Nak Pendidikan Dan Perkhidmatan Kesihatan Percuma? 3 Negara Ini Dah Buat

Siapa yang tak suka dengan benda percuma kan? Tapi kita kena ingat pepatah, “There’s no free lunch in this world”. Mesti ada ‘udang di sebalik batu’.

Memang boleh kita dapatkan pendidikan percuma, perkhidmatan kesihatan percuma dan banyak lagi benda lain secara percuma.

Negara-negara Scandinavia seperti Norway, Sweden dan Denmark dah pun memberinya secara percuma.

Photo by Jasper Gronewold on Unsplash

Tapi….

Mereka di Scandinavia:

  1. Harga makanan dan minuman lebih mahal (hampir setengah kali ganda lebih mahal berbanding negara-negara lain di Eropah)
  2. Cukai VAT setinggi 25% bagi semua barangan yang dibeli (hanya Hungary mempunyai kadar cukai yang lebih tinggi)
  3. Kadar cukai peribadi di Sweden lebih daripada 60%
  4. Kadar cukai peribadi di Denmark lebih daripada 55%
  5. Kadar cukai peribadi di Eropah secara puratanya adalah 40%
  6. Nak beli kereta di Denmark, kena bayar cukai 85% ke 150% di atas harga kereta

Contoh nak beli baju di Sweden:

  • Sehelai baju harganya $300 Swedish Kronor
  • 25% cukai VAT
  • 22% cukai pendapatan korporat
  • Cukai pendapatan pekerja
  • Cukai sewa kedai, cukai elektrik, cukai pembersihan

Maka, jika peniaga di Sweden nak buat untung, harga kenalah tinggi untuk cover cukai-cukai tersebut. Tapi banyak yang tak tahan dengan cukai yang tinggi ini.

IKEA yang berasal dari Sweden pun memindahkan HQ mereka ke Belanda. Sekarang syarikat IKEA dimiliki oleh syarikat Belanda, disebabkan cukai yang tinggi di Sweden.

Namun, ianya telah menjadikan ketiga-tiga negara Scandinavia iaitu Norway, Sweden dan Denmark sebagai negara ‘safe haven’. Iaitu negara yang stabil daripada segi politik dan keamanan rakyatnya.

Malah matawang Kronor yang digunakan ketiga-tiga negara ini kuat bertahan dan sering melawan arus.

Rakyat Scandinavia Paling Gembira Di Dunia

Photo by Mikita Karasiou on Unsplash

Di sebalik cukai yang tinggi, ianya dilaporkan bahawa rakyat Norway, Sweden dan Denmark adalah merupakan rakyat yang paling gembira di dunia! Hanya negara Finland yang mempunyai rakyat paling gembira di dalam carta, mengatasi Norway di tempat ke-2 dan Denmark di tempat ke-3 di dalam Laporan World Happiness Report tahun 2018.

Not bad, Malaysia di tempat ke 80.

Struktur cukai negara mereka adalah berdasarkan pendapatan individu dan bukannya pendapatan isi rumah, ditambah pula dengan cukai flat rate. Hasilnya adalah layanan yang saksama dapat diberi kepada semua warganegara.

Dengan membayar cukai yang tinggi, rakyat Scandinavia dapat pendidikan percuma, kadar penjagaan kanak-kanan yang rendah, perkhidmatan pengangkutan awam yang mantap dan perkhidmatan kesihatan yang percuma. Walaupun cukai yang tinggi, purata gaji mereka juga tinggi. Boleh rujuk laporan ini.

Kos Tinggi Berbaloi Dengan Kualiti Kehidupan Yang Tinggi

Walaupun barangan seperti makanan, minuman, pakaian, kereta dan macam-macam lagi adalah mahal disebabkan kadar cukai yang tinggi; namun ianya dilihat sebagai berbaloi jika dibandingkan dengan kualiti kehidupan mereka yang tinggi.

Nak pendidikan anak-anak kita percuma macam negara mereka? Kenalah bersedia untuk bayar cukai yang tinggi dan kos sara hidup yang tinggi.

Sumber Rujukan: Video CNBC

Why is Scandinavia so expensive? | CNBC Explains

Scandinavia has a reputation for being one of the most expensive regions to live in and visit. So why are prices, for everything from a jumper to a pastry, so high?

CNBC International 发布于 2019年12月23日周一

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Malaysia Perlu Sasaran Hasil Yang Tepat – Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) — Bank Dunia menyarankan objektif hasil yang tepat adalah perlu dalam menangani kutipan cukai Malaysia yang sepanjang tahun semakin berkurangan.

Ketua Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia, Dr Apurva Sanghi berkata kutipan cukai Malaysia telah menurun sejak beberapa tahun, mendorong kerajaan untuk memperkenalkan pelbagai langkah bagi meningkatkan hasil, termasuk Cukai Makmur sekali sahaja dan perubahan dalam kadar cukai pendapatan peribadi untuk kumpulan pendapatan yang lebih tinggi. 

Bagaimanapun, kekurangan objektif hasil tahunan telah memberi kesan kepada cukai yang dikutip.

“Kutipan cukai Malaysia dahulunya ialah 15 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Walaupun sasaran ini sepatutnya lebih tinggi, mungkin sekitar 20 peratus, iaitu purata kutipan ekonomi yang dibanding, saya percaya ia (15 peratus) akan menjadi penanda aras yang baik untuk menyasarkan kembali kepada apa yang Malaysia pernah kumpulkan,” katanya.

Apurva berkata demikian semasa taklimat media sempena dengan pelancaran Pemantauan Ekonomi Malaysia Bank Dunia bertemakan “Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundational Skills”.

Beliau menyatakan jumlah hasil kerajaan dijangka menurun kepada 15.6 peratus daripada KDNK tahun ini daripada 17.3 peratus yang dicatatkan tahun lepas.

“Hasil kerajaan Persekutuan dijangka menurun disebabkan pendapatan pelaburan berkaitan petroleum yang lebih rendah,” katanya.

Beliau juga menekankan bahawa perbelanjaan negara untuk subsidi berada pada tahap yang tinggi, kerana perbelanjaan subsidi untuk 2023 berjumlah 3.9 peratus daripada KDNK, manakala pada 2022, subsidi bahan api menyumbang 2.9 peratus daripada KDNK.

“Jika subsidi dikurangkan separuh, ia hanya mewakili 0.8 peratus daripada KDNK.

“Walaupun setiap pecahan KDNK adalah angka yang positif, ini menekankan betapa kritikalnya untuk melaksanakan strategi yang betul. Mengurangkan subsidi tidak akan mencukupi,” kata Apurva.

Bagi 2024, kerajaan mengunjurkan bahawa perbelanjaan subsidi akan menurun, dan bahagian perbelanjaan tegar akan terus meningkat.

“Perbelanjaan subsidi dan bantuan sosial dijangka menurun kepada 2.7 peratus daripada KDNK pada 2024 daripada 3.9 peratus pada 2023, terutamanya daripada subsidi bahan api yang lebih rendah,” katanya.

Beliau menyatakan perbelanjaan tegar, termasuk pembayaran berkaitan emolumen, pencen dan caj khidmat hutang, dijangka meningkat tahun ini dengan jumlah perbelanjaan kerajaan diunjurkan naik kepada 58.6 peratus daripada jumlah perbelanjaan mengurus pada 2024 (2023: 55.3 peratus).

Apurva turut menekankan bahawa nisbah khidmat hutang diunjurkan meningkat kepada 16.2 peratus daripada hasil kerajaan pada 2024 (2023: 14.7 peratus), lebih tinggi daripada had pentadbiran iaitu 15.0 peratus yang diamalkan oleh kerajaan.

— BERNAMA