Siapa Founder Kereta Sport Lotus?

Seperti yang kita tahu, kereta sport Lotus mempunyai dua tempat duduk, dua pintu rekaan aerodinamik, terasa ringan membawanya dan sangat laju. Tetapi, pernahkah anda kenal siapa founder untuk kereta sport Lotus ini?

Ramai yang belum tahu bahawa founder kereta sport Lotus ini adalah Colin Chapman.

Kredit: autonews.com

Colin Chapman merupakan antara insan yang terhebat dalam sejarah industri automotif. Untuk pengetahuan anda, beliau bukan sahaja founder bagi kereta sport Lotus, malahan beliau juga inovator bagi kenderaan jalan raya, pesawat dan juga bot.

Baiklah, mari kita kenali siapa sebenarnya Colin Chapman ini.

Kehidupan Awal, Pendidikan Dan Permulaan Awal Kerjaya Colin Chapman

Colin Chapman dilahirkan pada 19 Mei 1928 dan dibesarkan di sempadan Muswell Hill, London, England. Beliau mempunyai jurusan kejuruteraan struktur di University College London dan pernah menyertai Skuadron Udara Universiti London. Beliau juga belajar memandu pesawat ketika itu.

Selepas menamatkan pelajarannya, beliau pernah bekerja di syarikat Aluminium British dan menggunakan kemahiran kejuruteraan awamnya untuk cuba menjual aluminium sebagai bahan struktur yang berdaya maju untuk bangunan.

Penglibatan Awal Colin Chapman Dalam Bidang Automotif

Pada tahun 1948, Colin Chapman telah mereka bentuk kereta yang diubah suai ke dalam acara perlumbaan tempatan. Beliau menamakan kereta tersebut dengan nama Lotus MK1. Apa yang menariknya, beliau telah memenangi perlumbaan tersebut.

Dengan hadiah kemenangan tersebut, beliau telah membangunkan sebuah kereta Lotus MK2. Pada ketika ini, Colin Chapman mula menunjukkan keupayaannya yang lebih berdaya saing. Beliau juga telah membangunkan beberapa komponen yang jauh lebih laju berbanding pesaingnya.

Kejayaan Dan Inovasi Colin Chapman

Kredit: slotcar-today

Dengan kejayaannya melalui Lotus 6, Colin Chapman telah mula menjual komponen kereta lumba. Lebih 100 unit telah dijual sehingga tahun 1956. Hebat bukan?

Pada tahun 1950-an, beliau telah mereka bentuk dan membina satu siri kereta lumba Formula Satu. Satu demi satu kejayaan telah beliau capai dalam bidang ini.

Sukan Permotoran

Selain kerja kejuruteraan, beliau juga telah merevolusikan sukan permotoran Formula Satu dengan Team Lotus memenangi Kejohanan Dunia Formula Satu yang pertama pada tahun 1963. Beliau telah memperkenalkan kereta lumba Formula Satu dengan badannya yang ringan dan enjinnya yang sangat pantas.

Kereta Jalan Raya Dan Pertandingan

Syarikat Lotus juga telah ditubuhkan pada tahun 1959 yang memfokuskan kepada kereta jalan raya dan pengeluaran kereta pertandingan untuk pelanggan mereka. Pada awalnya, Lotus hanya menjual kereta yang ditujukan kepada pelumba persendirian sahaja untuk mengurangkan cukai jualan.

Awal tahun 1970-an, Lotus Elan Plus Two menjadi kereta jalan raya Lotus pertama yang tidak ditawarkan dalam bentuk kit dan hanya ditawarkan dalam versi pembuatan di kilang.

Kereta Sport Lotus

Bagi meluaskan lagi empayar Lotus miliknya, Colin Chapman juga telah memperkenalkan kereta sport yang sangat ikonik dan sangat popular pada zaman tersebut, iaitu Lotus Elite dan Lotus Eclat. Paling menarik, keluaran kereta jenama ini mempunyai empat tempat duduk dan mensasarkan jualannya kepada pelanggan-pelanggan yang mempunyai wang yang banyak.

Kesimpulannya, Colin Chapman merupakan seorang tokoh automotif yang tidak boleh disangkal kehebatannya dalam mencetuskan inovasi yang baharu dalam dunia automotif. Kejayaannya juga mungkin disebabkan oleh cara pemikirannya yang berbeza.

Kematian Colin Chapman pada 16 Disember 1982 adalah satu kehilangan yang besar buat kita semua kerana tidak semua orang mampu melakukan apa yang dibuat oleh beliau. Selepas ini sekiranya anda melihat kereta sport Lotus tidak kiralah di mana sahaja, ingatlah bahawa asal usul kereta ini adalah datangnya daripada Colin Chapman.

Baca juga:

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami akan kongsikan step by step cara guna strategi Swing dalam saham.

Webinar Swing Trading Intensif

• 9 – 10 Sept 2023, Sabtu – Ahad
• 9.00 pagi – 5.00 petang
• Melalui ZOOM

Daftar di sini: https://thekapital.my/swing

Previous ArticleNext Article

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.