7 Tips Menabung Untuk Pasangan Suami Isteri

Telah terbukti bahawa semakin banyak pasangan suami isteri bergaduh mengenai kewangan yang berakhir dengan perceraian. Cara paling mudah untuk berhenti bergaduh mengenai kewangan adalah dengan memastikan kita mempunyai wang yang mencukupi.

Bagi mengelakkan kita mengalami situasi kewangan yang tertekan, jom kita lihat 7 tips menabung untuk pasangan suami isteri yang boleh dijadikan sebagai panduan kita bersama.

1. Perlu Mempunyai Matlamat

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh suami isteri dalam menabung adalah dengan mempunyai matlamat yang sama. Jika masing-masing tiada matlamat, akan timbul masalah. Nak simpan berapa setiap bulan pun tak jelas, berapa sasaran yang nak dikumpulkan dalam masa setahun, 5 tahun, 10 tahun; pun tak jelas.

Oleh itu, tetapkan target simpanan ini terlebih dahulu.

2. Kedua-duanya Perlu Berjimat

Photo by Pixabay from Pexels

Bagi memastikan tabungan suami isteri menjadi lebih efisien, kedua-duanya haruslah berjimat-cermat. Jangan boros membeli barang yang tidak penting, dahulukan mana yang diperlukan.

Sekiranya kita ada barang yang tidak diperlukan, boleh juga menjualnya dan wang hasil jualan tersebut dimasukkan ke dalam tabung simpanan.

3. Hadkan Makan Di Luar Rumah

Seperti yang kita ketahui, makanan di luar rumah seperti di restoran, kedai mamak dan sebagainya akan memerlukan kos yang banyak. Kalau sekali sebulan takpe lagi, kalau hari-hari nak makan di kedai banyak juga belanja nanti.

Apa kata kita dan pasangan masak setiap hari? Bawa bekal ke tempat kerja bersama-sama. Ianya bukan saja dapat menjimatkan wang, ia juga dapat merapatkan hubungan.

4. Elakkan Hutang Jahat

Photo by Pixabay from Pexels

Seterusnya, tips menabung untuk pasangan suami isteri adalah dengan mengelakkan daripada mengambil hutangjahat. Musuh terbesar dalam menabung adalah hutang dengan kadar faedah yang tinggi seperti hutang kad kredit dan hutang pembiayaan peribadi (personal loan).

Oleh itu, belanjalah ikut kemampuan. Kalau nak sesuatu, kita perlu menyimpan dan berjimat untuk membelinya. Bukan dengan cara swipe dan bayar hanya minima setiap bulan.

5. Tak Dapat Simpan Banyak, Simpanlah Sikit-Sikit

Jika kita dah mempunyai sasaran untuk menyimpan setiap bulan, namun ada kalanya kita tidak dapat mencapai target tersebut, maka teruskan juga menyimpan walaupun sedikit.

Kerana dengan yang sedikit inilah, ianya akan jadi bukit satu hari nanti.

6. Buat Catatan Perbelanjaan

Image by Сергей Игнацевич from Pixabay

Kita sepatutnya ada membuat catatan bagi setiap perbelanjaan bersama-sama. Dengan mencatat perbelanjaan, ia akan membuatkan kita lebih berdisiplin dalam berbelanja.

Semak perbelanjaan kita dan pasangan setiap bulan untuk melihat sama ada kita ada membuat pembaziran atau tidak. Sekurang-kurangnya dengan mencatat duit keluar, kita tahu di mana kita membelanjakan duit kita setiap bulan.

7. Menyelesaikan Masalah Bersama

Menyelesaikan masalah bersama sangat diperlukan terutamanya jika kita berdua bekerja dan mempunyai pendapatan tetap masing-masing. Sekiranya salah seorang daripada kita tidak dapat membayar komitmen pada bulan tersebut, maka seorang lagi boleh memberikan pertolongan.

Atau ada bulan kita short, maka pasangan kita boleh tolong cover untuk kita pada bulan tersebut.

Kesimpulannya, disiplin yang tinggi diperlukan bagi memastikan kita mencapai sasaran yang diimpikan. Ada yang ingin beli rumah, ada yang ingin beli perabot, ada yang ingin buat persiapan menyambut cahaya mata, dan bermacam-macam lagi.

Oleh itu, kerjasama kedua-dua pihak diperlukan bagi memastikan ianya berjaya dan mendatangkan hasil buat kita bersama.

Sumber Rujukan:

Asingkan sedikit pendapatan anda dan tukarkan kepada bentuk emas. Kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan emas. Tak perlu 1 gram pun, minimum 0.25 gram.

Boleh mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM65 (berdasarkan harga emas RM260 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

  • Layari laman web KAB Gold
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Verify emel

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rawatan Gigi Yang Mana Tidak Boleh Dituntut Sebagai Pelepasan Cukai?

Ramai yang tidak tahu bahawa kos rawatan pergigian sebenarnya boleh dituntut sebagai pelepasan cukai pendapatan.

Bukan setakat rawatan hospital, pemeriksaan kesihatan atau pembelian ubat-ubatan tertentu. Rawatan gigi seperti scaling, tampalan dan cabutan gigi juga termasuk dalam senarai perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai.

Pelepasan cukai bukan bermaksud kita boleh tuntut semula wang yang dibayar kepada klinik gigi. Sebaliknya, perbelanjaan yang layak akan ditolak daripada pendapatan agregat bagi mengira pendapatan bercukai.

Untuk Tahun Taksiran 2026, pembayar cukai boleh menuntut pelepasan sehingga RM1,000 bagi pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Tetapi tidak semua rawatan gigi layak dituntut.

Ada yang pergi klinik gigi untuk scaling, tampalan, cabutan gigi dan pemeriksaan rutin. Ada juga yang memasang braces, membuat veneer atau menjalani rawatan pemutihan gigi.

Persoalannya, adakah semua perbelanjaan ini boleh dimasukkan dalam e-Filing?

Jawapannya, tidak.

Jom kita lihat rawatan pergigian yang perlu diberi perhatian sebelum membuat tuntutan pelepasan cukai.

1. Pemutihan gigi (Teeth Whitening)

Rawatan pemutihan gigi bertujuan menjadikan gigi kelihatan lebih putih dan menarik.

Ia lazimnya dikategorikan sebagai rawatan kosmetik dan bukannya rawatan pergigian untuk tujuan kesihatan.

Oleh itu, kos pemutihan gigi tidak boleh dituntut sebagai pelepasan cukai.

2. Pemasangan Veneer

Veneer ialah lapisan nipis yang dipasang pada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki warna, bentuk atau penampilan gigi.

Walaupun dilakukan oleh doktor gigi, rawatan ini lazimnya bersifat kosmetik.

Jadi, jangan anggap semua rawatan yang dilakukan di klinik pergigian secara automatik layak mendapat pelepasan cukai.

3. Rawatan Kosmetik Pergigian

Antara rawatan lain yang bertujuan semata-mata untuk memperbaiki penampilan gigi juga perlu diberi perhatian.

Contohnya:

  • Pembentukan semula gigi untuk tujuan kosmetik.
  • Rawatan estetik untuk memperbaiki senyuman.
  • Prosedur kosmetik yang tidak mempunyai indikasi perubatan.

Prinsipnya mudah: rawatan kosmetik semata-mata tidak termasuk dalam skop pelepasan rawatan pergigian.

4. Bagaimana pula dengan pemasangan pendakap gigi (braces)?

Ini antara perkara yang sering mengelirukan pembayar cukai.

Braces atau pendakap gigi digunakan untuk membetulkan kedudukan gigi dan masalah gigitan.

Walaupun rawatan ini dilakukan oleh pakar ortodontik, jangan terus menganggap kos pemasangan braces layak mendapat pelepasan cukai.

Ketetapan Umum LHDN tidak menyenaraikan braces secara khusus sebagai rawatan yang layak.

