3 Langkah Mudah Urus Gaji Untuk Elak Poket Kering Tiap Bulan

Duit masuk macam kura-kura, tapi duit keluar bagaikan air. Itulah perumpamaan yang sesuai digambarkan ketika hari gaji. Tak sampai setengah hari hampir separuh duit dah habis digunakan bayar komitmen bulanan.

Tinggal lah baki yang tak seberapa untuk survive sampai bulan depan. Kalau anda dah penat menjalani kehidupan macam ni, cuba ikut tips kewangan daripada Nur Aliah Mohd Nor yang merupakan salah seorang stokis terbaik perfume De’Xandra.

Hampir 70% orang tersilap langkah untuk buat pecahan gaji ni lepas dah dapat gaji! Hati Lia dah gelisah sangat bila ramai orang inbox Lia minta nasihat tentang nak menguruskan kewangan dengan baik.

Jadi Lia nak kongsikan terus apa pecahan gaji yang perlu diutamakan dahulu bila dapat gaji setiap bulan.

Pecahkan terus kepada 3 iaitu:
+ Komitmen
+ Belanja
+ Simpanan

1. Komitmen

Komitmen maksudnya apa saja perbelanjaan yang jika tak dibayar akan memberi kesan buruk, lebih-lebih lagi di mata bank.

Contoh komitmen:

+ PTPTN
+ MARA
+ ASB Financing
+ Hire Purchase
+ Housing Loan
+ Personal Loan

Jadi bila dapat gaji apa perlu buat?

1. Mesti la bank-in dulu duit kepada mak ayah di kampung kan. Inii wajib dan semua pon tahu. Kan.
2. Segerakan pembayaran untuk rekod CCRIS bagi nampak cantik di mata bank
3. Letakkan zakat sebagai komitmen juga sebab itu adalah komitmen kepada agama. Nak bayar zakat pun mudah, masuk website zakat, ada calculator yang akan kirakan, lepas itu boleh terus bayar zakat dengan hati yang senang.

2. Belanja

Bahaya kalau dapat gaji terus buat belanja daripada mulakan dulu dengan menyimpan. Sebab bila belanja, biasa mesti akan terguna sekali duit untuk buat simpanan.

Sebab itu penting untuk asingkan awal-awal terus ke medium lain, contohnya menyimpan di ASB atau Tabung Haji. Macam mana nak simpan awal-awal sebelum belanja?

Anda perlu list kan dulu berapa komitmen dan belanja keperluan yang ada dalam masa sebulan. Lepas dah buat kira-kira mesti ada bakikan? Baki tersebut segera alihkan ke akaun simpanan yang lain tadi.

Mungkin susah nak buat macam ni, jadi anda perlu paksa diri juga untuk buat simpanan. Macam mana nak paksa juga untuk membuat simpanan?

3. Simpanan

Mudah je dengan cara ‘Force Savings’. Contoh menggunakan ASB Financing (ASBF). Katakan duit lebihan ada RM160, boleh buat ASBF sebanyak RM30,000. Kalau ada cara lain pun boleh juga guna.

Seperti Lia sendiri, Lia dapat gaji Lia akan terus bayar komitmen, kemudian asingkan duit simpanan ke dalam akaun khas siap-siap. Simpanan ni ikut kreativiti masing-masing.

Contohnya:
+ Tabung Haji
+ ASB
+ Tabung Mingguan
+ Emas
+ Unit Trust

Lia yakin dan percaya, selepas anda bahagikan pecahan gaji ini kepada 3 perkara penting di atas, sekurang-kurangkan anda boleh kawal duit bocor. Sebab kita paling senang duit bocor tanpa sedar.

Silap-silap kalau kira balik, boleh cecah ribu-ribu sebulan tanpa sedar.

Kredit: FB Nur Aliah Mohd Nor

Asingkan sedikit pendapatan anda dan tukarkan kepada bentuk emas. Kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan emas. Tak perlu 1 gram pun, minimum 0.25 gram.

Boleh mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM65 (berdasarkan harga emas RM260 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

  • Layari laman web KAB Gold
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Verify emel

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

LHDN Terima 328 Juta e-Invois Daripada Hampir 35,000 Pembayar Cukai Sejak Ogos 2024

GEORGE TOWN, 12 Jun (Bernama) — Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 328 juta e-Invois daripada pembayar cukai sehingga semalam sejak sistem itu dilancarkan pada Ogos 2024.

Pengarah Bahagian e-Invois Jabatan Operasi Cukai LHDN Dr Rasyidah Che Rosli berkata hampir 35,000 pembayar cukai telah menghantar e-Invois termasuk mereka yang mengambil inisiatif secara sukarela sebelum fasa mandatori masing-masing bermula.

“Ini menunjukkan sambutan yang positif daripada pembayar cukai di bawah fasa pertama serta mereka yang termasuk dalam fasa kedua dan ketiga yang melaksanakan e-Invois secara sukarela.

“Rekod digital menerusi sistem e-Invois membantu mengelakkan kehilangan atau tersalah simpan dokumen dan pada masa depan akan diintegrasikan secara terus ke dalam borang nyata cukai bagi meningkatkan kecekapan dan ketepatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada acara CTOS SME Biz Day 2025 Pulau Pinang di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri II Jagdeep Singh Deo dan dihadiri lebih 1,300 peserta termasuk wakil kerajaan, pakar industri dan tokoh korporat ternama.

Dr Rasyidah turut memaklumkan bahawa LHDN memberikan tempoh kelonggaran selama enam bulan bagi setiap fasa pelaksanaan, khususnya untuk pembayar cukai yang mengeluarkan e-Invois  yang disatukan.

Beliau berkata LHDN turut menyokong proses peralihan ini dengan menyediakan garis panduan dan soalan lazim di laman mikro e-Invois agensi itu.

“LHDN juga menyediakan mekanisme penghantaran e-Invois melalui API (Application Programming Interface) yang disepadukan dengan MyInvois, membolehkan pembayar cukai sama ada membangunkan sistem mereka sendiri atau menggunakan perkhidmatan penyedia teknologi,” katanya.

Pembayar cukai juga boleh menghantar e-Invois secara percuma menerusi Portal MyInvois, dan boleh merujuk laman mikro LHDN untuk panduan lanjut.

Pelaksanaan e-Invois bermula 1 Ogos, 2024 bagi syarikat dengan jualan tahunan melebihi RM100 juta. Fasa kedua bermula 1 Jan, 2025 bagi syarikat dengan jualan tahunan antara RM25 juta hingga RM100 juta.

Pada 5 Jun, LHDN mengumumkan bahawa pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan di bawah RM500,000 akan dikecualikan daripada sistem e-Invois buat masa ini.

Sementara itu, pelaksanaan untuk mereka yang berpendapatan antara RM1 juta hingga RM5 juta ditangguhkan ke 1 Jan, 2026, manakala mereka yang berpendapatan sehingga RM1 juta akan bermula pada 1 Julai, 2026.

— BERNAMA

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee