Bro, Gaji Saya Cukup-Cukup Makan, Nak Kena Menyimpan Juga Ke?

“Simpanlah duit tu” mungkin nasihat klasik yang akan bertahan sepanjang zaman. Kebanyakan dari kita tahu bahawa ia adalah nasihat yang betul untuk diikut.

Namun, ramai daripada kita gagal nak buat.

“Ala…nantilah. Bila dah naik pangkat, duit dah banyak sikit aku simpanlah….”

Kalau Tak Mula Menyimpan Hari Ini, Bilanya Nak Mula?

Percayalah, kalau bertangguh buat simpanan, memang sampai bila-bila takkan mula.

Jika anda tidak boleh menyimpan sedikit pun semasa berpendapatan RM2,000, penulis yakin anda tidak akan berjaya menyimpan juga bila berpendapatan RM10,000!

Betul. Menyimpan sejumlah wang yang kecil tidak akan menjadikan anda kaya. Ini logik akal.

Pulak dah….

Jom kira: Jika anda memerlukan RM40,000 sebagai duit muka untuk rumah baru, dan hanya boleh simpan RM200 saja sebulan – maknanya anda perlukan 16 tahun untuk kumpul baru cukup.

Alamak, macam mana ni? 

Jadi Kenapa Perlu Menyimpan?

Sebab sebenar kita menyimpan bukan untuk menjadi kaya. Kita menyimpan supaya kita ada TABIAT kewangan yang baik.

Walaupun jumlah simpanan yang kecil, tetapi ia akan melakukan keajaiban untuk anda. Mungkin tidak akan menjadikan anda seorang jutawan – tetapi ia akan meletakkan anda di jalan yang benar: jalan kepada kewangan yang sihat.

Tak dapat simpan banyak tak apa, janji dapat simpan.  

Kalau tak mampu nak simpan RM1,000 sebulan, mulakan dgn RM100 sebulan.

Kalau tak mampu nak simpan RM100 sebulan, mulakan dengan RM10 sebulan.

Teruskan tabiat ini. 

Kemudian tingkatkan jumlah simpanan anda bila dah mula dapat pendapatan lebih.

Suatu hari nanti bila anda mula memiliki duit yang banyak, anda akan cukup kuat untuk menguruskan semua duit tadi dengan baik. 

Kembangkan duit tadi dengan melabur di tempat yang betul. Lepas tu baru boleh fikirkan untuk menjadi lebih bahagia.

Boleh baca di sini jika nak belajar tentang instrumen pelaburan yang betul dan patuh syariah.

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sistem e-Invois LHDN Capai 106,000 Pengguna, Nilai Transaksi Lebih RM675 Juta

PUTRAJAYA, 4 Nov (Bernama) – — Pelaksanaan Sistem e-Invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) terus menunjukkan pencapaian memberangsangkan apabila merekodkan lebih 106,000 pembayar cukai dengan transaksi berjumlah lebih RM675 juta, setakat ini.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata sistem itu merupakan langkah besar ke arah pendigitalan menyeluruh yang bukan sahaja meningkatkan kecekapan, tetapi turut memperkukuh ketelusan dan integriti sistem percukaian negara.

“Pelaksanaan e-Invois adalah satu langkah besar ke arah digitalisasi menyeluruh. Ia bukan sekadar memodenkan proses percukaian, tetapi juga membina keyakinan rakyat terhadap kecekapan serta ketelusan pentadbiran hasil negara,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Sambutan Hari Inovasi dan Integriti 2025 LHDN di Menara Hasil Cyberjaya, Selangor, yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin.

Pada masa sama, Lim turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga LHDN atas komitmen dan dedikasi dalam memastikan sistem percukaian negara terus berfungsi dengan cekap serta berintegriti.

Selain itu, beliau menyifatkan kejayaan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri (STS) duti setem yang akan bermula 1 Januari 2026 sebagai satu lagi bukti inovasi progresif LHDN.

Melalui sistem itu, pembayar duti diberi kepercayaan menaksir sendiri kadar dan amaun duti, sekali gus mempercepat urusan serta menjimatkan masa pelanggan.

Beliau juga menekankan bahawa nilai inovasi dan integriti perlu sentiasa digerakkan seiring bagi membentuk perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi dan dipercayai oleh rakyat.

“Inovasi tanpa integriti boleh membawa kepada penyalahgunaan manakala integriti tanpa inovasi boleh menyebabkan kita ketinggalan. LHDN telah membuktikan kedua-duanya boleh bergerak seiring dan berani mencuba perkara baharu sambil kekal berpaksikan nilai amanah dan tanggungjawab,” katanya.
— BERNAMA