Helah Psikologi Duit: Decoy Effect

Strategi pemasaran yang berkesan adalah strategi yang mampu mempengaruhi pengguna dan pembeli. Pernah dengar tak teori Decoy Effect?

Teori ini mampu mengubah persepsi dan keinginan kita sebagai pembeli.

Apa Sebenarnya Teori Decoy Effect?

Kredit: Starbucks

“Bang, tambah seringgit je dapat yang besar”

Pernah terkena macam ni? Kopi bersaiz kecil berharga RM9. Kopi bersaiz sederhana berharga RM14 dan yang paling besar RM15. Kita sebagai pembeli akan beli yang mana satu?

Sekarang, bayangkan kalau tiada kopi bersaiz besar tadi? Yang manakah akan menjadi pilihan kita?

Biasanya, kita sebagai pembeli akan terpengaruh membeli saiz yang paling besar dan yang lebih mahal. Ini kerana harganya cuma berbeza sedikit dengan saiz sederhana.

Namun, jika hanya ditawarkan dua pilihan, pastinya kita akan lebih bersederhana semasa membeli dan lebih mudah membuat pilihan. Kalau tidak cukup duit, boleh beli yang kecil. Kalau ada duit lebih, boleh beli yang besar.

Pilihan ketiga iaitu pilihan kopi bersaiz besar itu adalah perangkap untuk kita supaya membeli yang paling besar dan mahal. Beza harga pula hanyalah RM1. Kita pasti berfikir dengan tambah sedikit duit boleh dapat yang lebih banyak.

Siapa yang tidak mahu saiz yang lebih besar dengan harga RM1? Persoalannya sekarang adalah, adakah kita memang hendak minum banyak? Adakah kita mampu menghabiskannya?

Terbeli Produk Yang Mahal

Gambaran di atas adalah contoh Decoy Effect. Ia adalah satu strategi secara psikologi untuk membuat kita sebagai pembeli, membeli produk yang mahal.

Produk bersaiz kecil dan sederhana itu adalah “decoy” iaitu umpan semata-mata, agar kita membeli produk yang lebih besar dan menguntungkan penjual. Kita seolah-olah dipaksa membeli produk yang mahal dan berbelanja lebih banyak tanpa kita sedar.

Image by Ranjat M from Pixabay

Antara contoh lain Decoy Effect adalah membeli satu baju berharga RM100. Jika beli dua, harganya RM150.

Kita pasti akan beli dua helai kerana sehelai lebih mahal daripada dua helai. Sedangkan pada awalnya, kita merancang hendak membeli sehelai baju saja.

Kesimpulannya, jika kita diberi pilihan yang sedikit, kita akan lebih mudah untuk membuat keputusan dan akan lebih berserderhana membuat pilihan. Semakin banyak pilihan, ianya akan membuatkan kita mengalami “choice overload”.

Ini akan membuatkan kita membuat keputusan yang tidak rasional. Kita sebagai pembeli biasanya akan membuat keputusan dengan dua kriteria iaitu harga dan kuantiti, tanpa memikirkan perkara lain seperti keperluan.

Kita sebagai pengguna yang bijak mestilah bersikap cermat dan teliti ketika membeli. Jangan membazir jika tidak diperlukan.

Ditulis oleh Abang Yazree Hazwan. Penulis merupakan seorang Eksekutif di sebuah syarikat penyelidikan pasaran di Malaysia. Mempunyai pengalaman dalam bidang insurans/reinsurans di syarikat reinsurans tempatan.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pemohon Pembiayaan Peribadi Lebih RM100,000 Wajib Hadiri Modul Pendidikan Kewangan – BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Pengguna yang memohon pinjaman peribadi melebihi RM100,000 perlu menghadiri dan melengkapkan modul pendidikan kewangan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Dalam dokumen dasar pembiayaan peribadi yang dikeluarkan di sini hari ini, bank pusat berkata syarat-syarat ini merupakan antara keperluan baharu yang ditetapkan oleh BNM.

Dokumen dasar itu bertujuan memperkenalkan amalan pembiayaan yang berhemah dan bertanggungjawab berhubung dengan penyediaan pembiayaan peribadi oleh penyedia perkhidmatan kewangan, di samping menggalakkan gelagat peminjaman yang bertanggungjawab dalam kalangan pengguna kewangan.

Ia juga untuk memastikan pelaporan yang jelas daripada penyedia perkhidmatan kewangan berhubung jangkaan sedia ada BNM mengenai penggunaan tempoh maksimum 10 tahun untuk pembiayaan yang ditawarkan di bawah produk pembiayaan rumah atau dijamin oleh harta tanpa halangan bagi kegunaan peribadi.

Ia juga melarang tawaran pembiayaan peribadi di mana caj faedah/keuntungan dikira menggunakan kaedah kadar rata dan/atau Peraturan 78 yang merujuk kepada kaedah pengiraan faedah/keuntungan.

Di samping itu, ia juga mengukuhkan jangkaan untuk penyedia perkhidmatan kewangan mendedahkan kadar faedah/keuntungan yang berkesan kepada pengguna kewangan.

Dengan persaingan yang sengit dalam pasaran kredit runcit, perubahan telah diperhatikan dalam amalan pemberian pinjaman oleh penyedia kredit dalam segmen pembiayaan peribadi, menurut gambaran keseluruhan dokumen dasar. Keadaan ini menyumbang kepada pinjaman yang tidak mampu ditanggung oleh isi rumah.

Apa yang menjadi kebimbangan utama adalah kemunculan produk pembiayaan baharu yang nampak seperti pinjaman mampu milik tetapi sebenarnya menggalakkan pengumpulan hutang yang tidak berhemah. Pengguna kewangan tidak mampu menanggungnya tanpa risiko kesulitan yang ketara sepanjang tempoh pembiayaan disebabkan kekurangan simpanan kewangan yang mencukupi.

Menurut dokumen itu, penyedia perkhidmatan kewangan dikehendaki menjalankan penilaian kesesuaian dan kemampuan membayar bagi setiap kemudahan pembiayaan baharu dan tambahan yang ditawarkan kepada pengguna kewangan, tetapi keperluan yang lebih khusus diperlukan untuk mencegah perkembangan tidak sihat dalam segmen pembiayaan peribadi.

Dokumen dasar ini terpakai kepada semua bank berlesen, bank Islam berlesen dan institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan, berkuat kuasa mulai hari ini.
— BERNAMA