Apa Itu Macau Scam Dan Cara Untuk Elak Jadi Mangsa Penipuan

Ramai orang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan Macau Scam ini. Ada juga yang ingatkan Macau Scam ini sebenarnya sama dengan pengubahan wang haram (money laundering).

Menurut PDRM, sindiket penipuan yang dipanggil Macau Scam didalangi oleh penduduk tempatan dan warga asing yang cuba memperdaya mangsa mereka dengan membuat panggilan mengatakan bahawa mereka daripada institusi kewangan.

Ia biasanya dilakukan menggunakan talian antarabangsa dari lokasi seperti China, Taiwan, Hong Kong dan ada juga dari dalam negara. Nama Macau Scam, tapi sebenarnya ada juga yang berpangkalan di Malaysia.

Mereka kemudiannya akan berusaha untuk memperdaya dan memerangkap mangsa.

Modus Operandi Macau Scam

This image has an empty alt attribute; its file name is 12308058_1080328845310755_1441644960449912663_o-700x438.jpg
Kredit: Facebook PDRM

Mereka mempunyai beberapa cara atau modus operandi untuk menipu mangsa. Ada yang mengatakan bahawa mereka telah menculik seseorang yang kita kenal dan meminta wang tebusan, penipuan cabutan bertuah, menyamar menjadi pegawai bank dan juga pegawai kerajaan.

Melalui modus operandi ini mereka kemudian akan berusaha mendapatkan maklumat peribadi kitaseperti nombor akaun kad debit dan sebagainya. Mangsa kemudian akan menyalurkan semua maklumat mereka termasuklah maklumat kewangan dan akhirnya memindahkan duit kepada akaun penipu tadi.

Cara Elakkan Diri Daripada Menjadi Mangsa Macau Scam

Image by Free-Photos from Pixabay

Justeru, apa yang harus kita lakukan sekiranya menghadapi situasi seperti ini? Pertama sekali, jangan panik dan jangan sesekali ikut arahan daripada mereka. Kita perlu terus membuat laporan kepada pihak polis atau institusi kewangan yang berkaitan.

Jangan cuba untuk menelefon semula nombor telefon yang kita terima tersebut sebaliknya menghubungi nombor rasmi organisasi yang berkaitan. Kita juga tidak sepatutnya mendedahkan sebarang maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun bank, nombor pin, kad kredit dan bermacam-macam lagi.

Akhir kata, kita haruslah mengambil serius mengenai perkara ini agar dapat bersama-sama membasmi jenayah penipuan scammer agar mereka tidak bermaharajalela dan berupaya menipu orang lain lagi.

Laporkan terus mengenai sindiket penipuan ini kepada pihak yang berwajib agar pihak yang terlibat dapat ditangkap. Ayuh bersama kita membanteras Macau Scam ini!

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA