Jamie Oliver, Chef Selebriti Yang Gagal Dalam Dunia Perniagaan Makanan

Bergelar selebriti dalam dunia hiburan merupakan satu pakej yang boleh membantu seseorang dalam dunia perniagaan. Ramai selebriti di Malaysia yang berjaya dalam dunia perniagaan mereka disebabkan status selebriti seperti Neelofa.

Walaupun begitu, ia bukanlah satu tiket untuk kejayaan di dalam dunia perniagaan. Perkara ini berlaku kepada chef selebriti yang paling terkenal di Britain iaitu Jamie Oliver.

Latar Belakang Jamie Oliver

Beliau merupakan seorang chef yang terkenal dengan memulakan kariernya di dalam bidang masakan barat terutamanya dalam masakan Itali. Semasa remaja, beliau telah berguru dengan Chef Itali yang terkenal iaitu Antonio Carluccio.

Jamie Oliver mula terkenal di era milenium ketika mempunyai rancangan masakanya yang tersendiri yang dikenali sebagai Naked Chef.

Rancangan masakannya itu mendapat tempat di kalangan rakyat Britain dan seterusnya di Eropah. Dari setahun ke setahun, namanya semakin terkenal di seluruh dunia dan menjadi seorang chef selebriti di peringkat dunia.

Dengan populariti yang dikecapinya, beliau telah membuka rangkaian restoran menggunakan namanya sendiri. Rangkaian restoran tersebut diberi nama Jamie’s Italian, Barbecoa dan Fifteen.

Kenapa Perniagaan Jamie Oliver Gagal?

Walaupun Jamie Oliver merupakan seorang selebriti yang sangat terkenal, ia tidak menjamin perniagaan yang dijalankannya itu berjaya. Perniagaan  restoran makanan yang dimulakan pada tahun 2008 mengalami masalah dan selepas satu dekad, rangkaian restorannya itu terpaksa ditutup.

Kredit Gambar : Express.UK

Terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan perkara ini terjadi. Salah satu daripadanya adalah pihak pengurusan yang mengurus rangkaian perniagaan restoran Jamie Oliver merupakan kaum kerabat dirinya sendiri yang kurang berpengalaman di dalam bidang perniagaan.

Selain itu juga, sekitar tahun 2105-2016 ada ura-ura mengenai Britain akan keluar daripada Kesatuan Eropah pada ketika itu. Ini menyebabkan mata wang Pound Sterling menjadi tidak stabil.

Peristiwa ini menyebabkan kos operasi rangkaian restoran Jamie Oliver turut meningkat di luar Britain.

Beliau juga berdepan kontroversi di mana secara terang-terangan menentang penggunaan gula berlebihan di dalam masakan kepada orang ramai. Jamie Oliver menggunakan pengaruhnya di dalam kempen tersebut untuk menyedarkan orang ramai mengenai bahaya gula.

Kredit Gambar: The Guardian

Apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila rangkaian restoran miliknya itu menjual pelbagai makanan yang mempunyai kandungan gula dan minyak yang tinggi. Tindakan yang dilakukan oleh Jamie Oliver itu dilihat sebagai hipokrit.

Akibat kegagalan dalam perniagaan ini, beliau telah kerugian lebih daripada USD100 juta.

Pengajaran Daripada Kegagalan Jamie Oliver

Walaupun berdepan dengan kegagalan, Jamie Oliver telah belajar banyak perkara. Beliau berkata kegagalan ini menjadi pengajaran yang sangat berguna untuk membina kariernya dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Mengikut CEO syarikat Jamie Oliver iaitu Jon Knight, sekiranya ingin berjaya dalam perniagaan berasaskan makanan, lokasi memainkan peranan yang sangat penting. Kebanyakan restoran Jamie Oliver ini berada di lokasi yang bukan menjadi tumpuan orang ramai.

Selain daripada itu, kita tidak perlu tergesa-gesa untuk mengembangkan perniagaan pada skala yang besar dalam tempoh yang singkat seperti yang berlaku kepada rangkaian restoran Jamie Oliver.

Keuntungan yang diperolehi oleh setiap restoran adalah lebih penting berbanding dengan jumlah restoran baru yang dibuka.

