USD19 Juta Untuk Makan Tengah Hari Bersama Warren Buffet?

Siapa yang tak kenal Warren Buffet kan? Saya pasti hampir semua orang mengenali Warren Buffet. 

Setakat 18 Jun 2022 lalu, Warren Buffet menduduki manusia ketujuh terkaya di muka bumi ini dengan kekayaan sebanyak USD93.4 bilion. Buffet memiliki Berkshire Hathaway, sebuah syarikat yang mengendalikan 60 buah syarikat lain di bawah operasinya seperti Geico, Duracell, Dairy Queen dan banyak lagi.

Memandangkan beliau memiliki kekayaan sebanyak USD93.4 bilion dan memiliki Berkshire Hathaway yang menguruskan 60 buah syarikat, anda pasti membayangkan beliau mendiami rumah yang besar dan mahal bukan?

Does Warren Buffett house really worth only $31,500?
Sumber: High Target

Sebenarnya Buffett masih lagi tinggal di rumah lamanya di Omaha, Nebraska, rumah yang dibelinya pada tahun 1958 pada harga USD31,500. Beliau pernah berkata bahawa beliau tidak akan sesekali menjual rumah tersebut pada apa jua nilai dalam satu wawancara di CNBC pada tahun 2020.

Warren Buffet terkenal sebagai seorang pelabur yang terunggul di dunia. 

Nak tahu bagaimana Warren Buffet melabur?

Baca: 4 Tips Melabur Seperti Warren Buffett

Kita telah membaca sedikit sebanyak mengenai Warren Buffet. Apakah perasaan anda jika anda berpeluang untuk makan tengah hari bersama beliau? 

Tahukah anda, bukan mudah untuk mendapat peluang untuk makan tengah hari bersama beliau?

Sekiranya anda berminat untuk makan tengah hari bersama pelabur tersohor ini, anda perlu sertai satu sesi bidaan. 

Pertengahan tahun lalu, seorang ahli perniagaan bergelar jutawan telah berjaya memenangi bidaan untuk makan tengah hari bersama Buffet. Beliau memenangi bidaan tersebut pada nilai USD19 juta!

Ini bermakna pemenang tersebut akan membayar USD19 juta untuk hanya satu sesi makan tengah hari. Hasil bidaan tersebut akan disalurkan pada badan kebajikan San Francisco. Sesi bidaan tersebut merupakan sesi bidaan yang ke-21 pernah diadakan serta dikhabarkan akan menjadi yang terakhir akan diadakan.

yang dilakukan pada tahun 2019 iaitu USD4,567,888. Pemegang rekod sebelum ini adalah seorang usahawan kripto iaitu Justin Sun.

CoinDesk - Unknown
Sumber: CoinDesk

Wang bidaan USD19 juta tersebut bakal disalurkan kepada Glide, sebuah badan NGO di San Fancisco yang membantu warga yang kurang berkemampuan dan tiada tempat tinggal. Glide menyediakan tempat tinggal, makanan, ujian HIV & Hepatitis C, latihan pekerjaan dan program untuk kanak-kanak. 

Siapa Yang Dapat Sesi Makan Tengah Hari?

Persoalannya, siapakan individu yang memenangi sesi makan tengah hari bersama Warren Buffet tersebut? Beliau memilih untuk kekal tidak diketahui umum. 

Sesi bidaan yang telah diadakan sejak tahun 2000 telah berjaya meraih dana sumbangan sebanyak USD53.2 juta dan disalurkan kepada Glide. 

Individu Yang Telah Berjaya Bida

Menurut Glide, individu-individu yang telah berjaya membida sesi makan tengah hari bersama Buffet sejak tahun 2000 adalah seperti berikut:

2000: Pete Budlong, $25,000

2001: Jim Halperin and Scott Tilson, $20,000

2002: Jim Halperin and Scott Tilson, $25,000

2003: David Einhorn, Greenlight Capital, $250,100

2004: Jason Choo, Singapore, $202,100

2005: Tidak dinyatakan, $351,100

2006: Yongping Duan, California, $620,100

2007: Mohnish Pabrai, Guy Spier, Harina Kapoor, $650,100

2008: Zhao Danyang, Pure Heart Asset Management, China, $2,110,100

2009: Courtenay Wolfe, Salida Capital, Canada, $1,680,300

2010: Ted Weschler*, $2,626,311

2011: Ted Weschler*, $2,626,411

2012: Tidak dinyatakan, $3,456,789

2013: Tidak dinyatakan, $1,000,100

2014: Andy Chua, Singapore, $2,166,766

2015: Zhu Ye, Dalian Zeus Entertainment Co, China, $2,345,678

2016: Tidak dinyatakan, $3,456,789

2017: Tidak dinyatakan, $2,679,001

2018: Tidak dinyatakan, $3,300,100

2019: Justin Sun, $4,567,888

2020-2021: Tiada sesi bidaan diadakan kerana pandemik

2022: Tidak dinyatakan, $19,000,100

Sumber: Financial Times

Sayang sekali kita mungkin tidak berpeluang untuk makan tengah hari bersama Buffet kerana sesi bidaan pada tahun 2022 lalu merupakan yang terakhir diadakan. Boleh difahami bahawa umur Buffet yang 91 tahun turut menjadi sebabnya. 

Sumber:

  1. Yahoo Finance
  2. CNBC
  3. Financial Times

Previous ArticleNext Article

Kaya Di Mata : Realiti Kewangan Malaysia Yang Jarang Didedahkan

Dalam dunia yang gemar menilai kekayaan melalui apa yang nampak secara fizikal seperti kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, ramai terperangkap dalam “kaya tipu-tipu”: mewah di luar, rapuh di dalam.

Artikel ini menyelami perbezaan asas antara “kaya tipu-tipu” dan “kaya sebenar”, disokong dengan data pencapaian kewangan isi rumah Malaysia, untuk memberikan gambaran yang lebih bernas dan tidak klise.

1. Kaya Tipu-Tipu: Ilusi Kekayaan yang Rapuh

Golongan ini menumpukan kepada persepsi, mereka lebih mementingkan imej daripada asas kewangan yang sihat.

Ciri-ciri utama:

  • Aliran tunai rapuh dan aliran keluar lebih besar
  • Pendapatan besar habis dibelanjakan untuk pembayaran ansuran kereta, kad kredit dan gaya hidup. Walaupun gaji tinggi, kos perbelanjaan lebih menguasai.
  • Nilai bersih (net worth) negatif
  • Tiada simpanan atau nilai bersih positif. Aset yang dimiliki adalah atas nama pinjaman. Jika aset dijual sekalipun, hasilnya tidak cukup untuk membayar hutang.
  • Hutang tinggi dan “good debt” tiada
  • Gaya hidup dibiayai oleh hutang (BNPL), bukan pelaburan atau aset produktif.
  • Motivasi status, bukan kestabilan
  • Pembelian didorong oleh keinginan untuk menunjukkan kekayaan, bukan atas dasar keperluan

2. Kaya Sebenar: Kekayaan yang Kukuh, Terlihat Biasa

Golongan ini mungkin tidak menarik perhatian, tetapi struktur kewangan mereka teguh dan bebas dari tekanan luar.

Ciri-ciri utama:

  • Nilai bersih positif
  • Pendapatan pasif dari sewaan, pelaburan dan saham. Aset melebihi liabiliti.
  • Pendapatan pelbagai aliran
  • Gaji, sewaan hartanah, dividen saham, perniagaan, pengagihan risiko dan kestabilan jangka panjang.
  • Kecairan tunai mencukupi
  • Simpanan kecemasan yang mencukupi membolehkan ketenangan apabila berdepan krisis.
  • Hidup di bawah kemampuan

Walaupun berkemampuan, mereka memilih kesederhanaan kewangan demi ketenangan jangka panjang.

3. Statistik Malaysia: Menyokong Fenomena Kekayaan Tipu-Tipu vs Sebenar

i) Hutang Isi Rumah Tinggi

Sehingga hujung 2021, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia mencecah 89 peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia merangkumi RM1.4 trilion hutang, 58 % bagi pinjaman perumahan, 13 % pinjaman kenderaan, 14 % pinjaman peribadi, dan 3 % kad kredit.

ii) Tabung Kecemasan Rendah

Hanya 40 peratus isi rumah menyangka mereka boleh bergantung pada simpanan sendiri atau keluarga jika menghadapi kecemasan.

Sebanyak 55 peratus responden melaporkan mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 simpanan yang boleh diakses segera.

iii) Kadar Simpanan Rendah

Tahun 2022 mencatat kadar simpanan isi rumah (household savings rate) hanya sekitar 3 peratus daripada pendapatan boleh guna (disposable income).

Purata sebelum ini (2006–2013) lebih rendah, sekitar 1.4 hingga 1.6 peratus.

iv) Ketahanan Terhadap Kejutan Kewangan Lemah

Kajian mendapati hanya 10 peratus isi rumah bandar Malaysia benar-benar tahan terhadap kejutan kewangan seperti kehilangan pendapatan, kecacatan, atau kematian. Lebih daripada 20 peratus tidak mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan jika pendapatan terputus.

4. Implikasi dan Kesedaran Kewangan

Data menunjukkan ramai rakyat Malaysia berada dalam situasi “kaya tipu-tipu”: hidup mewah tetapi asas kewangan rapuh. Gagal memiliki simpanan kecemasan dan nisbah hutang tinggi mengancam daya tahan ekonomi isi rumah.

Langkah yang disarankan:

1. Meningkatkan literasi kewangan agar rakyat lebih faham risiko hutang dan pentingnya simpanan.

2. Mempromosikan pengurusan kewangan yang rasional seperti membina simpanan, elak gaya hidup melebihi kemampuan.

3. Sokongan dasar untuk menyediakan insentif tabungan (contoh: subsidi simpanan, pendidikan kewangan).

Tidak semua yang kelihatan hebat benar-benar kukuh. “Kaya tipu-tipu” adalah rentap jangka pendek yang menjerat manakal “kaya sebenar” adalah kestabilan yang dilandasi disiplin kewangan dan perancangan masa depan.

Data Malaysia menggambarkan bahawa masih ramai yang terjebak dalam ilusi, bukan realiti dan artikel ini diharap membuka mata kepada perlunya kebijaksanaan dalam membina kekayaan sejati bukan sekadar apa yang nampak, tetapi apa yang kekal dan tahan dalam ujian masa.