina sekurang-kurangnya satu sumber pendapatan yang boleh menjana hasil tanpa perlu kehadiran fizikal kita setiap masa.

Antara contoh:

– Pelaburan hartanah yang memberi hasil sewaan

– Produk digital seperti eBook, kursus atau template

– Saham patuh syariah yang konsisten beri dividen

Matlamat utama: Kurangkan kebergantungan sepenuhnya pada gaji tetap.

3. Bina Sistem Hidup Yang Terurus dan Automatik

Kesenangan tidak semestinya datang daripada lebih banyak usaha, tetapi daripada sistem yang membantu kita mengurus hidup dengan lebih baik.

Contohnya:

– Bahagikan gaji secara automatik ke lima akaun berasingan: keperluan, simpanan, pelaburan, sumbangan, dan hiburan

– Guna aplikasi untuk memantau bajet, tabiat, atau penggunaan masa

– Jadualkan hari rehat dan refleksi kehidupan setiap tiga bulan

Hidup yang tersusun menjadikan minda lebih lapang dan tekanan lebih terkawal.

4. Gunakan Kaedah Perspektif 10-10-10 Untuk Buat Keputusan Besar

Setiap keputusan besar dalam hidup wajar dinilai dengan perspektif jangka panjang. Tanya soalan ini sebelum buat keputusan besar:

“Apa kesan keputusan ini dalam 10 hari, 10 bulan, dan 10 tahun akan datang?”

Contoh aplikasi:

– Pilih kerjaya berdasarkan potensi jangka panjang, bukan hanya gaji semasa

– Nilai kesan berpindah tempat tinggal terhadap keluarga dan kesihatan

– Tentukan bila masa sesuai untuk membeli rumah atau terus menyewa

Perspektif yang jauh mengurangkan risiko penyesalan besar dalam hidup.

5. Asah Satu Kemahiran Unik Yang Relevan Sepanjang Hayat

Tidak semua kemahiran dicipta sama. Pilih satu kemahiran yang:

– Jarang dimiliki ramai

– Tinggi nilai di pasaran

– Anda minat dan sanggup asah dalam jangka masa panjang

Contohnya: penulisan strategik, pengaturcaraan (coding), komunikasi pitching, analisis kewangan, atau jualan produk bernilai tinggi.

Kemahiran yang tepat boleh membuka pintu kepada lebih banyak peluang dan menjadikan anda lebih bebas untuk memilih projek, bukan terikat pada kerja semata-mata.

6. Latih Diri Untuk Tahan Ketidakselesaan Sementara

Kebebasan masa hadapan memerlukan disiplin untuk menanggung ketidakselesaan sekarang. Ini termasuk:

– Belajar tentang pelaburan walaupun terasa mencabar

– Menolak tawaran kerja dengan gaji tinggi jika tidak selari dengan nilai hidup

– Menangguhkan pembelian besar demi simpanan atau pelaburan

Sikap ini membina ketahanan kewangan dan emosi, asas penting untuk kestabilan jangka panjang.

7. Sediakan Pelan Hidup Untuk Situasi Luar Jangka

Dalam dunia yang tidak menentu, kita perlu bersedia untuk menghadapi situasi yang tidak dirancang. Bina pelan fleksibel jika:

– Anda kehilangan kerja secara tiba-tiba

– Ibu bapa jatuh sakit dan memerlukan penjagaan

– Kesihatan anda menghalang kemampuan untuk bekerja

Rancang dana kecemasan, pelan insurans, dan struktur sokongan awal. Ini bukan semata-mata soal kewangan, tetapi membina ketenangan bila menghadapi ujian.

Jadi, kesenangan hidup sebenar bukan terletak pada jumlah harta atau kemewahan yang dipamerkan. Ia terletak pada sejauh mana kita bebas membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai dan keutamaan diri sendiri, walaupun dunia berubah. Ia tentang rasa cukup, bukan semata-mata memiliki banyak.

Dengan strategi yang betul, konsisten dalam tindakan dan pemikiran yang jelas, kesenangan masa hadapan bukan mustahil ia hanya menunggu untuk dibina, satu hari demi satu hari.