Sumber Rujukan:

Sesiapa yang rasa nak mulakan perubahan tetapi masih rasa kurang keyakinan diri. Rasa lemah semangat untuk bertindak. Rasa macam semua benda dia buat, tak menjadi. Penat buat kerja. Pernah rasa nak GIVE UP! Hampir BURN OUT!

Dapatkan buku “Percaya Sebelum Berjaya” Edisi Terkini. Apa bestnya buku ni?

InsyaAllah, Buku PSB ni telah terbukti membantu beribu pembacanya untuk:

🔥 Lebih bermotivasi untuk mengejar impian dan cita-cita

🔥 Lebih keyakinan untuk berhadapan dan mengatasi masalah yang menghalang impian tercapai

🔥 Lebih jelas bagaimana untuk mengatasi mental block yang menyebabkan usaha anda terbantut

🔥 Lebih konsisten dengan usaha dan tindakan agar pantas mencapai kejayaan.

🔥 Mencapai ketenangan yang luar biasa kerana mampu berdamai dengan kekecewaan demi kekecewaan

Dapatkannya sekarang di -> www.PercayaBerjaya.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pemohon Pembiayaan Peribadi Lebih RM100,000 Wajib Hadiri Modul Pendidikan Kewangan – BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Pengguna yang memohon pinjaman peribadi melebihi RM100,000 perlu menghadiri dan melengkapkan modul pendidikan kewangan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Dalam dokumen dasar pembiayaan peribadi yang dikeluarkan di sini hari ini, bank pusat berkata syarat-syarat ini merupakan antara keperluan baharu yang ditetapkan oleh BNM.

Dokumen dasar itu bertujuan memperkenalkan amalan pembiayaan yang berhemah dan bertanggungjawab berhubung dengan penyediaan pembiayaan peribadi oleh penyedia perkhidmatan kewangan, di samping menggalakkan gelagat peminjaman yang bertanggungjawab dalam kalangan pengguna kewangan.

Ia juga untuk memastikan pelaporan yang jelas daripada penyedia perkhidmatan kewangan berhubung jangkaan sedia ada BNM mengenai penggunaan tempoh maksimum 10 tahun untuk pembiayaan yang ditawarkan di bawah produk pembiayaan rumah atau dijamin oleh harta tanpa halangan bagi kegunaan peribadi.

Ia juga melarang tawaran pembiayaan peribadi di mana caj faedah/keuntungan dikira menggunakan kaedah kadar rata dan/atau Peraturan 78 yang merujuk kepada kaedah pengiraan faedah/keuntungan.

Di samping itu, ia juga mengukuhkan jangkaan untuk penyedia perkhidmatan kewangan mendedahkan kadar faedah/keuntungan yang berkesan kepada pengguna kewangan.

Dengan persaingan yang sengit dalam pasaran kredit runcit, perubahan telah diperhatikan dalam amalan pemberian pinjaman oleh penyedia kredit dalam segmen pembiayaan peribadi, menurut gambaran keseluruhan dokumen dasar. Keadaan ini menyumbang kepada pinjaman yang tidak mampu ditanggung oleh isi rumah.

Apa yang menjadi kebimbangan utama adalah kemunculan produk pembiayaan baharu yang nampak seperti pinjaman mampu milik tetapi sebenarnya menggalakkan pengumpulan hutang yang tidak berhemah. Pengguna kewangan tidak mampu menanggungnya tanpa risiko kesulitan yang ketara sepanjang tempoh pembiayaan disebabkan kekurangan simpanan kewangan yang mencukupi.

Menurut dokumen itu, penyedia perkhidmatan kewangan dikehendaki menjalankan penilaian kesesuaian dan kemampuan membayar bagi setiap kemudahan pembiayaan baharu dan tambahan yang ditawarkan kepada pengguna kewangan, tetapi keperluan yang lebih khusus diperlukan untuk mencegah perkembangan tidak sihat dalam segmen pembiayaan peribadi.

Dokumen dasar ini terpakai kepada semua bank berlesen, bank Islam berlesen dan institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan, berkuat kuasa mulai hari ini.
— BERNAMA