Mata Wang Digital Harapan Coin Bakal Diperkenalkan Di Malaysia?

Sejak mengambil tampu pemerintahan, Pakatan Harapan baru saja membentangkan Belanjawan 2019 yang pertama buat negara Malaysia. Dan nampak gayanya, arus pembaharuan akan diperkenalkan dalam bentuk mata wang digital pula dengan adanya Harapan Coin ini. Bagi siapa yang nak tahu lebih lanjut, boleh baca Harapan Coin – Mata Wang Digital Pertama Dunia Untuk Kumpul Dana Pilihan Raya.

Menteri Wilayah Persekutuan, YB Khalid Abdul Samad katanya telah menyiapkan kertas kerja berkenaan Harapan Coin dan akan dibentangkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamad

Beliau berkata keputusan dan kelulusan daripada BNM dan mungkin mengambil masa yang lama, namun beliau tekad untuk terus-menerus menyokong projek tersebut. Sebuah badan kawal selia hendaklah ditubuhkan bagi memastikan projek tersebut tidak mudah dimanipulasi oleh pihak ketiga.

YB Khalid yang juga merupakan co-founder bagi projek tersebut, teknologi mata wang digital boleh digunakan untuk bayaran pelbagai transaksi pelesenan, bayaran saman dan banyak lagi; kepada badan kerajaan dan juga pihak swasta. Permintaan terhadap mata wang digital sudah pasti akan meningkat apabila adanya ruang untuk digunakan.

Beliau yang juga merupakan Ketua Komunikasi AMANAH, mungkin akan mencadangkan teknologi tersebut digunakan dalam pilihanraya parti yang katanya akan diadakan pada tahun depan.

Sumber Rujukan: New Straits Times

Patuh Syariah Ke Tak Harapan Coin?

Sehingga artikel ini ditulis, Harapan Coin belum dapat kelulusan dari Bank Negara.

Juga maaf, kami tidak mempunyai sebarang ilmu berkenaan mata wang digital dan samada ianya patuh Syariah atau pun tidak. Tapi jika kita rujuk kepada pandangan pakar kewangan Islam iaitu Dr Zaharuddin Abd Rahman sebelum ini, Bitcoin HARUS Untuk Melawan Inflasi Dan Jual Beli Barangan Sebenar.

Jadi adakah Harapan Coin ini bakal jadi mainstream lepas ni?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA