5 Musibah Kalau Lambat Bayar Hutang Kad Kredit

Sebelum ini kami ada kongsikan 7 Cara Penggunaan Kad Kredit Yang Menguntungkan, tetapi itu daripada sudut yang positif. Bagaimana pula dengan sudut negatifnya?

Lebih-lebih lagi kalau kita jenis yang lambat bayar hutang, memang cari nahas. Jom kita tengok 5 masalah yang akan timbul jika kita lambat bayar.

1. Kadar Faedah Lebih Tinggi

Rasanya semua sedia maklum tentang perkara ini. Kalau kita membuat bayaran lewat daripada tempoh yang sepatutnya, kita boleh dikenakan kadar faedah yang tinggi sehingga 18%.

Ada ke pelaburan yang dapat memberikan pulangan 18% sebulan? Jadi lebih kita buat bayaran awal supaya kadar faedah adalah lebih rendah.

2. Caj Bayaran Lambat

Dahlah faedah yang dikenakan adalah tinggi, kita juga akan dikenakan caj bayaran tertentu sebagai salah satu hukuman kerana lambat melakukan pembayaran. Caj yang dikenakan adalah berbeza di antara satu bank dengan bank yang lain.

Tetapi selalunya caj yang dikenakan adalah sekitar baki yang tertunggak dan caj tersebut akan dikenakan sehingga kita melangsaikan tunggakan tersebut.

Dan paling sakit lagi, kita juga perlu membayar caj faedah untuk baki tertunggak yang melepasi tarikh pembayaran semula! Kiranya makin tinggilah kos yang perlu kita bayar nanti.

3. Menjejaskan Skor Kredit

Skor kredit yang baik adalah penting bagi memastikan permohonan pinjaman kita diluluskan. Ini kerana segala maklumat pembayaran kad kredit kita boleh diteliti oleh semua bank. Mereka boleh memperoleh maklumat ini melalui CCRIS dan juga CTOS.  

Kalau kita sering membiarkan bayaran kad kredit tertunggak, segala bentuk pinjaman bank yang kita ingin lakukan juga berkemungkinan besar akan ditolak.

Selain daripada itu, permohonan untuk mendapatkan kad kredit baru juga sukar untuk diluluskan.

4. Terpaksa Berdepan Dengan Pengutip Hutang

Kita mungkin ingat, tak apalah lambat bayar sedikit pun. Paling kuat pihak bank cuma akan telefon kita untuk segera buat pembayaran.

Kalau tak nak cakap dengan pegawai tersebut, senang sahaja, jangan angkat atau letak sahaja telefon. Mudahnya, dah pandai berhutang buat liat pula nak bayar.

Buat pengetahuan semua, pihak bank boleh menghantar pengutip hutang untuk memungut hutang daripada kita bukan sahaja dirumah tetapi juga di pejabat.

Jadi kalau tak nak mengundang pelawat yang tak diingini, jangan bertangguh untuk bayar hutang kad kredit.

5. Boleh Diisytiharkan Muflis

Sekiranya tunggakan hutang melebihi RM30,000 RM100,000 dan kita tidak dapat melangsaikannya dalam tempoh melebihi 6 bulan, kita boleh diisytiharkan muflis. Kita bukan sahaja akan dihalang keluar dari Malaysia, harta benda kita juga akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Pengarah Insolvensi bagi melangsaikan hutang tersebut.

Kalau kita di dalam bidang profesional pula seperti perubatan, undang-undang, perakaunan dan sebagainya, kita tak dapat meneruskan kerjaya tersebut dan akaun bank akan dibekukan.

Sekarang siapa yang susah? Kita juga kan?

Bagaimana saya boleh menyemak status kebankrapan?

Semakan boleh dibuat portal e-insolvensi di https://e-insolvensi.mdi.gov.my. Bayaran carian berjumlah RM10.00 akan dikenakan bagi setiap carian.

Sumber Rujukan: https://www.comparehero.my

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA