5 Syarikat FinTech dari Malaysia yang anda wajib tahu

Fintech di Malaysia

Malaysia merupakan pelopor bagi industri FinTech di rantau Asia Tenggara. Rangka kerja kawal selia oleh Bank Negara Malaysia menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di Asia Tenggara untuk berbuat demikian pada 2015. Ini menunjukkan komitmen negara untuk memberi panduan dan peraturan yang jelas kepada inovasi dan model perniagaan baru untuk memasuki industri perkhidmatan kewangan tempatan.

“Rangka Kerja ini mencerminkan dasar sekian lama Bank dalam menarik keseimbangan yang optimum di antara menggalakkan inovasi di samping memelihara kestabilan kewangan dan melindungi kepentingan pengguna,” kata Aznan Abdul Aziz, pengerusi pemboleh FinTech di Bank Negara Malaysia.

Di dalam kebangkitan FinTech dan penerimaan daripada institusi kewangan tempatan, berikut adalah senarai 5 firma FinTech tempatan yang paling menonjol dan meningkat naik pada tahun 2016.

Siapa sangka kan, dalam diam-diam industri FinTech ini berkembang. Jom kita tengok senarai top 5 syarikat FinTech yang terdapat di Malaysia seperti berikut.

Top 5 Syarikat FinTech Malaysia

1) MyCash Online

MyCash Online

MyCash Online adalah pasaran di dalam talian yang direka khusus untuk warganegara asing di Malaysia dan Singapura. Platform ini menawarkan perkhidmatan di dalam talian yang mudah dan selamat kepada pekerja asing yang tidak mempunyai akses kepada perbankan di dalam talian, kad kredit atau mana-mana perkhidmatan kewangan yang lain. MyCash Online membolehkan pengguna membeli tiket bas, tiket penerbangan, tambah nilai kredit telefon, tambah nilai antarabangsa dan juga membayar bil.

MyCash Online adalah salah sebuah daripada finalis pusingan akhir FinTech 2017

2) iMoney

iMoney

Ditubuhkan pada tahun 2012, iMoney Group (Intelligent Money Sdn Bhd) adalah firma FinTech yang mengendalikan rangkaian laman web perbandingan kewangan. Kumpulan ini beribu pejabat di Kuala Lumpur dan beroperasi di Singapura, Indonesia, Filipina, Hong Kong dan Thailand. iMoney membolehkan pengguna membuat perbandingan dan memohon kad kredit, pinjaman, pakej jalur lebar dan produk insurans.

Setakat ini, iMoney memberikan perkhidmatan kepada lebih 10 juta pelanggan dan mengumpul AS $ 6.5 juta dalam dana pembiayaan.

3) Neuroware

Neuroware

Berpengkalan di Kuala Lumpur, Neuroware (R1 DOT MY Sdn Bhd) adalah syarikat blockchain startup yang membangunkan perkhidmatan peralatan dan protokol untuk perniagaan. Neuroware juga menyediakan latihan dan bengkel untuk institusi yang besar, badan-badan kerajaan dan agensi-agensi kawal selia. Neuroware telah membangunkan Cortex, sistem operasi blockchain agnostik yang kini sedang digunakan oleh ATA-Plus, platform ekuiti crowdfunding berlesen di Malaysia, untuk menyimpan rekod yang tidak boleh berubah berstruktur penerbit, tawaran dan pelaburan. 

4) Crowdo

Crowdo

Crowdo ialah syarikat FinTech yang menawarkan khidmat portfolio penyelesaian pinjaman P2P dan crowdfunding. Firma itu memberi tumpuan kepada pasaran Asia Tenggara dan kini beroperasi di Singapura, Malaysia dan Indonesia. Ditubuhkan pada tahun 2013, Crowdo adalah salah sebuah firma yang terbesar dan paling pesat berkembang di rantau ini dengan mempunyai lebih daripada 17,000 ahli (setakat tahun 2015). Diiktiraf sebagai perintis industry FinTech, Crowdo adalah di antara 6 firma FinTech yang dianugerahkan lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menawarkan ekuiti dan portfolio hutang kepada pengguna.

5) MoneyMatch

MoneyMatch

Startup ini menawarkan dua perkhidmatan: MoneyMatch Travel; portal maklumat perjalanan laman web percuma dan mudah digunakan, dan MoneyMatch Exchange; platform komunikasi berasaskan mudah alih untuk pertukaran matawang. MoneyMatch Exchange menjimatkan sehingga 3% ke atas semua urus niaga penukaran matawang.

MoneyMatch sedang membangunkan produk ketiga yang dinamakan MoneyMatch Transfer. MoneyMatch Transfer akan menjadi platform komunikasi digital peer-to-peer untuk pertukaran matawang. Ini akan membolehkan pengguna untuk memindahkan matawang ke dalam akaun bank di negara-negara yang berbeza secara elektronik. MoneyMatch Transfer dilancarkan sebagai portal web yang dibina menggunakan teknologi ‘back-end blockchain’.

Industri FinTech Di Malaysia Sangat Subur Dengan Semakin Banyak Syarikat Baru Ditubuhkan

Tidak dinafikan, masih ramai yang belum tahu tentang FinTech dan kebaikannya kepada pengguna. Memandangkan Malaysia merupakan pelopor bagi industri FinTech ini, maka sangat cerah untuk Malaysia menjadi hab di Asia Tenggara. Kita perlu lebih banyak belajar lagi tentang industri FinTech ini, terutamanya mengenai kebaikan dan keburukannya.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA