Perceraian Jeff Bezos Berkemungkinan Memberi Impak Kepada Harga Saham Dan Hala Tuju Syarikat Amazon

Tahun ini  baru sahaja bermula yang mana tidak sampai sebulan pun lagi, Wall Street dikejutkan dengan berita orang terkaya di dunia iatu Jeff Bezos telah mengumumkan untuk bercerai dengan isterinya MacKenzie Bezos. Pasangan itu telah hidup bersama selama 25 tahun dan dikurniakan 3 orang cahaya mata dan seorang anak angkat.

MacKenzie Bezos merupakan seorang novelist dan juga seorang akauntan pertama untuk Syarikat Amazon pada awal penubuhan syarikat tersebut. Perceraian ini mengejutkan dunia saham kerana Amazon merupakan salah sebuah syarikat terbesar di dunia daripada segi Market Capitilization. Jeff Bezos yang mengumumkan perceraian tersebut kepada umum melalui Twitternya pada 9 Januari 2019 yang lalu.

Persoalan yang pertama muncul dalam benak pemikiran pelabur adalah adakah saham Amazon akan turut terkena tempias akibat pengumuman oleh Jeff Bezos ini. Nilai saham secara asasnya bergantung kepada fundemental analisis yang boleh kita dapati melalui laporan tahunan syarikat.

Selain daripada itu juga, ia boleh bergantung kepada skandal atau pengumuman yang dilakukan oleh ketua pengawai eksekutif (CEO) sesebuah syarikat. Ini kerana pengaruh yang dimiliki oleh CEO dapat membawa nilai perubahan kepada syarikat yang diuruskan. Baik atau buruk peristiwa yang menimpa kepada CEO, pastinya akan menetukan hala tuju syarikat terbabit.

Disebabkan oleh perceraian ini, ramai penganalisa saham berpendapat, MacKenzie Bezos mempunyai hak untuk memiliki separuh daripada saham Amazon yang dimiliki oleh Jeff Bezos. Ianya adalah sebanyak 80 juta unit saham atau 16% pegangan yang bernilai $137 bilion USD (mengikut pengiraan yang dilakukan oleh Bloomberg’s Billionaires Index).

Mengikut undang-undang termaktub Negeri Washington yang merupakan tempat tinggal pasangan terbabit,harta yang dimiliki oleh Jeff Bezos turut dimiliki oleh bekas isterinya itu melainkan pasangan terbabit telah membuat perjanjian sebelum perkahwinan mengenai hak perkongsian pemilikan syarikat.

Equitable Distribution yang mana pihak makhamah akan membahagikan harta berdasarkan usaha masing-masing manakala Community Property pula mahkhamah membahagikan harga secara sama rata

Apa yang menarik mengenai undang undang yang termaktub di dalam Negeri Washington ini, walaupun MacKenzie Bezos tidak terlibat sama dalam penubuhan Amazon tetapi haknya untuk memdapat harta sepencarian daripada Jeff Bezos adalah dibenarkan. Ini adalah disebabkan di atas alasan isterinya itu telah menjaga dan membersarkan anak-anak mereka, lalu membolehkan Jeff Bezos memfokuskan kerjanya untuk perkembangan Amazon.

Disebabkan undang–undang tersebut, ramai pelabur yang memegang saham Amazon ini turut mengikuti perkembangan yang sedang berlaku dalam syarikat tersebut. Sedikit sebanyak perceraian Jeff Bezos dengan isterinya akan menggangu pergerakan harga saham Amazon yang merupakan syarikat yang sedang berkembang dengan baik dalam pasaran Wall Street. Ada juga sesetengah penganalisis berpendapat Jeff Bezos akan cuba menyelesaikan permasalahan rumah tangga beliau yang sedang berlaku tanpa melibatkan kepentingan Syarikat Amazon itu sendiri.

Salah seorang Pengerusi Hedge Fund yang bernama Doug Kass daripada Seabreeze Partners yang menguruskan dana sebanyak $7.5 bilion USD telah menjual keseluruhan saham Amazon yang dimilikinya setelah sebulan sahaja memegang saham tersebut akibat kebimbangan tercetusnya isu ini yang mungkin akan merugikan wang pelaburan di bawah pengurusan beliau.

Jika  bekas isterinya mempunyai separuh saham daripada pegangan Jeff Bezos terhadap Amazon iatu sebanyak 8%,bekas isterinya itu mampu untuk bersuara dan sedikit sebanyak boleh mempengaruhi hala tuju syarikat terbabit dan perkara ini akan meresahkan para pemegang saham Amazon.

Para pelabur juga turut bimbang dengan keadaan Jeff Bezos yang mungkin terkesan dengan peristiwa perceraian ini, yang mungkin menyebabkan beliau hilang fokus terhadap hala tuju perkembangan Syarikat Amazon. Apakah nasib yang akan menimpa syarikat e-Commerce, penyediaan perkhidmatan simpanan awam terbesar dunia dan merupakan syarikat pengiklanan ketiga terbesar selepas Google dan Facebook selepas ini?

Sumber Rujukan:

1. https://nypost.com/2019/01/10/bezos-divorce-has-amazon-shareholders-wondering-whats-next/

2. https://www.cnbc.com/2019/01/09/bezos-divorce-possible-impact-on-amazon-shareholders.html

3. https://www.cnbc.com/2019/01/10/reuters-america-update-3-investors-ask-how-the-bezos-divorce-will-affect-amazon.html

4. https://www.businessinsider.com/amazon-shareholders-face-two-big-risks-from-jeff-bezos-divorce-2019-1/

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.