Asyik Lupa Bayar Hutang? Ini 5 Tips Bayar Hutang On-Time

Siapa yang takde hutang dekat sini? Hutang rumah, hutang kereta, hutang PTPTN, hutang kad kredit dan bermacam-macam lagi hutang. Hutang dengan kawan-kawan pula selagi kita tak bayar jangan ingat dia lupa!

Kalau hutang dengan bank pula, ada due date yang perlu ditepati. Kalau lambat bayar, siaplah hari-hari dapat panggilan mesra daripada pihak bank.

Kadang kala kita bukannya sengaja tidak mahu bayar tetapi terlalu sibuk dengan banyak komitmen pekerjaan dan keluarga yang perlu diselesaikan, sehingga menyebabkan kita terlupa akan kewajipan untuk membayar hutang tadi.

Jadi bagaimana caranya untuk menjadikan pengurusan bayaran hutang anda lebih sistematik dan dapat dibayar pada waktu yang tepat?

5 Cara Bayar Hutang On-Time

#1. Guna Emel Reminder

Anda boleh menggunakan laman seperti Boomerang for Gmail atau FollowUpThen.com untuk menghantar e-mel peringatan setiap bulan beberapa hari sebelum tarikh akhir hutang-hutang tersebut perlu dibayar.

Servis ini masih mempunyai versi percuma. Memang cool.

#2. Guna Penggera Telefon

Selain daripada menggunakan penggera telefon pintar anda untuk kejutkan anda setiap pagi, ia juga boleh digunakan untuk set alarm. Gunakan kelebihan ini sebaik mungkin dengan menetapkan peringatan pembayaran hutang ansuran bulanan di telefon anda, bergantung kepada tarikh due date masing-masing.

Saat menerima notifikasi daripada telefon bimbit anda, maka bersegeralah membuat pembayaran hutang. Ini dapat mengelakkan anda daripada terlepas pandang dan terlupa untuk buat bayaran.

#3. Guna Aplikasi di Smartphone

Jangan ralit download game saja. Muat turun juga aplikasi yang akan memberitahu anda tentang tarikh penting seperti Remember The Milk (Android & iPhone) atau Google Allo (Android).

Pastikan anda memilih aplikasi yang siap beri notification dengan bunyi.

#3. Bayar Terus Bila Dapat Gaji

Apabila anda menerima gaji bulanan, dah boleh bersiap sedia untuk mengasingkan duit bagi membuat pembayaran ansuran hutang anda. Sebaiknya, dapat saja gaji, anda selesaikan dahulu kewajipan untuk membayar hutang terlebih dahulu, barulah boleh buat benda lain.

Bayar dulu hutang yang wajib, barulah menyimpan sedikit dan selebihnya dibuat perbelanjaan harian atau pun untuk reward diri sendiri.

#4. Tampal Nota

Cara begini mungkin nampak sedikit old-school, tetapi ia juga merupakan salah satu cara yang berkesan untuk anda praktikkan. Sebaiknya, senaraikan kesemua hutang-hutang anda berserta tarikh dan jumlahnya. Kemudian, tampalkan di tempat anda kerap pergi. Contohnya, pada cermin bilik tidur atau di komputer peribadi anda.

Kalau dah hari-hari ternampak nota tersebut, maka peluang untuk anda lupa amatlah tipis. Sedikit sebanyak dapat juga membantu anda untuk membuat pembayaran tepat pada masanya.

Bayar Hutang Itu Wajib, Jadi Beringatlah Selalu

Tidak kira apa jenis hutang sekalipun, anda wajib untuk membayarnya. Lebih-lebih lagi jika ada due date bagi hutang tersebut. Jangan pula buat tak tahu dengan hutang, kerana ada banyak cara untuk ingatkan diri sendiri untuk bayar hutang seperti di atas.

Nak Melabur atau Bayar Hutang Dulu?

7 Cara Merawat Kewangan Yang Tenat

Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?

Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Previous ArticleNext Article

Pemohon Pembiayaan Peribadi Lebih RM100,000 Wajib Hadiri Modul Pendidikan Kewangan – BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Pengguna yang memohon pinjaman peribadi melebihi RM100,000 perlu menghadiri dan melengkapkan modul pendidikan kewangan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Dalam dokumen dasar pembiayaan peribadi yang dikeluarkan di sini hari ini, bank pusat berkata syarat-syarat ini merupakan antara keperluan baharu yang ditetapkan oleh BNM.

Dokumen dasar itu bertujuan memperkenalkan amalan pembiayaan yang berhemah dan bertanggungjawab berhubung dengan penyediaan pembiayaan peribadi oleh penyedia perkhidmatan kewangan, di samping menggalakkan gelagat peminjaman yang bertanggungjawab dalam kalangan pengguna kewangan.

Ia juga untuk memastikan pelaporan yang jelas daripada penyedia perkhidmatan kewangan berhubung jangkaan sedia ada BNM mengenai penggunaan tempoh maksimum 10 tahun untuk pembiayaan yang ditawarkan di bawah produk pembiayaan rumah atau dijamin oleh harta tanpa halangan bagi kegunaan peribadi.

Ia juga melarang tawaran pembiayaan peribadi di mana caj faedah/keuntungan dikira menggunakan kaedah kadar rata dan/atau Peraturan 78 yang merujuk kepada kaedah pengiraan faedah/keuntungan.

Di samping itu, ia juga mengukuhkan jangkaan untuk penyedia perkhidmatan kewangan mendedahkan kadar faedah/keuntungan yang berkesan kepada pengguna kewangan.

Dengan persaingan yang sengit dalam pasaran kredit runcit, perubahan telah diperhatikan dalam amalan pemberian pinjaman oleh penyedia kredit dalam segmen pembiayaan peribadi, menurut gambaran keseluruhan dokumen dasar. Keadaan ini menyumbang kepada pinjaman yang tidak mampu ditanggung oleh isi rumah.

Apa yang menjadi kebimbangan utama adalah kemunculan produk pembiayaan baharu yang nampak seperti pinjaman mampu milik tetapi sebenarnya menggalakkan pengumpulan hutang yang tidak berhemah. Pengguna kewangan tidak mampu menanggungnya tanpa risiko kesulitan yang ketara sepanjang tempoh pembiayaan disebabkan kekurangan simpanan kewangan yang mencukupi.

Menurut dokumen itu, penyedia perkhidmatan kewangan dikehendaki menjalankan penilaian kesesuaian dan kemampuan membayar bagi setiap kemudahan pembiayaan baharu dan tambahan yang ditawarkan kepada pengguna kewangan, tetapi keperluan yang lebih khusus diperlukan untuk mencegah perkembangan tidak sihat dalam segmen pembiayaan peribadi.

Dokumen dasar ini terpakai kepada semua bank berlesen, bank Islam berlesen dan institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan, berkuat kuasa mulai hari ini.
— BERNAMA