Ray Kroc – Orang Yang Bertanggungjawab Membangunkan McDonald’s Bukanlah Pengasasnya

Tak kisah samada tua atau muda, McDonald’s atau McD pasti menjadi makanan kegemaran, dan tak pelik juga jika ianya merupakan makanan ruji kita. 

“I’m Lovin’ It”

Itulah tagline yang seringkali digunakan oleh McD untuk memasarkan produk makanannya setiap kali membuat iklan di TV atau di mana-mana sahaja. Kita pula tahu makan sahaja, setelah terpukau dan terpesona dengan marketing yang dijalankan mereka.

Pernahkah anda terfikir siapakah di sebalik tercetusnya McDonald’s dan menu-menunya ini? Ini kerana Ray Kroc mungkin dikenali sebagai orang yang membangunkan McDonald’s, tetapi beliau bukanlah pengasas restoran tersebut.

Jom lihat satu demi satu kisah McD daripada awal penubuhannya.

1. Dibuka Oleh Adik-Beradik Richard dan Maurice McDonald 

Pada tahun 1937, adik-beradik Richard dan Maurice McDonald memulakan perniagaan dengan membuka gerai hot dog dengan nama “Airdome” yang bertempat di Arcadia, California.

3 tahun kemudian, mereka memindahkan kedai ke San Bernardino, California dan menggajikan lebih kurang 20 pelayan. Kedai mereka menawarkan 25 jenis makanan berupa daging barbeku dan burger.

 

2. Penambahbaikan Restoran

Richard dan Maurice kemudiannya membuat penambahbaikan kepada restoran mereka iaitu dengan mencipta sistem pandu lalu. Silih masa berganti, mereka mencipta sistem layan diri juga.

Dengan mudah, McDonald’s dibuka untuk cawangan seterusnya di Pheonix, Arizona pula. Di sini, reka bentuk lengkung emas ditonjolkan sebagai logo mereka. Sehinggalah restoran yang keempat di Downey, California.

3. Kedatangan Ray Kroc

Ray Kroc adalah seorang jurujual pengadun susu kocak yang singgah di McD dan tertarik dengan restoran ini. Beliau bertemu dengan adik beradik Richard dan Maurice untuk membeli francais restoran supaya dia dapat asaskannya di tempat lain pula.

Adik beradik ini bersetuju walaupun kurang yakin dengan idea Ray Kroc yang ingin mengembangkan McDonald’s di seluruh negara.

4.  Usaha Keras Ray Kroc

Ray Kroc berusaha menjual francais McDonald’s dan memujuk Walt Disney untuk memasuki siarannya. Namun, tak berjaya. Ray Kroc juga menubuhkan “McDonald’s Systems, Inc.” sebagai undang-undang pembeli francais.

Perubahan yang dibawanya telah menghapuskan nama adik-beradik daripada sejarah McDonald’s malah lebih dikenali dengan nama “Pengasas” Kroc.

5.  Syarikat Kroc “Perbadanan McDonald’s”

Adik beradik Richard dan Maurice telah menjual hak perniagaan mereka dengan harga $2.7 juta USD kepada Ray Kroc. Dengan nama baru syarikat yang diberi oleh Ray Kroc, beliau fokus menjual hamburger McDonald’s kepada keluarga dan kanak-kanak. 

Maskot McDonald’s iaitu “Ronald McDonald” juga diwujudkan di restoran dan juga di dalam iklan TV McDonald’s. Begitulah sehingga McD telah dibuka di seluruh Amerika Syarikat.

Kemudiannya, McDonald’s mula dibuka di luar negara bermula dengan negara Jepun, Eropah, Jerman, Australia, United Kingdom, Ireland, Perancis dan lain-lain lagi.  Konsep pandu lalu, Quarter Pounder, Happy Meal dan banyak lagi telah diperkenalkan.

Begitulah kisah McDonald’s ramai tak tahu. Sebenarnya ia adalah dari idea Ray Kroc yang telah berjaya mengembangkan kedai hot dog sehinggalah menjadi salah satu jenama terbesar di dunia.

Sumber: Wikipedia

Namun McDonald’s Bukan Di Tempat Pertama Di Hati Rakyat Malaysia

Eh yeke? Rupa-rupanya McDonald’s hanya menduduki tempat kedua, siapa agaknya berada di tempat pertama senarai? Kalau nak tahu, jempu baca Restoran Makanan Segera Manakah Yang Paling Popular Di Malaysia?

Boleh juga layan filem The Founder lakonan Michael Keaton sebagai Ray Kroc untuk mengetahui sejarah McDonald’s ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Abdul Wahid Terima Anugerah Saleh Kamel Untuk Ekonomi Islam Di Madinah

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar menerima Anugerah Saleh Kamel yang berprestij untuk Ekonomi Islam pada Simposium Ekonomi Islam AlBaraka ke-45 di Madinah.

Beliau adalah antara 10 perintis perbankan Islam menerima anugerah itu yang diadakan sempena ulang tahun ke-50 pembangunan perbankan Islam.

Gabenor Wilayah Madinah Putera Salman bin Sultan bin Abdulaziz Al-Saud menyampaikan anugerah itu, menandakan satu peristiwa penting bagi mengiktiraf sumbangan selama berdeakad kepada kemajuan kewangan Islam.

Abdul Wahid menghadiri simposium itu pada 16 dan 17 April lepas sebagai moderator dan penceramah.

Beliau tidak menjangka untuk menerima pengiktirafan tersebut bagaimanapun menyifatkannya amat bermakna terutama sekali acara itu diadakan di kota suci Madinah.

“Saya berbesar hati dan rasa rendah diri dengan anugerah ini. Ini merupakan pengiktirafan bukan sahaja kepada kakitangan dalam pelbagai entiti perkhidmatan kewangan yang pernah saya kerja seperti Bursa Malaysia, Malayan Banking Bhd, Permodalan Nasional Bhd, Amanah Capital Group Bhd dan Bumiputra Merchant Bankers Bhd tetapi juga untuk Malaysia dan pengawal selia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan seluruh sektor kewangan Islam.

“Malaysia sememangnya berada di barisan hadapan dalam pembangunan perbankan Islam, kewangan dan pasaran modal. Saya berharap anugerah ini akan terus memberi inspirasi kepada sektor berkenaan untuk meningkatkan dan berinovasi dalam menyokong dunia yang makmur, inklusif dan mampan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Anugerah Saleh Kamel untuk Ekonomi Islam ditubuhkan bertujuan memperingati sumbangan perintis Allahyarham Sheikh Saleh Kamel dan bagi mempromosikan kecemerlangan dalam penyelidikan.

Ia juga menyokong pengeluaran akademik khusus, menyerlahkan bakat baharu muncul dalam kewangan dan perundangan Islam serta mengembangkan pengaruh global dalam perbankan Islam.

— BERNAMA