Mana Penting? Beli Kereta Atau Rumah Dulu?

Hari ini ramai penulis dan penasihat kewangan yang menasihatkan orang ramai agar kumpul duit beli rumah dulu dan jangan beli kereta. Mereka kata rumah adalah aset dan kereta adalah liabiliti.

Hujah yang diutarakan ialah nilai pasaran rumah secara umum akan meningkat saban tahun manakala kereta akan susut nilai akibat daripada penggunaan kereta dan juga pengenalan kereta generasi baru dengan teknologi yang lebih canggih.

Pada pendapat penulis, kereta dan rumah boleh jadi aset menurut standard perakaunan yang digunapakai syarikat serata dunia. Walaupun kereta mempunyai susutnilai, kereta masih lagi menepati kriteria sebagai aset kerana boleh dijual untuk mendapatkan duit.

Namun persoalannya adalah yang mana lebih baik untuk anak muda, kereta atau rumah?

Jom kita belajar tentang satu perspektif yang lain iaitu ‘income producing asset’.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Income Producing Asset?

Income producing asset merupakan aset yang mampu menjana pendapatan secara konsisten. Contoh income producing asset adalah saham yang mampu memberikan dividen secara konsisten.

Sekiranya kita berniat untuk beli aset jenis ini, kita boleh memilih aset yang menjana paling banyak pendapatan bergantung pada pengurusan risiko masing-masing.

Non-income producing asset pula merupakan aset yang tidak memberikan pulangan pendapatan. Namun ia masih lagi diklasifikasikan sebagai aset kerana mempunyai nilai yang boleh ditukar menjadi duit.

Orang akan beli aset jenis ini kebiasaannya untuk mendapat manfaat daripada kos yang dikeluarkan. Sebagai contoh mesin air Coway dengan tiga fungsi air sejuk, suam dan panas untuk kegunaan di rumah.

Sekiranya kita berniat untuk beli aset jenis ini, dinasihatkan untuk beli aset dengan kos yang paling minimum. Mungkin boleh tunggu dan beli waktu ada diskaun atau ‘bulk order’ dengan kawan-kawan.

Adakah Kereta Dan Rumah Merupakan Income Producing Asset?

Jawapannya bergantung kepada situasi dan penggunaan aset tersebut.

Kereta mungkin boleh jadi income producing asset sekiranya digunakan untuk menjana pendapatan seperti perkhidmatan sewa kereta / e-hailing. Atau mungkin juga kereta sebagai satu keperluan untuk ke tempat kerja sebab tak ada pilihan lain.

Untuk meningkatkan pendapatan mungkin boleh gunakan kereta dengan bayaran bulanan yang minimum seperti kereta Bezza dan Iriz.

Rumah juga mungkin boleh jadi income producing asset sekiranya disewakan untuk mendapat positive cash flow daripada sewaan.

Kedua-duanya juga boleh menjadi non-income producing asset sekiranya digunakan untuk mendapat manfaat seperti kereta untuk kegunaan sendiri atau rumah untuk diduduki.

Tak salah beli non-income producing asset ini, cuma kena pastikan manfaat yang diperoleh lebih tinggi daripada kos yang ditanggung. Beli aset ini dengan kos yang minimum. Kalau nak lagi cepat kaya belilah income producing asset supaya senang kita di masa depan.

Jelas sekali ramai yang faham beli rumah lebih baik daripada menyewa rumah kerana bayaran bulanan digunakan untuk mengurangkan jumlah pembiayaan dan akhirnya rumah tersebut menjadi milik kita. Kalau kita menyewa, untunglah tuan rumah.

Masalahnya ramai orang muda bila mampu beli Perodua Bezza sahaja tapi pergi beli kereta Honda Civic. Sama juga kalau mampu beli rumah flat tapi pergi beli kondo. Mampu beli tapi tak mampu maintain, akhirnya hujung bulan makan nasi berlauk telur.

Jangan lupa hutang wajib dibayar, kalau tak mampu nanti macam mana nak bayar hutang.

Artikel ini ditulis oleh Mohd Arif Irfan, seorang juruaudit di salah sebuah firma audit di Malaysia. Beliau telah lulus kesemua kertas peperiksaan ACCA dan sedang mengutip pengalaman untuk menjadi akauntan bertauliah. Meminati bidang hartanah dan pelaburan serta rajin berkongsi ilmu di FB Arif Irfan.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pemohon Pembiayaan Peribadi Lebih RM100,000 Wajib Hadiri Modul Pendidikan Kewangan – BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Pengguna yang memohon pinjaman peribadi melebihi RM100,000 perlu menghadiri dan melengkapkan modul pendidikan kewangan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Dalam dokumen dasar pembiayaan peribadi yang dikeluarkan di sini hari ini, bank pusat berkata syarat-syarat ini merupakan antara keperluan baharu yang ditetapkan oleh BNM.

Dokumen dasar itu bertujuan memperkenalkan amalan pembiayaan yang berhemah dan bertanggungjawab berhubung dengan penyediaan pembiayaan peribadi oleh penyedia perkhidmatan kewangan, di samping menggalakkan gelagat peminjaman yang bertanggungjawab dalam kalangan pengguna kewangan.

Ia juga untuk memastikan pelaporan yang jelas daripada penyedia perkhidmatan kewangan berhubung jangkaan sedia ada BNM mengenai penggunaan tempoh maksimum 10 tahun untuk pembiayaan yang ditawarkan di bawah produk pembiayaan rumah atau dijamin oleh harta tanpa halangan bagi kegunaan peribadi.

Ia juga melarang tawaran pembiayaan peribadi di mana caj faedah/keuntungan dikira menggunakan kaedah kadar rata dan/atau Peraturan 78 yang merujuk kepada kaedah pengiraan faedah/keuntungan.

Di samping itu, ia juga mengukuhkan jangkaan untuk penyedia perkhidmatan kewangan mendedahkan kadar faedah/keuntungan yang berkesan kepada pengguna kewangan.

Dengan persaingan yang sengit dalam pasaran kredit runcit, perubahan telah diperhatikan dalam amalan pemberian pinjaman oleh penyedia kredit dalam segmen pembiayaan peribadi, menurut gambaran keseluruhan dokumen dasar. Keadaan ini menyumbang kepada pinjaman yang tidak mampu ditanggung oleh isi rumah.

Apa yang menjadi kebimbangan utama adalah kemunculan produk pembiayaan baharu yang nampak seperti pinjaman mampu milik tetapi sebenarnya menggalakkan pengumpulan hutang yang tidak berhemah. Pengguna kewangan tidak mampu menanggungnya tanpa risiko kesulitan yang ketara sepanjang tempoh pembiayaan disebabkan kekurangan simpanan kewangan yang mencukupi.

Menurut dokumen itu, penyedia perkhidmatan kewangan dikehendaki menjalankan penilaian kesesuaian dan kemampuan membayar bagi setiap kemudahan pembiayaan baharu dan tambahan yang ditawarkan kepada pengguna kewangan, tetapi keperluan yang lebih khusus diperlukan untuk mencegah perkembangan tidak sihat dalam segmen pembiayaan peribadi.

Dokumen dasar ini terpakai kepada semua bank berlesen, bank Islam berlesen dan institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan, berkuat kuasa mulai hari ini.
— BERNAMA