Jom Belajar Cara Nak Kira ‘Net Worth’ Diri Sendiri

Kalau kita baca di Majalah Forbes atau majalah bisnes yang lain, seringkali kita lihat ranking kekayaan individu berdasarkan ‘Net Worth’. 

Macam contoh di bawah senarai orang kaya di Malaysia mengikut Net Worth mereka di laman web Forbes:

Kredit Gambar: Forbes

Apa Itu Net Worth?

Bahasa mudahnya Net Worth adalah nilai kekayaan seseorang. Bahasa accounting pula adalah jumlah aset ditolak liabiliti, maka dapatlah nilai bersih kekayaan yang dimiliki.

Kalau kereta masih hutang, rumah hutang ia masih liabiliti dan milik bank sehingga sudah dilunaskan bayaran penuh. Aset lain seperti emas, dinar, wang tunai, pelaburan, pendapatan dari hasil sewa rumah, kenderaan, pegangan saham dalam syarikat, tanah, royalti, bisnes, nilai tunai terkini dalam takaful, dividen, bon, jenama diri, laman web, blog, harta warisan semua adalah aset peribadi.

Di sini kita boleh nilai Net Worth kita sendiri:

https://financialmentor.com/calculator/net-worth-calculator

Berapa Nilai Net Worth Ketika Umur 40?

Dari listenmoneymatters.com, nilai dicadangkan adalah $35,000 (minimum RM144, 000). Sasaran bagi mereka berumur 30 adalah mendapatkan total NetWorth dua kali gaji setahun pada usia 40. Contoh sekarang jumlah pendapatan kita adalah RM75, 000 setahun, pada usia 40 kita patut ada Net Worth sebanyak RM150,000.

Kenapa Net Worth Penting?

Macam kita nak beli saham, mesti tengok prestasi kewangan syarikat tengok balance sheet je dah boleh faham. Sama juga dengan pasangan kita, tak perlu lah tanya guna terma Net Worth, tanya saje apa hutang dia. Kalau hutang keliling pinggang, boleh jadi Net Worth beliau adalah negatif.

Kalau takde hutang belajar, hutang kad kredit, hutang perabot, hutang peribadi dan dia ada hutang rumah, kenderaan dan PTPTN saja, maka boleh dibawa bincang bersama dan boleh setel je. Sebab hutang ini bila dilangsaikan dan menjadi aset bernilai nanti.

Ini bermakna Net Worth adalah tersembunyi dan tidak dapat dilihat dari luaran, kena tulis secara terperinci baru tahu nilai bersih seseorang itu.

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA