DigiCash, Wang Digital Pertama Yang Direkodkan Dalam Sejarah

David Lee Chaum, dilahirkan pada tahun 1955, merupakan seorang yang berkemahiran dalam sains komputer. Beliau seorang warganegara Amerika dan juga seorang Cryptographer. Beliau lebih dikenali sebagai pelopor kepada Cryptography Wang Maya dan pengasas kepada wang digital pertama, iaitu DigiCash.

Tak percaya? Fakta yang anda telah baca sekarang terbukti benar, Bitcoin bukanlah wang digital pertama.

DigiCash Inc. merupakan syarikat wang elektronik yang ditubuhkan oleh David Lee Chaum pada tahun 1989. Transaksi wang maya DigiCash sangat unik dan pertama kali wujud ketika itu dengan menggunakan cryptographic protocol, yang membolehkan seseorang individu menghantar wang elektronik (DigiCash) kepada individu lain tanpa mengetahui atau mengenali kedua-dua belah pihak.

Dalam erti yang lain, kedua-dua individu melakukan transaksi wang secara anonymously.

Pada asalnya, beliau menubuhkan wang elektronik untuk menyelesaikan masalah transaksi wang di negara Belanda melalui penggunaan teknologi protokol yang beliau bangunkan. Teknologi yang beliau cipta telah mencuri perhatian seluruh media massa.

Disebabkan populariti DigiCash pada masa itu meningkat naik secara mendadak, maka Microsoft Corporation telah menawarkan pembelian syarikat DigiCash Inc. Microsoft telah membuat penawaran harga sebanyak $180 juta dan merancang untuk menempatkan teknologi wang elektronik DigiCash, pada setiap penghasilan komputer mereka melalui operasi sistem Windows.

Walaubagaimanapun, David Lee Chaum dan syarikatnya menolak penawaran $180 juta dari Microsoft Corporationdan menerima pelawaan Netherland Central Bank, untuk memasukkan teknologi mereka ke dalam pelaksanaan kewangan monetari negara Belanda.

Sejurus kemudian, DigiCash diisytihar muflis pada tahun 1998 dan kemudiannya aset David Lee Chaum iaitu teknologi Ecash (elektronik cash) telah dijual kepada satu syarikat kewangan digital,  pada 19 Februari 2002.

DigiCash berkemungkinan mampu untuk diselamatkan jika menerima pelawaan Microsoft Corporation untuk mengguna pakai teknologi wang digital dan mampu untuk lebih berkembang ke seluruh dunia. Menurut David Lee Chaum pada sesi bual bicara pada tahun 1999, kegagalan teknologi dan projek yang dibangunkan oleh DigiCash adalah disebabkan mereka mendahului zaman penggunaan e-commerce (perdagangan elektronik), menyebabkan pengguna tidak menerima pakai idea yang mereka telah bangunkan.

Percayakah anda, disebabkan kelemahan dan kegagalan DigiCash pada masa lalu, telah melahirkan teknologi Blockchain yang dikenalkan oleh Satoshi Nakamoto ke dalam Bitcoin. Akhirnya, penggunaan Cryptocurrency telah berjaya dikembangkan kepada orang ramai.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pemohon Pembiayaan Peribadi Lebih RM100,000 Wajib Hadiri Modul Pendidikan Kewangan – BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Pengguna yang memohon pinjaman peribadi melebihi RM100,000 perlu menghadiri dan melengkapkan modul pendidikan kewangan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Dalam dokumen dasar pembiayaan peribadi yang dikeluarkan di sini hari ini, bank pusat berkata syarat-syarat ini merupakan antara keperluan baharu yang ditetapkan oleh BNM.

Dokumen dasar itu bertujuan memperkenalkan amalan pembiayaan yang berhemah dan bertanggungjawab berhubung dengan penyediaan pembiayaan peribadi oleh penyedia perkhidmatan kewangan, di samping menggalakkan gelagat peminjaman yang bertanggungjawab dalam kalangan pengguna kewangan.

Ia juga untuk memastikan pelaporan yang jelas daripada penyedia perkhidmatan kewangan berhubung jangkaan sedia ada BNM mengenai penggunaan tempoh maksimum 10 tahun untuk pembiayaan yang ditawarkan di bawah produk pembiayaan rumah atau dijamin oleh harta tanpa halangan bagi kegunaan peribadi.

Ia juga melarang tawaran pembiayaan peribadi di mana caj faedah/keuntungan dikira menggunakan kaedah kadar rata dan/atau Peraturan 78 yang merujuk kepada kaedah pengiraan faedah/keuntungan.

Di samping itu, ia juga mengukuhkan jangkaan untuk penyedia perkhidmatan kewangan mendedahkan kadar faedah/keuntungan yang berkesan kepada pengguna kewangan.

Dengan persaingan yang sengit dalam pasaran kredit runcit, perubahan telah diperhatikan dalam amalan pemberian pinjaman oleh penyedia kredit dalam segmen pembiayaan peribadi, menurut gambaran keseluruhan dokumen dasar. Keadaan ini menyumbang kepada pinjaman yang tidak mampu ditanggung oleh isi rumah.

Apa yang menjadi kebimbangan utama adalah kemunculan produk pembiayaan baharu yang nampak seperti pinjaman mampu milik tetapi sebenarnya menggalakkan pengumpulan hutang yang tidak berhemah. Pengguna kewangan tidak mampu menanggungnya tanpa risiko kesulitan yang ketara sepanjang tempoh pembiayaan disebabkan kekurangan simpanan kewangan yang mencukupi.

Menurut dokumen itu, penyedia perkhidmatan kewangan dikehendaki menjalankan penilaian kesesuaian dan kemampuan membayar bagi setiap kemudahan pembiayaan baharu dan tambahan yang ditawarkan kepada pengguna kewangan, tetapi keperluan yang lebih khusus diperlukan untuk mencegah perkembangan tidak sihat dalam segmen pembiayaan peribadi.

Dokumen dasar ini terpakai kepada semua bank berlesen, bank Islam berlesen dan institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan, berkuat kuasa mulai hari ini.
— BERNAMA