8 Alternatif Kepada ASB Dan Tabung Haji

Menyimpan dalam ASB ini bukan untuk menjadi kaya raya, tetapi hanyalah peluang untuk meningkatkan ekonomi. Limit simpanan pun RM200,000 sahaja.

Dalam meratapi pulangan yang rendah itu, mungkin ada baiknya kita cari alternatif dan belajar tentang pelaburan-pelaburan lain yang ada di Malaysia. Kita perlu perbanyakkan sumber pendapatan kita selain daripada hanya bergantung 100% kepada ASB dan TH.

Dengan kata lain, kita perlu diversify kerana ada instrumen pelaburan yang akan perform dan ada juga yang akan kurang perform. Itulah realitinya.

Di sini penulis ingin kongsikan beberapa alternatif yang kita sama-sama boleh terokai.

1. Fixed Deposit (Simpanan Tetap) atau Time Deposit

Gaya pelaburan ini adalah yang paling mudah sekali. Kebanyakan bank ada menyediakan kemudahan fixed deposit (FD) untuk pelanggan. Secara ringkasnya, anda hanya memberikan wang anda kepada bank untuk satu tempoh masa dan bank akan memulangkannya berserta kadar keuntungan, contohnya 3%.

Kadar pulangan kebiasaannya adalah pada sekitar 2%-4.5%, bergantung kepada tempoh masa dan bank yang anda pilih. Kadangkala ada bank yang memberikan kadar keuntungan yang lebih tinggi sebagai promosi.

Sebenarnya instrumen ini digemari oleh pemilik syarikat (kita sebagai orang biasa patut belajar) adalah untuk mendapatkan kepercayaan bank bila-bila masa ‘sesak’ atau memerlukan penambahan modal (pembiayaan).


Contohnya Maybank menawarkan keuntungan efektif sehingga 2.85%* setahun dengan minimum deposit serendah RM1,000.Boleh mohon dan urus akaun secara online, tak perlu susah-susah beratur di bank lagi.

Boleh tengok sini : Maybank eFixed Deposit

Risiko: Hampir tiada risiko

Baca lagi Senarai Simpanan Tetap (Fixed Deposit) Yang Patuh Syariah Di Malaysia

2. Saham

Sekiranya kita merasakan pulangan FD tidak cukup tinggi, cubalah jual beli saham sendiri. Boleh buat online. Baca Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Saham ialah hak pemilikan dalam sesebuah syarikat yang didagangkan di sesebuah pasaran saham. Di Malaysia, syarikat-syarikat mengapungkan saham mereka di Bursa Malaysia.

Di antara saham patuh syariah yang boleh kita jual beli adalah saham syarikat Mr DIY, Dutch Lady, Air Asia, Syarikat Takaful Malaysia, Ajinomoto, FamilyMart (QL Resources), Bank Islam dan banyak lagi.

Kadar keuntungan pelaburan saham bergantung kepada ‘prestasi’ saham yang kita beli dan pegang. Saham yang tinggi risikonya berpotensi untuk memberikan pulangan yang tinggi atau kerugian yang tinggi.

Zaman ni tak perlu mula melabur dengan modal besar. Sebaiknya, belajar dahulu sebelum bertindak membeli mana-mana saham. Beli olok-olok dulu pun boleh.

Risiko: Medium

Miliki buku ini sekarang!! Link : thekapital.my/malaysiamelabursaham

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

3. Unit Trust (Unit Amanah)

Penulis ada berita baik sekiranya anda ingin laburkan duit ke dalam saham tapi tidak ada ilmu atau tidak ada masa untuk belajar. Anda boleh beli unit amanah saham!

Secara dasarnya, dengan membeli unit amanah saham, anda “mengupah” seorang pengurus dana untuk melaburkan duit anda ke dalam saham-saham yang bagus. Ianya sama seperti ASB, tetapi ia bukanlah harga tetap seperti ASB.

Harganya boleh berubah-ubah mengikut nilai saham yang telah dibeli oleh pengurus dana anda. Kalau saham-saham yang dibelinya naik harga, maka semakin tinggilah keuntungan yang anda perolehi.

Contoh yang diberi di atas adalah untuk saham sahaja. Ada banyak lagi aset yang anda boleh pilih dalam unit amanah, contohnya bon, logam berharga (precious metals), komoditi, hartanah, dan sebagainya.

Risiko: Bergantung kepada dana yang anda beli

Baca lagi Top 10 Unit Trust Patuh Syariah Yang Beri Pulangan Tertinggi Dalam Masa 10 Tahun

4. Private Equity (Ekuiti Swasta)

Pelaburan private equity ini secara ringkasnya ialah membeli saham syarikat yang tidak diapungkan di sesebuah bursa.

