Nak Lebih Bahagia? Cuba Ikut 2 Nasihat Warren Buffett Ini

Dalam ucapan Warren Buffett pada tahun 1998 yang ditujukan khas buat pelajar Master of Business Administration(MBA) di University Of Florida, beliau telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

Sehinggalah seseorang peserta menanyakan satu soalan ‘Apakah yang beliau akan lakukan jika inginkan kehidupan yang lebih bahagia, sekiranya umur beliau masih panjang?’

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Berkshire Hathaway tersebut, bagi mencapai kebahagiaan sepanjang hidup, kita sepatutnya hanya menjalinkan hubungan kerjasama dengan orang yang kita selesa untuk bekerjasama dan mengelakkan sebaliknya. Seperti dirinya, beliau hanya menjalinkan kerjasama dengan individu atau orang yang selesa beliau bekerjasama.

Tambah beliau lagi, kejayaan mencipta keuntungan sebanyak $100 juta dengan bekerjasama dengan orang yang beliau tidak suka dan tidak selesa, ibarat seperti hanya mengutamakan wang semata-mata.

Ianya bukanlah idea yang baik, kerana boleh menyebabkan kita tidak mempunyai jiwa dan perasaan ketika melaksanakan sesuatu.

1. Carilah Persekitaran Yang Baik

Warren Buffett bukan mengesyorkan perkara tersebut untuk bidang perniagaan dan pelaburan, namun beliau juga mengunakan prinsip yang sama dalam kehidupan seharian. Demikian juga dengan kita, boleh gunakan prinsip tersebut dalam apa jua situasi kehidupan seharian kita.

Contohnya bekerja di pejabat, persekitaran tempat kerja kita kurang menyenangkan dan di kita berada tak selesa, kita dicadangkan untuk mencari inisiatif untuk mengubahnya, atau meninggalkan pekerjaan tersebut, sekaligus mencari pekerjaan baru.

Tidak ada faedahnya jika kita terus kekal dalam persekitaran tersebut, ianya bakal mendatangkan kemudaratan kepada diri kita sendiri pada masa akan datang.

2. Berkawan Dengan Orang Yang Lebih Baik

Manakala ketika satu majlis bual bicara bersama Bill Gates pada tahun 2017 yang bertempat di University of Colombia, Warren Buffett menjelaskan bahawa ‘Anda terbentuk melalui orang yang berada di sekeliling anda, jadi tersangatlah penting untuk anda bergaul dengan orang yang lebih baik dari diri anda.

Semua orang tahu kata-kata emas pakar motivasi Jim Rohn iaitu ‘kita merupakan purata lima orang yang kita luangkan lebih banyak masa bersama’.

Sekaligus kita dapat menyimpulkan bahawa, adalah baik sekiranya kita mampu untuk elakkan untuk bersama dengan orang yang menyebabkan kita berasa tidak selesa. Tidak kira samada ianya dalam perhubungan di kehidupan seharian, tempat kerja, perniagaan dan sebagainya.

Nak lagi tips power dari Warren Buffett? Jemput baca:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pendidikan Tinggi, Gaji Rendah

Bayangkan kita tengah sedap minum di kedai kopi, borak longgar tentang pendidikan. Ibu bapa pun selalu kata, “Dapat A banyak, masuk universiti, cari kerja tetap, hidup senang.” Tapi realiti sekarang?

1. Graduan Tak Semestinya Kerjaya Mapan

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran graduan bawah 25 tahun meningkat dalam 2023, 17.6% atau lebih 72,100 orang masih menganggur. Itu bukan satu angka kecil, itu anak-anak kita, atau anak jiran, yang keluar dengan segulung ijazah tapi masih tercari-cari kerja.

Lebih menyayat hati, ramai graduan yang bekerja sekarang sebenarnya underemployed bukan kerja mengikut kelayakan. Dalam 2022, 1.68 juta graduan kerja bawah kemahiran, dan yang berumur 24 tahun ke bawah menunjukkan kadar 61.2% underemployment. Ini bermakna bakat dan pendidikan mereka tidak dimanfaatkan dengan sepatutnya, satu pembaziran tenaga dan harapan.

2. Gaji Permulaan? Rendah, Dengan Bebanan Hutang Menanti

Bayangkan baru grad, gaji pun RM2,000–3,500 sebulan je. Itu pun nombor purata, realitinya di Reddit diperkatakan seperti ini:

“4k untuk fresh grad adalah rare lebih kurang 2.5k hingga 5k ikut industri.”

“2.5k for degree holder, sigh really hurts to see this being the current state of the job market.”

Bayangkan bila income pertama pun cukup-cukup makan, tapi PTPTN atau komitmen lain tetap menunggu. Ada yang sebut mereka pakai 40% gaji untuk bayar hutang pendidikan.

3. Hutang Isi Rumah Makin Tekan – Bayangkan Anak Bawah 30 Pun Terlibat

Tahukah anda, hutang isi rumah Malaysia telah menyentuh RM1.65 trilion menjelang akhir Mac 2025 iaitu sekitar 84.3% daripada KDNK.

Organisma penting seperti Bank Negara pun memberi amaran tentang tahap ini ia tinggi tapi masih dalam kawalan buat masa ini.

Hutang ini bukan sekadar untuk rumah tapi 60% daripadanya untuk hartanah, tapi ada juga untuk kereta, kad kredit, dan penggunaan harian. Maka bila anak grad yang gaji RM2.5k–3k ni masuk hidup sendiri  bayanglah bebanan kewangan yang menyusul!

4. Keterbatasan Akademik Jika Tanpa “Senjata Tambahan”

Pendidikan tradisional banyak ajar hafalan, formula, dan teori tapi dunia sekarang perlukan soft skills dan financial savvy:

  • Macam mana nak nego gaji (bukan terima je tawaran).
  • Macam mana nak bina jaringan (networking).
  • Macam mana nak faham asas pelaburan, kewangan supaya tak hanyut dalam budaya hutang.

Jika tidak dilatih dari awal kita mungkin sedang serah anak-anak kepada sistem yang tak persiapkan mereka untuk survive, apatah lagi thrive.

5. Kepikatan Emosi: Bila “Your Best” Tak Cukup Lagi

Bayangkan ibu bapa curah tenaga, anak belajar keras, dapat A, grad universiti. Tapi:

  • Hari ini kerja, hutang susun menanti.
  • Gaji biasa je, tapi kena bayar PTPTN, komitmen hidup.
  • Ambil lulusan yang pandai tapi bawah potensi.
  • Dunia rasa lebih kejam daripada harapan.

Itu bukan cerita palsu. Itu realiti yang boleh buat sesetengah ibu bapa rasa “terbeban”, atau bahkan “menyesal” bila tengok anak struggle, meski dah lalui pendidikan tinggi.

Kesimpulannya, pendidikan sekarang bukan lagi tiket automatik ke masa depan cerah. Ia banyak lagi, ia mesti latih anak untuk berdikari dari segi kewangan, emosi, nilai diri, bukan sekadar pandai teori.

Jika kita masih harap hanya dengan sijil boleh selamatkan masa depan anak, kita mungkin sedang lengah-lengah dalam kapal bocor yang semakin tenggelam.