5 Peraturan Kewangan Yang Orang Muda Perlu Tahu Dan Ikut

Ada banyak tips bagaimana untuk menguruskan kewangan dengan baik agar kita miliki aset-aset yang menguntungkan tetapi juga dapat hidup bebas daripada hutang.

Sebelum itu, kita kena tahu beberapa peraturan penting yang perlu diikuti agar dapat capai target kewangan yang kita impikan itu.

Berikut merupakan 5 peraturan penting tentang kewangan yang perlu diketahui terutamanya mereka yang berusia 20-an.

1. Hidup Secara Sederhana

Tidak dinafikan, semua orang mengimpikan hidup yang mewah dan bergaya. Tambahan pula dengan perkembangan media sosial, kita dapat lihat ramai yang berlumba-lumba menunjukkan kehidupan yang mewah.

Ada yang sampai sanggup berhutang semata-mata untuk menunjuk yang dia juga mampu membeli barangan mewah!

Sebab itulah, kadang-kadang kita dapat lihat ramai yang berpendapatan tinggi namun tidak mampu untuk membuat simpanan. Dapat duit saja, habis digunakan untuk bayar hutang.

Jadi pilihlah, nak nampak kaya tapi poket kosong, atau nampak biasa tapi poket tebal?

2. Pilih Pasangan Dengan Matlamat Kewangan Yang Sama

Image by iqbal nuril anwar from Pixabay

Betul, jodoh itu di tangan Tuhan. Tetapi kita sebagai manusia masih mampu untuk memilih mana yang baik dan mana yang tidak bukan?

Kalau boleh, pilihlah jodoh yang mempunyai matlamat kewangan yang sama dengan kita. Atau yang sekurang-kurangnya tidak boros berbelanja.

Ini bagi mengelakkan masalah rumah tangga di masa hadapan. Mengikut kajian, salah satu punca utama penceraian adalah disebabkan masalah kewangan.

Kalau ditakdirkan berlakunya perpisahan, lagi banyak duit yang terpaksa dihabiskan untuk prosedur penceraian tersebut. Sudahlah hati pun hancur, duit pun melayang.

Jadi, pilihlah pasangan hidup sebaiknya.

3. Elakkan Daripada Mengundang Masalah

Hutang boleh menjadi salah satu masalah terbesar dalam hidup seseorang. Berapa ramai di kalangan mereka yang berusia kurang daripada usia 30 tahun yang telah diisytiharkan muflis?

Cukup ramai. Salah satu sebab utama adalah kerana tidak dapat menguruskan kewangan dengan baik. Hutang kad kredit, hutang rumah dan hutang kereta yang terlalu tinggi.

Sebab itu, kalau boleh elakkan daripada menambah hutang. Katakanlah kereta yang kita pakai sekarang masih lagi dalam keadaan elok, tak perlulah nak tukar kereta baru.

Sama juga halnya dengan telefon pintar. Tak perlu nak upgrade telefon setiap kali ada saja model baru yang keluar di pasaran.

4. Perkhidmatan Berstatus Rendah Tetapi Berkecekapan Tinggi

Photo by Arif Syuhada from Pexels

Untuk mendapatkan perkara yang terbaik, kita tidak semestinya perlu mengeluarkan belanja yang tinggi. Beberapa contoh yang boleh membantu kita untuk berjimat tetapi pada masa yang sama mendapat faedah yang baik adalah kolej komuniti, perpustakaan awam dan juga pengangkutan awam.

5. Tidak Memilih Kerja

Bukan semua orang berpeluang untuk bekerja di dalam bidang yang mereka pelajari, apatah lagi untuk bekerja di dalam bidang yang mereka impikan. Di zaman yang boleh dikatakan semua perkara perlu menggunakan duit, kita terpaksalah bersikap realistik.

Untuk para graduan yang baru saja tamat belajar, rebut apa saja peluang yang muncul. Walaupun kita tidak berminat untuk bekerja di sektor tersebut, tetapi sekiranya ia mampu untuk membantu melangsaikan bayaran PTPTN anda, kenapa tidak?

Jadikan ia sebagai satu pengalaman yang boleh dimasukkan ke dalam resume bagi membantu dalam mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

Pengurusan kewangan yang baik adalah sangat penting bagi menjamin keselesaan dan juga ketenangan hidup. Kalau tidak berjaya menjadi seorang jutawan pun, sekurang-kurangnya kita dapat hidup bebas daripada bebanan hutang.

Sumber Rujukan: CNBC

Asingkan sedikit pendapatan anda dan tukarkan kepada bentuk emas. Kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan emas. Tak perlu 1 gram pun, minimum 0.25 gram.

Boleh mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM65 (berdasarkan harga emas RM260 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

  • Layari laman web KAB Gold
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Verify emel

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

BJAK Diluluskan Oleh Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR: Seiring dengan peningkatan rakyat Malaysia yang beralih kepada platform digital untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan, keperluan untuk memilih penyedia perkhidmatan yang dipercayai serta dikawal selia semakin penting.

BJAK, platform insurans terbesar di Malaysia, terus menyokong rakyat negara ini dengan menyediakan cara yang lebih mudah dan telus untuk membanding serta memperbaharui insurans dan takaful kenderaan secara dalam talian.

BJAK merupakan Penasihat Kewangan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia, sekali gus memangkin komitmennya dalam menyediakan platform yang dipercayai untuk perbandingan dan pembaharuan insurans.

Melalui BJAK, pengguna boleh membandingkan pelan daripada sehingga 16 syarikat insurans dan pengendali takaful dalam satu platform. Ini membolehkan pengguna membuat keputusan yang lebih bijak berdasarkan harga, perlindungan dan manfaat, semuanya melalui pengalaman digital yang mudah dan lancar.

Dalam era peningkatan kes penipuan dalam talian serta maklumat yang mengelirukan, rakyat Malaysia disarankan agar sentiasa menyemak kesahihan penyedia perkhidmatan kewangan sebelum membuat sebarang pembayaran atau berkongsi maklumat peribadi secara dalam talian.

Pemilihan platform yang dikawal selia dan dipercayai dapat membantu pengguna membuat keputusan kewangan yang lebih selamat dan yakin.

Selain perbandingan insurans, BJAK turut menawarkan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan secara dalam talian, sekali gus memudahkan rakyat Malaysia menguruskan keperluan berkaitan kenderaan mereka secara digital.

Dengan membolehkan pengguna membandingkan pelbagai syarikat insurans dan pengendali takaful di satu tempat, BJAK komited untuk membantu rakyat Malaysia mengelakkan pembaharuan secara terburu-buru tanpa perbandingan, di samping menggalakkan keputusan kewangan yang lebih bijak melalui ketelusan dan pilihan.

— Awani