Contohnya anda ada seorang rakan yang ingin mengusahakan gerai burger tapi tiada modal. Anda memberikannya RM5,000 dengan persetujuan bersama untuk membeli 50% saham dalam bisnes burgernya, manakala rakan anda mengusahakan bisnes tersebut.

Kemudian, keuntungan dibahagi 50-50 antara anda dan rakan anda. Mudah kan?

Tetapi sebaiknya anda belajar valuation (penilaian sesebuah syarikat) dahulu sebelum melabur ke dalam bisnes sebegini kerana dikhuatiri anda membeli saham tersebut dengan harga yang mahal.

Keuntungan bisnes-bisnes kecil juga tidak stabil dan amat bergantung kepada kehebatan orang yang mengendalikan bisnes tersebut.

Risiko: Tinggi

5. Equity Crowdfunding

Equity crowdfunding konsepnya sama sahaja seperti private equity, iaitu membeli saham syarikat yang tidak diapungkan. Perbezaannya adalah dari segi adanya pihak tengah iaitu sebuah platform seperti pitchIn. Jumlah pelabur pula selalunya ramai.

Dengan menggunakan platform ini, anda boleh memberikan duit anda kepada syarikat tersebut, dan syarikat itu akan memberikan anda sejumlah pegangan saham.

Anda tidak akan dapat mengetahui nilai semasa (market value) pegangan anda dengan cepat kerana harganya tidak diapungkan seperti saham di bursa. Anda hanya akan tahu apabila valuation yang terkini diterbitkan, contohnya ketika pusingan fundraising seterusnya.

Untuk melabur ke dalam saham sebegini memerlukan anda untuk memahami valuation, kerana anda tidak ada chart mahupun fair value yang diterbitkan oleh penganalisa saham untuk dijadikan panduan.

Biasanya pelabur veteran dan sofistikated sahaja yang menggunakan equity crowdfunding. Pulangan juga tidak menentu, anda berpotensi rugi besar atau untung besar.

Risiko: Tinggi

Baca lagi Ketahui Asas Equity Crowdfunding (ECF): Pelaburan Dengan Modal Rendah Tapi Potensi Pulangan Yang Tinggi

6. Debt Crowdfunding

Salah satu contoh debt crowdfunding di Malaysia ialah Investment Account Platform (IAP), iaitu sebuah platform patuh syariah untuk mendapatkan pinjaman dari pelabur. Beza di antara debt crowdfunding dan equity crowdfunding ialah anda tidak akan diberikan pegangan saham dalam syarikat tersebut.

Anda sekadar memberikan pinjaman kepada syarikat tersebut untuk melaksanakan projek, dan anda akan mendapat semula wang anda berserta pulangan pada masa dan kadar yang ditetapkan. Konsep ini sama seperti FD.

Kadar pulangannya kebiasaannya lebih tinggi dari FD, sekitar 4% ke 7%. Ia juga bergantung kepada rating syarikat atau projek tersebut. Lebih tinggi rating bermaksud pelaburan tersebut lebih selamat, dan juga bermaksud pulangan yang anda bakal dapat adalah lebih rendah.

Risiko: Rendah

7. Hartanah – REIT atau Beli Hartanah Secara Langsung

Sumber : Bernama.com

REIT atau nama penuhnya Real Estate Investment Trust ialah unit amanah yang melaburkan dana ke dalam hartanah, contohnya menara pejabat, gudang, pusat beli-belah dan lain-lain aset hartanah.

Di antara contoh REIT ialah IGB REIT dan Pavilion REIT, kedua-duanya adalah saham yang diapungkan di Bursa Malaysia.

Anda patut beli REIT sekiranya anda tidak mempunyai kepakaran dalam bidang hartanah tetapi mahu melabur dalam pelbagai hartanah untuk mencapai diversification. Melaburkan wang ke dalam REIT bermaksud anda “mengupah” seorang pengurus dana untuk membeli hartanah bagi pihak anda.

Sekiranya anda mempunyai ilmu dalam bidang hartanah, maka anda boleh melabur secara langsung. Namun, pilihan pelabur hartanah yang bergerak secara individu agak terhad.

Mereka tidak mempunyai dana yang cukup besar untuk membeli sebuah gudang atau pusat beli-belah. Kebiasaannya, pelaburan yang menjadi pilihan mereka ialah perumahan ataupun lot kedai.

Keuntungan yang anda boleh jangkakan melalui pelaburan hartanah adalah sekitar 0% ke 7%, bergantung kepada keadaan pasaran hartanah semasa dan jenis hartanah yang dibeli.

Risiko: Rendah

Baca juga Kenali Kaunter REIT Patuh Syariah Di Bursa Malaysia dan 4 Saham REITs Yang Patuh Syariah

8. Emas

Emas ni ada masa harganya naik, ada masa dia turun, kemudian dia naik lagi. Sebab itu emas tidak sesuai untuk dijadikan simpanan jangka pendek tetapi amat sesuai untuk simpanan jangka masa panjang.

Ramai yang dah ada kesedaran untuk menukar sebahagian daripada simpanan daripada bentuk wang kepada bentuk emas pula. Kita dapat lihat bahawa nilai emas meningkat setiap tahun dan sering digunakan sebagai instrumen yang kalis inflasi.

Tahukah anda bahawa dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM65.25 (berdasarkan harga emas RM261 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold1-700x390.jpg

Daftar secara percuma di KAB Gold sekarang.

Kesimpulan

Bagi penulis; FD, unit amanah saham, REIT, serta debt crowdfunding ialah tempat-tempat pelaburan yang sesuai bagi kebanyakan orang kerana tidak berisiko tinggi. Para pelabur dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan meminta pandangan pakar sebelum membuat pelaburan yang tidak diyakini selamat.

Selain daripada itu, para pelabur juga dinasihatkan agar tidak meletakkan kesemua wang pelaburan di satu tempat. Pulangan akan lebih stabil dan konsisten dengan adanya diversification.

Selain pelaburan yang disebutkan di atas, banyak lagi jenis pelaburan yang tak disebutkan disini, contohnya exchange-traded fund (ETF) dan komoditi. Kalau anda ada laburkan duit anda di tempat-tempat selain yang disebutkan di atas, kongsilah dengan kami di ruangan komen.

Selamat melabur!

Ditulis oleh Azam, seorang pengurus dana saham antarabangsa di sebuah institusi kewangan di Malaysia.

Penafian: Artikel ini merupakan pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pandangan rasmi mana-mana individu/organisasi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Eksport Minyak Sawit Malaysia Ke Asia Tengah Bernilai RM288.23 Juta Pada 2024.

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) — Malaysia mengeksport 54,665 tan minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM288.23 juta ke negara Asia Tengah iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan Turkmenistan pada 2024.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin berkata pihaknya melalui Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) terus komited untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peserta utama dalam membekalkan minyak sawit ke Asia Tengah di samping meningkatkan penguasaan pasaran minyak sawit di Pakistan.

“Asia Tengah merupakan destinasi eksport penting bagi minyak sawit Malaysia. 

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, MPOC selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan minyak sawit Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif di rantau tersebut,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai usaha terbaharu Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) untuk menjadikan Malaysia sebagai peserta industri terbesar dalam pembekalan minyak kelapa sawit di Asia Tengah dan kembali dominan dalam pengedaran minyak sawit di Pakistan.

Mengenai pasaran minyak sawit di Pakistan, Chan berkata negara itu masih kekal sebagai antara 10 negara pengimport terbesar minyak sawit Malaysia dengan import sebanyak 860,260 tan pada 2024.

“Kementerian ini memberikan fokus kepada permintaan minyak makan dan lokasi strategik negara itu sebagai pintu masuk ke Asia Tengah,” katanya.

Beliau berkata perbincangan dengan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Qasim mengenai kelebihan dalam menggunakan infrastruktur pelabuhan Pakistan untuk memudahkan pengedaran minyak sawit Malaysia ke Asia Tengah telah diadakan.

Perbincangan itu diadakan semasa lawatan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani ke Karachi, Pakistan pada 9 hingga 11 Jan, 2025, katanya.

Eksport Malaysia ke pasaran Pakistan dijangka kekal antara 18 hingga 25 peratus daripada keseluruhan import minyak sawit di negara itu, bergantung kepada dinamik harga dan keadaan pasaran semasa.

Sementara itu, menjawab soalan Mohd Isam mengenai langkah mengembalikan Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit kepada geran penuh, beliau berkata KPK telah mengetengahkan cadangan itu kepada Kementerian Kewangan (MOF).

Menjawab soalan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) mengenai usaha KPK untuk meneroka pasaran Asia terutama Jepun bagi inovasi penggunaan sawit untuk penghasilan tenaga, Chan berkata KPK akan menyertai ekspo dunia di Osaka, Jepun tahun ini bertujuan meneroka penggunaan sisa biojisim sawit untuk penjanaan elektrik.

“Jepun memang pasaran yang harus kita teroka terutama bagi sisa biojisim untuk menjana elektrik.

“Cuma kita tidak menggalakkan kalau eksport bahan mentah ke Jepun, kita harus menghasilkan bahan bernilai tinggi sebelum dieksport,” katanya.

— BERNAMA