
Photo by Matthias Zomer from Pexels
Sub Topik
Hutang adalah perkara penting dan harus dipandang serius oleh semua umat Islam. Masyarakat kini lebih mementingkan pembahagian harta pusaka namun kurang peka terhadap hutang yang ditinggalkan oleh arwah yang baru meninggal dunia.
Kadang-kadang kita selalu fikirkan bagaimana nak bahagikan harta dan wang ringgit, tapi terlupa kepada perkara yang bukan hak milik kita. Jom ketahui apa yang akan berlaku pada hutang setelah seseorang itu meninggal dunia.
Siapa Bayar Hutang Selepas Meninggal Dunia?
Sekiranya seseorangh meninggal dunia dan tidak sempat melunaskan hutangnya, maka hutang tersebut mestilah dilunaskan oleh waris dan ahli keluarganya. Hutang tersebut wajib ditanggung oleh ahli keluarga arwah.
Arwah tidak akan terlepas daripada belenggu hutang melainkan pihak yang memberikan hutang itu menghalalkannya.
Selain daripada itu, hutang juga melibatkan dengan tuntutan agama seperti hutang zakat, hutang haji, hutang kifarah, hutang nazar dan sebagainya. Contohnya, sekiranya arwah tidak membayar zakat harta sepanjang hayatnya, maka wajib dikeluarkan zakat sebelum harta arwah tersebut dibahagikan kepada waris yang berhak mendapatkannya.
Ini Yang Terjadi Pada Hutang Yang Ditinggalkan

Setelah meninggal dunia, aset peninggalan arwah akan digunakan untuk membayar hutang terlebih dahulu sebelum dibahagikan kepada waris. Sebelum ianya dapat dibahagikan, nilai bersih aset harta pusaka tersebut mesti ditentukan terlebih dahulu.
Untuk mengira kesemua aset pusaka itu, kita harus menjumlahkan semua harta benda seperti nilai rumah dan wang di dalam bank (aset). Kemudian, tolak pula dengan jumlah hutang yang ada seperti gadai janji, hutang kereta dan sebagainya.
Aset – Hutang = Nilai bersih harta
Sekiranya jumlah hutang melebihi jumlah aset, peninggalan tersebut akan digunakan untuk menyelesaikan hutang dan waris tidak akan mendapat sedikit pun harta tersebut.
Sekiranya arwah tidak meninggalkan harta atau harta yang dimilikinya tidak cukup untuk membayar hutang tersebut, maka waris tidak harus membayar hutang si mati. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Dan orang yang dapat menanggung, tidak akan menanggung dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usaha sahaja).”
(Surah al-An’am : Ayat 164)
Namun, sekiranya waris menolong membayar hutang yang tertinggal, maka perbuatan itu termasuk dalam bab kebaikan (ihsan) kepada arwah dan mendapat ganjaran pahala yang besar oleh Allah S.W.T.
Kesimpulannya, hutang adalah beban tanggungjawab yang wajib dilunaskan dengan segera oleh penghutang. Sebagai seorang mukmin, kita seharusnya komited untuk menyelesaikan hutang yang dimiliki.
Bukan lari daripada hutang dan buat-buat tak tahu bila orang yang bagi hutang menuntutnya.
Sumber Rujukan:
Jemput baca juga:
- Nabi Enggan Solat Jenazah Ke Atas Jenazah Yang Masih Berhutang
- Hibah Takaful Bukan Untuk Bayar Hutang
- Banyak Hutang Nak Kena Bayar? Guna Cara Ini Untuk Kurangkan Ansuran Bulanan
- Nak Elak Beri Hutang Kepada Kawan-Kawan? Kongsikan Kepada Mereka 5 Cara Ini
Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?

Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.
KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.