Facebook Berdepan Dengan Tindakan Saman Oleh Kerajaan Amerika Syarikat

Selepas Google menghadapi kes makhamah dengan kerajaan Amerika Syarikat kerana didakwa telah memonopoli agen carian internet di negara tersebut, Facebook juga tidak terlepas menghadapi perkara yang sama dengan The Federal Trade Commission (FTC).

Berbanding dengan Google, Facebook didakwa di atas tuduhan memonopoli media sosial di negara tersebut. Sebanyak 48 buah negeri di Amerika Syarikat turut mendakwa Facebook di atas kesalahan tersebut.

Baca : Google Disaman Kerajaan Amerika Syarikat Kerana Monopoli Carian Internet

Sebelum Google dan Facebook menghadapi masalah ini, Microsoft pernah menghadapi tuduhan yang sama pada tahun 1998.

Tuduhan Memonopoli Pasaran Media Sosial

Facebook kini merupakan gergasi media sosial yang terbesar di dunia buat masa sekarang. Facebook turut memiliki aplikasi WhatsApp dan Instagram yang mana jika digabungkan pengguna mereka di seluruh dunia, syarikat ini mempunyai seramai 2.2 bilion pengguna yang menggunakan aplikasi mereka setiap hari.

Kredit Gambar: NY Daily News

Facebook mula mencapai pengguna seramai 1 bilion pada tahun 2012 yang mana pada ketika itu, syarikat ini dipercayai ingin mengembangkan penguasaaan mereka di dalam media sosial. Facebook mengambil langkah yang drastik dengan membeli Instagram pada harga USD1 bilion apabila aplikasi tersebut menjadi kegilaan pengguna untuk berkongsi gambar di media sosial.

Untuk menambah kekuatan pegaruh di media sosial, Facebook telah membeli WhatsApp yang mana ketika itu mempunyai seramai 500 juta pengguna aktif. Ianya merupakan pembelian yang termahal pada ketika itu yang membabitkan wang sebanyak USD19.6 bilion.

Pembelian dua syarikat tersebut merupakan pembelian bukan sekadar untuk megukuhkan kedudukan Facebook di dalam dunia media sosial tetapi lebih kepada ingin memonopoli media sosial sedunia.

Facebook Dipercayai Menghapuskan Pesaing Mereka Secara Halus

Facebook didakwa menghapuskan pesaing mereka yang ingin terlibat di dalam media sosial. Kebanyakan app developer bergantung kepada Facebook untuk membuat aplikasi kerana laman sesawang itu mempunyai ramai pengguna yang aktif.

Oleh sebab yang demikian, para app developer terpaksa mengikuti syarat-syarat yang dikenakan oleh Facebook bagi membangunkan aplikasi mereka dengan berkesan.

Jika Facebook mengesan aplikasi yang dibangunkan oleh para app developer menyerupai dengan media sosial mereka, Facebook akan menenggelamkan aplikasi tersebut menggunakan data milik mana-mana platform milik Facebook.

Ini secara tidak langsung memaksa app developer untuk tidak sama sekali mencabar kekuasaan Facebook di dalam media sosial jika mahu aplikasi mereka digunakan bersama-sama di platform Facebook. Tindakan ini secara tidak langsung telah membunuh pesaing mereka.

Oleh kerana tindakan Facebook itu dilihat ingin menjaga pasaran dan memonopoli media sosial, sebanyak 48 negeri di Amerika Syarikat sebulat suara mahu Facebook menjual aplikasi WhatsApp dan juga Instagram bagi mengurangkan pengaruh mereka di dalam dunia media sosial yang dilihat semakin hari semakin bertambah kuat.

Facebook Nafi Memonopoli Media Sosial

Walaupun dilempar dengan tuduhan tersebut, Facebook menafi sekeras-kerasnya kerana mereka mendakwa tidak melakukan sebarang kesalahan di dalam operasi mereka. Bagi Facebook, mereka tidak memaksa mana-mana pihak menggunakan platform mereka dan orang ramai menggunakan platform mereka dengan rela hati.

Jadi tidak timbul pula masalah yang mengatakan bahawa mereka memonopoli pasaran media sosial kerana tiada unsur paksaan di dalam perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat tersebut kepada orang ramai.

Kredit Gambar: CNBC

Walaupun berdepan dengan tindakan saman, saham Facebook tetap berada dalam keadaan sideways dan tidak jatuh dengan mendadak kerana saham yang berkaitan dengan teknologi menjadi pilihan para pelabur ketika pandemik melanda dunia pada ketika ini.

Sumber Rujukan: New York Times

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.