Jika rawatan mempunyai keperluan klinikal atau perubatan, dapatkan pengesahan LHDN berdasarkan keadaan sebenar rawatan sebelum membuat tuntutan.

Rawatan gigi apa yang boleh dituntut?

Antara rawatan pergigian yang termasuk dalam skop pelepasan cukai ialah:

  • Pemeriksaan pergigian.
  • Scaling dan pembersihan karang gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Cabutan gigi.

Rawatan tersebut mestilah dilakukan oleh pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan disokong dengan resit rasmi.

Boleh tuntut untuk isteri dan anak-anak?

Ya sudah tentu!

Di bawah perenggan 46(1)(g)(iv), Akta Cukai Pendapatan 1967, pembayar cukai layak menuntut pelepasan bagi perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk:

  • Diri sendiri.
  • Suami atau isteri.
  • Anak-anak.

Pelepasan yang dibenarkan adalah terhad kepada RM1,000 secara terkumpul, bukannya RM1,000 untuk setiap individu.

Contohnya:

Anda membelanjakan RM500 untuk scaling dan tampalan gigi sendiri, RM400 untuk rawatan gigi isteri dan RM300 untuk rawatan gigi anak.

Jumlah perbelanjaan ialah RM1,200.

Namun, jumlah maksimum yang boleh dituntut hanyalah RM1,000.

Bagaimana pula rawatan gigi untuk ibu bapa?

Ini lebih menarik.

Rawatan pergigian ibu bapa dan datuk nenek mempunyai kategori pelepasan cukai yang berbeza.

Di bawah perenggan 46(1)(c) Akta Cukai Pendapatan 1967, perbelanjaan rawatan perubatan dan pergigian ibu bapa serta datuk nenek boleh dituntut sehingga RM8,000 setahun. Ibu bapa atau datuk nenek hendaklah bermastautin di Malaysia.

Antara rawatan yang dinyatakan termasuk:

  • Cabutan gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Scaling.
  • Gigi palsu.
  • Rawatan akar (root canal).
  • Rawatan menggantikan gigi.
  • Pembaikan gigi.

Had RM8,000 ini dikongsi dengan perbelanjaan perubatan lain yang layak untuk ibu bapa dan datuk nenek.

Jangan lupa simpan resit!

Sebelum meninggalkan klinik pergigian, pastikan anda mendapatkan resit rasmi yang menyatakan jenis rawatan yang dilakukan.

Pastikan juga maklumat klinik atau doktor gigi dapat dikenal pasti.

Simpan semua resit dan dokumen sokongan selama tujuh tahun kerana LHDN boleh meminta dokumen tersebut sekiranya tuntutan dipilih untuk semakan atau audit.

Satu lagi perkara penting: jika kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan atau syarikat (klinik panel), jangan tuntut semula perbelanjaan yang sama sebagai pelepasan cukai individu.

Bila tarikh akhir untuk mendapatkan pelepasan cukai?

Perbelanjaan yang dibuat dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026 akan diambil kira untuk Tahun Taksiran 2026.

Maksudnya, jika anda memang bercadang untuk membuat pemeriksaan atau rawatan gigi, jangan tangguh sehingga tahun hadapan.

Pergi buat pemeriksaan. Kalau ada karang gigi, buat scaling. Kalau ada gigi berlubang, buat tampalan sebelum masalah menjadi lebih serius.

Ajak sekali pasangan dan anak-anak. Jangan lupa periksa keadaan gigi ibu bapa juga.

Kesimpulannya, pelepasan cukai bukan alasan untuk berbelanja secara berlebihan. Tetapi kalau memang ada keperluan rawatan, manfaatkan pelepasan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Jaga kesihatan gigi, jaga poket dan jangan biarkan pelepasan cukai yang layak dituntut begitu sahaja.

Sumber: Ketetapan Umum No. 7/2025, Pencukaian Individu Bermastautin Bahagian I – Hadiah atau Sumbangan dan Potongan yang Dibenarkan.