Apa Yang Menyebabkan Intel Berada Di Ambang Kejatuhan?

Syarikat Intel merupakan syarikat yang tidak asing lagi bagi pengguna komputer. Syarikat yang sangat terkenal sehingga berjaya mendominasi pengeluaran cip komputer pada awal abad ke-21.

Syarikat Intel telah menghasilkan cip yang terbaik sehinggakan tiada satu syarikat pun yang mampu menandingi kehebatan cip keluaran syarikat tersebut.

Walaupun cip buatan Intel ini lebih mahal daripada pesaing mereka yang lain, itu tidak menjadi alasan bagi pelanggan yang mementingkan prestasi untuk menggunakan cip Intel untuk komputer mereka. TrademarkIntel Inside” merupakan tagline yang sungguh memukau dan menjadi kebanggaan pengguna cip tersebut pada waktu tersebut.

Kini, semuanya tinggal kenangan dan tidak lagi menjadi wow factor kepada pengguna cip tersebut kerana tagline yang paling sesuai untuk Intel pada waktu sekarang adalah “Intel In Trouble” dengan situasi yang berlaku hari ini.

Semuanya bermula dengan teknologi cip telefon pintar yang membanjiri pasaran. Ketika telefon pintar pertama dibagunkan oleh iPhone dan Android, pengeluar telefon tidak menggunakan cip buatan Intel kerana pada masa tersebut, Intel lebih fokus kepada cip komputer.

Steve Jobs yang pada ketika itu meminta supaya Intel membangunkan cip untuk iPhone tetapi CEO Intel pada ketika itu telah menolak cadangan Steve Jobs kerana dia tidak percaya bahawa telefon pintar dapat dijual sedangkan cip untuk telefon pintar mempunyai margin keuntungan yang rendah.

Ketika era telefon pintar mula berkembang dengan pesat, syarikat yang menyediakan cip untuk telefon pintar iaitu ARM menjadi pilihan mereka kerana teknologi yang ditawarkan adalah bersifat terbuka.

Intel yang  mula mengambil serius untuk membangunkan cip untuk telefon pintar Android apabila mereka menyedari bahawa pasaran komputer telah ditenggelami oleh tablet seperti iPad. Kebanyakan tablet yang ada di pasaran tidak menggunakan cip dari Intel.

Mereka yang mula memasuki pembuatan cip telefon pintar pada tahun 2010 dan mulai serius pada tahun 2013 tetapi malangnya cip yang dibangunkan Intel tidak menepati piawaian pengeluar telefon pintar. Masalah yang membelenggu cip buatan ini adalah cip tersebut cepat panas dan menggunakan kuasa yang terlalu banyak berbanding dengan cip yang dibangunkan ARM.

Akhirnya pada tahun 2016, Intel telah memberhentikan penyelidikan terhadap cip telefon pintar kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat pembuatan cip yang lain walaupun telah menghabiskan sebanyak $10 bilion.

Intel juga dilihat semakin terkebelakang di dalam penghasilan cip komputer apabila Syarikat AMD kini mampu membangunkan teknologi yang tidak mampu dikejar oleh Intel dan dapat menjual dengan harga yang lebih murah.

Dengan cip Ryzen yang dibangunkan AMD, ia telah menjadi pilihan utama orang ramai terutamanya kaki gamers kerana teknologi yang ditawarkan.

Kredit Gambar: AMD

Intel telah lambat membangunkan cip 10nm sedangkan mereka telah berjanji bahawa cip tersebut akan berada di pasaran pada tahun 2016. Malangnya mereka tidak berjaya memenuhi janji tersebut sedangkan syarikat pesaing mereka telah berjaya membangunkan cip yang bersaiz 10nm pada ketika itu.

Kesan daripada peristiwa tersebut, Apple telah memutuskan kerjasama dengan Intel pada pertengahan tahun ini kerana Intel telah membawa imej yang negatif terhadap produk Apple.

Sebagai contoh iMac Pro keluaran 2016, telah menjadi igauan ngeri kepada pengguna Apple kerana menghadapi masalah cepat panas akibat menggunakan cip bersaiz 14 nm sedangkan Apple telah merekabentuk komputer riba itu yang sepatunya menggunakan cip bersaiz 10nm.

Kini Intel berada di dalam fasa survival dan sekiranya langkah drastik tidak diambil, tidak mustahil Intel akan berdepan dengan keadaan yang amat sukar.

Sumber rujukan:

Harga Saham Intel Jatuh 10% Dalam Masa Setahun

Sumber: Trading View

Harga saham syarikat Intel yang didagangkan di pasaran saham Nasdaq di Amerika Syarikat, telah jatuh sebanyak 10% berbanding dengan awal tahun 2020.

Pada bulan Februari harga saham hampir mencecah USD70, tapi kini ianya berada di paras USD53 saja.

Bagi mereka yang terlepas menonton webinar ‘Dari Malaysia Ke Wall Street’ yang lalu, Tuan Mukhriz ada hadiah untuk kita semua. Kalau nak watchlist saham-saham Amerika Syarikat beliau yang mantap, klik sekarang untuk mendapatkannya.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA