Terpaksa Menjual Bijirin Sarapan Untuk Langsaikan Hutang, Ini Kisah Suka-Duka Pengasas Airbnb

Kita mesti pernah dengar tentang Airbnb bukan? Ia merupakan platform untuk menyewa bilik atau keseluruhan rumah untuk mereka yang gemar travel.

Ia memberikan pengalaman tersendiri berbanding dengan menginap di bilik hotel atau dorm. Laman ini mempunyai hampir sejuta senarai guesthouse atau bilik sewa di serata dunia.

Tetapi tahukah anda? Pengasas-pengasas kepada laman sewaan bilik atau homestay ini terpaksa menghadapi pelbagai ujian dan dugaan untuk memastikan perniagaan alaf baru mereka ini berjaya.

Pada mulanya syarikat ini diasaskan oleh dua orang anak muda iaitu Brian Chesky dan Joe Gebbia. Mereka baru sahaja berpindah dari New York ke San Francisco dan bergelut untuk membayar sewa. Tambahan pula kedua-duanya masih menganggur ketika itu.

Ketika Persidangan Reka Bentuk Perindustrian diadakan di bandar tersebut, mereka mula mendapat idea untuk menyewakan bilik mereka kepada pengunjung yang bakal datang. Idea ini muncul setelah mereka mendapati bilik-bilik hotel semuanya habis ditempah dan masih ramai yang ingin mendapatkan tempat penginapan.

Jadi mereka pun membina sebuah laman web AirBedAndBreakfast.com. Dalam laman web tersebut mereka turut memuat naik gambar-gambar bilik mereka dengan dengan tilam udara di atas lantai. Mereka turut berjanji akan menyediakan sarapan untuk tetamu mereka itu.

Kadar sewa yang dikenakan pula adalah $80 seorang dan mereka berjaya menerima tempahan dari 3 orang pelanggan. Dari sini mereka tahu yang idea mereka ini memang boleh buat duit.

Tidak lama selepas itu, Airbnb mula mendapat ahli baru merangkap pengasas bersama iaitu Nathan Blecharczyk, seorang graduan dari Universiti Harvard.

Mereka mula merancang strategi pertama dengan melakukan pelancaran di Southwest Conference And Festival. Tetapi sambutan yang diterima sangat mengecewakan. Mereka hanya menerima 2 tempahan sahaja. Namun mereka masih tidak berputus asa.

Mereka kemudiannya menaik taraf laman web mereka dan melakukan pelancaran kedua. Mereka memekakkan telinga apabila ada suara-suara yang mengatakan bisnes mereka tak akan mampu bertahan kerana ramai orang yang takut untuk menyewakan bilik kepada orang asing kerana risiko jenayah seperti rogol dan rompakan.

Walaupun begitu, mereka tetap menerima sebanyak 600 tempahan bilik ketika Democratic National Convention berlangsung. Tapi, kejayaan ini hanyalah sementara kerana bukannya setiap hari persidangan akan diadakan. Selepas persidangan tamat, punca rezeki mereka turut berkurangan.

Jadi mereka bertiga terpaksa menjual bijirin sarapan bagi membayar kos operasi syarikat dan meneruskan hidup. Dan terhasillah Obama O’s dan Cap’n McCains untuk jualan kempen pilihan raya.

Kredit Gambar: TechCrunch

Bijirin ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Dan keuntungan yang diperoleh ini telah digunakan untuk membayar kesemua hutang syarikat.

Mereka kemudiannya berjaya mendapatkan pelaburan sebanyak $200,000 daripada Y Combinator. Pada waktu itu mereka hanya mempu menjana pendapatan sebanyak $200 seminggu.

Kemudian mereka pun membuat keputusan untuk menggunaan duit tersebut untuk pergi ke New York iaitu pasaran terbesar mereka bagi berjumpa dengan pengguna.

Mereka kemudiannya mula menyedari bahawa gambar-gambar yang dipaparkan dilaman web mereka tidak menarik. Apa yang mereka lakukan adalah mereka mula pergi dari satu unit ke unit yang lain bagi mengambil foto terbaik untuk dimuat naik ke laman web tersebut.

Usaha mereka ini mula membuahkan hasil apabila ramai yang mula berminat untuk menyewa unit-unit yang disediakan. Daripada sekadar menyewa bilik, mereka mula menyewakan keseluruhan unit kediaman.

Pada Mac 2009, nama AirBedAndBreakfast pun ditukarkan kepada Airbnb.com.

Sikap tidak mudah berputus asa serta percaya kepada diri sendiri dan perniagaan yang mereka jalankan; telah membuatkan mereka menjadi jutawan berjaya. Syarikat mereka kini bernilai berbilion dolar.

Bayangkan kalau mereka mengalah lebih awal dari itu?

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

7 Strategi Realistik Capai Kesenangan Hidup Masa Hadapan

Kesenangan hidup sering disalah tafsir sebagai kemewahan atau kemapanan kewangan yang luar biasa. Namun, kesenangan yang sebenar ialah kebebasan untuk membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai diri sendiri, tanpa tekanan luar, dan dengan ketenangan yang stabil.

Berikut adalah tujuh strategi yang bukan sekadar teori klise, tetapi langkah praktikal dan berimpak tinggi untuk anda yang serius mahu membina masa depan yang lebih tenang dan tersusun.

1. Pilih Gaya Hidup Berdasarkan Nilai, Bukan Trend

Ramai orang hidup mengejar status sosial atau pengiktirafan masyarakat, tanpa sedar mereka sedang menggadai ketenangan sebenar. Contohnya, membeli rumah besar semata-mata kerana orang lain melakukannya, atau melancong untuk dipaparkan di media sosial, bukan kerana ia memenuhi keperluan jiwa sendiri.

Kesenangan bermula apabila kita hidup berdasarkan prinsip dan keutamaan peribadi, bukan tekanan sosial.

Tindakan penting:

Tanya diri sendiri, “Apakah erti hidup senang bagi saya secara peribadi?”

Gunakan jawapan itu sebagai asas untuk membuat keputusan kewangan dan gaya hidup.

2. Bina Pendapatan Yang Tidak Bergantung Pada Masa dan Tenaga Diri

Masa depan yang tenang bermula apabila duit bekerja untuk kita, bukan hanya kita yang bekerja untuk duit. Ini bukan bermakna berhenti kerja, tetapi mula membina sekurang-kurangnya satu sumber pendapatan yang boleh menjana hasil tanpa perlu kehadiran fizikal kita setiap masa.

Antara contoh:

– Pelaburan hartanah yang memberi hasil sewaan

– Produk digital seperti eBook, kursus atau template

– Saham patuh syariah yang konsisten beri dividen

Matlamat utama: Kurangkan kebergantungan sepenuhnya pada gaji tetap.

3. Bina Sistem Hidup Yang Terurus dan Automatik

Kesenangan tidak semestinya datang daripada lebih banyak usaha, tetapi daripada sistem yang membantu kita mengurus hidup dengan lebih baik.

Contohnya:

– Bahagikan gaji secara automatik ke lima akaun berasingan: keperluan, simpanan, pelaburan, sumbangan, dan hiburan

– Guna aplikasi untuk memantau bajet, tabiat, atau penggunaan masa

– Jadualkan hari rehat dan refleksi kehidupan setiap tiga bulan

Hidup yang tersusun menjadikan minda lebih lapang dan tekanan lebih terkawal.

4. Gunakan Kaedah Perspektif 10-10-10 Untuk Buat Keputusan Besar

Setiap keputusan besar dalam hidup wajar dinilai dengan perspektif jangka panjang. Tanya soalan ini sebelum buat keputusan besar:

“Apa kesan keputusan ini dalam 10 hari, 10 bulan, dan 10 tahun akan datang?”

Contoh aplikasi:

– Pilih kerjaya berdasarkan potensi jangka panjang, bukan hanya gaji semasa

– Nilai kesan berpindah tempat tinggal terhadap keluarga dan kesihatan

– Tentukan bila masa sesuai untuk membeli rumah atau terus menyewa

Perspektif yang jauh mengurangkan risiko penyesalan besar dalam hidup.

5. Asah Satu Kemahiran Unik Yang Relevan Sepanjang Hayat

Tidak semua kemahiran dicipta sama. Pilih satu kemahiran yang:

– Jarang dimiliki ramai

– Tinggi nilai di pasaran

– Anda minat dan sanggup asah dalam jangka masa panjang

Contohnya: penulisan strategik, pengaturcaraan (coding), komunikasi pitching, analisis kewangan, atau jualan produk bernilai tinggi.

Kemahiran yang tepat boleh membuka pintu kepada lebih banyak peluang dan menjadikan anda lebih bebas untuk memilih projek, bukan terikat pada kerja semata-mata.

6. Latih Diri Untuk Tahan Ketidakselesaan Sementara

Kebebasan masa hadapan memerlukan disiplin untuk menanggung ketidakselesaan sekarang. Ini termasuk:

– Belajar tentang pelaburan walaupun terasa mencabar

– Menolak tawaran kerja dengan gaji tinggi jika tidak selari dengan nilai hidup

– Menangguhkan pembelian besar demi simpanan atau pelaburan

Sikap ini membina ketahanan kewangan dan emosi, asas penting untuk kestabilan jangka panjang.

7. Sediakan Pelan Hidup Untuk Situasi Luar Jangka

Dalam dunia yang tidak menentu, kita perlu bersedia untuk menghadapi situasi yang tidak dirancang. Bina pelan fleksibel jika:

– Anda kehilangan kerja secara tiba-tiba

– Ibu bapa jatuh sakit dan memerlukan penjagaan

– Kesihatan anda menghalang kemampuan untuk bekerja

Rancang dana kecemasan, pelan insurans, dan struktur sokongan awal. Ini bukan semata-mata soal kewangan, tetapi membina ketenangan bila menghadapi ujian.

Jadi, kesenangan hidup sebenar bukan terletak pada jumlah harta atau kemewahan yang dipamerkan. Ia terletak pada sejauh mana kita bebas membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai dan keutamaan diri sendiri, walaupun dunia berubah. Ia tentang rasa cukup, bukan semata-mata memiliki banyak.

Dengan strategi yang betul, konsisten dalam tindakan dan pemikiran yang jelas, kesenangan masa hadapan bukan mustahil ia hanya menunggu untuk dibina, satu hari demi satu hari.