
Sub Topik
Mitos #1: “Tidak salah untuk mengambil pinjaman peribadi bagi pihak lain, seperti ahli keluarga atau kawan baik sendiri”
Meminjam dan memberi pinjaman kepada kaum keluarga atau teman-teman terdekat merupakan perkara yang biasa dalam hidup. Tetapi, meminjam wang daripada sebuah bank dan seterusnya meminjamkan wang tersebut kepada orang lain selalunya akan berakhir dengan tragedi. Sebagai permulaan, cuba anda cari tahu kenapa ahli keluarga atau kawan anda itu tidak dapat mengambil pinjaman dengan sendiri.Jika ia disebabkan oleh kreditnya yang tidak bagus, ini merupakan tanda buruk bagi anda. Walaupun niat anda sangat baik kerana ingin membantunya, anda akan dibebankan dengan hutang sekiranya dia tidak membayar semula pinjaman tersebut. Lebih teruk lagi, tidak membayar dengan sengaja akan memburukkan anda di mata bank, di mana ia boleh memberi kesan terhadap skor kredit anda yang boleh merosakkan peluang anda dalam mendapatkan pinjaman perumahan (sebagai contoh) untuk diri anda sendiri di masa akan datang.Mitos #2: “Pinjaman peribadi hanyalah untuk mereka yang bergaji atau berpendapatan tetap”
Umum mengetahui yang pihak pemberi pinjaman lebih menyukai golongan bergaji tetap dalam hal memberi pinjaman peribadi kerana peluang untuk mereka membayar balik pinjaman adalah lebih tinggi. Namun begitu, tidak semestinya golongan berpendapatan yang lain diabaikan.Malah, terdapat pelbagai bank di Malaysia yang menawarkan pelbagai pinjaman peribadi bagi mereka yang berpendapatan tidak tetap atau berdasarkan komisen. Terdapat juga sesetengah bank yang menawarkan pinjaman peribadi bagi golongan ekspatriat dengan syarat mereka melampirkan beberapa dokumen tambahan.Mitos #3: “Hanya dengan skor kredit yang baik akan melayakkan anda untuk mendapatkan pinjaman peribadi”

Mitos #4: “Mengambil pinjaman peribadi hanya akan lebih membebankan dalam jangka masa panjang”
Sebenarnya, mengambil sebarang jenis pinjaman juga akan menambahkan hutang anda. Tetapi apa yang membuatkan pinjaman peribadi sesuatu yang berguna ialah anda boleh menggunakannya bagi apa sahaja keperluan. Sama ada anda ingin mengubah suai rumah anda atau menyambung pelajaran, anda boleh menggunakan wang pinjaman peribadi tersebut.Anda juga boleh menggunakan wang tersebut untuk melangsaikan beberapa hutang yang menimbun. Contohnya, jika bil kad kredit anda semakin menggunung, anda boleh menggunakan pinjaman peribadi dengan kadar faedah yang rendah untuk membayar balik kesemua hutang tersebut, dan seterusnya hanya perlu membuat satu jenis pembayaran sahaja. Baca dengan lebih lanjut mengenai strategi-strategi mengurangkan hutang dalam artikel 5 Useful Tips to Become Debt-Free.Mitos #5: “Memohon pinjaman peribadi memakan terlalu banyak masa dan menyusahkan”
Dengan teknologi digital yang semakin berkembang pesat dalam sektor kewangan, perkara di atas tidak lagi benar. Anda tidak perlu lagi bersusah-payah pergi ke bank bagi melakukan sebarang jenis transaksi kewangan.Kini anda boleh memohon pinjaman peribadi dari rumah anda sama ada di peranti mudah-alih ataupun komputer anda. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah memuat naik beberapa salinan dokumen yang penting dan isi borang permohonan dalam talian. Lebih hebat lagi, terdapat beberapa pinjaman yang mempunyai tempoh kelulusan yang singkat, iaitu dalam 10-15 minit sahaja!Kesimpulannya, ramai di kalangan orang kita yang mudah percaya tentang sesuatu khabar angin apabila terlalu sering mendengarnya. Tetapi dengan sedikit usaha dalam mendapatkan kebenaran, ia akan dapat membantu anda, ini termasuklah khabar angin mengenai pinjaman peribadi, di mana dengan mengetahui kebenaran akan menyelamatkan anda daripada ditimpa masalah bebanan hutang.Jika anda sedang mencari pinjaman peribadi yang bersesuaian, lihatlah beberapa pilihan pinjaman peribadi yang terbaik di Malaysia ketika ini, selain daripada pelbagai promosi pinjaman peribadi yang sedang berlangsung. Namun begitu, berwaspadalah dengan sebab-sebab utama kenapa permohonan pinjaman peribadi ditolak sebelum anda memohon sesebuah pinjaman. Ditulis oleh BBazaar Malaysia. Diterjemahkan oleh Dayana Sobri. Artikel ini disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.com.Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?
