5 Perkara Penting Yang Perlu Kita Tahu Sebelum Menjadi Penjamin

Sudah menjadi perkara biasa bagi mana-mana bank atau syarikat kewangan meletakkan syarat pemohon pinjaman perlu ada penjamin. Penjamin ini pula boleh terdiri dari kalangan ahli keluarga atau pun sahabat handai asalkan si penjamin mempunyai rekod kredit yang baik dan pendapatan yang stabil.

Menjadi penjamin untuk seseorang bukanlah satu perkara yang remeh. Ada pelbagai risiko yang perlu anda hadapi terutamanya jika peminjam gagal menjelaskan bayaran balik pinjaman.

Sebab itulah kita perlu peka dengan 5 perkara di bawah sekiranya seseorang nak kita jadi penjamin mereka.

1. Tahu Tujuan Pinjaman

Photo by Pixabay from Pexels

Penting untuk kita tahu tujuan peminjam ingin memohon pinjaman tersebut. Ini supaya kita jelas sama ada pinjaman tersebut untuk sesuatu yang bermanfaat atau sia-sia. Kita juga berpeluang untuk mendapatkan gambaran yang jelas sama ada mereka mampu untuk menjelaskan bayaran balik pinjaman atau pun tidak.

Sekiranya kita tidak setuju atau ragu-ragu dengan tujuan pinjaman tersebut dilakukan, jangan takut untuk menolak daripada menjadi penjamin mereka.

2. Pertimbangkan Kemampuan Kita

Photo by Lukas from Pexels

Kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan. Kalau kita sedang mempertimbangkan untuk menjadi penjamin, kita perlu membuat sedikit kira-kira.

Adakah kita mampu untuk membuat bayaran balik pinjaman sekiranya peminjam tiba-tiba tidak mampu atau mungkin lebih teruk lagi, melarikan diri daripada tanggungjawab beliau untuk melunaskan pinjaman?

Kita bukan sahaja bertanggungjawab untuk melunaskan tunggakan, tetapi perlu juga menanggung kos-kos tambahan yang lain!

3. Teliti Kontrak Dan Perjanjian Pinjaman

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Jangan malas untuk membaca dokumen perjanjian yang perlu anda tangani. Teliti dan fahami setiap perkataan yang terdapat di dalam dokumen perjanjian tersebut.

Nak lebih jelas lagi, dapatkan khidmat peguam supaya hak kita sebagai seorang penjamin adalah dilindungi. Nak lagi selamat, sediakan surat ganti rugi.

Sekiranya kita mengalami kerugian akibat peminjam melarikan diri daripada menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang peminjam, tindakan mahkamah boleh diambil. Kalau peminjam mengelak untuk menandatangani surat ganti rugi tersebut, lebih baik kita batalkan niat untuk menjadi penjamin.

4. Jangan Tandatangan Dokumen Kosong

Photo by Pixabay from Pexels

Kalau peminjam memberikan kontrak kosong untuk ditandatangani, jangan sain kontrak tersebut. Minta mereka isi kontrak tersebut dengan lengkap supaya kita tahu berapa jumlah pinjaman, kadar faedah dan juga tempoh kontrak pinjaman tersebut.

5. Kesan Terhadap Rekod CCRIS

Photo by George Becker from Pexels

Nak tolong orang, tak salah. Tetapi untuk menjadi seorang penjamin, kita perlu pertimbangkan kesan terhadap rekod CCRIS dan juga kedudukan kredit kita sekiranya bersetuju untuk menjadi penjamin.

Menjadi seorang penjamin merupakan tanggungjawab yang besar bukan sahaja daripada segi kewangan tetapi juga mental. Kita perlu bersedia menanggung tunggakan hutang orang lain sekiranya peminjam tidak membayar kembali pinjaman tersebut.

Sebab itulah kita perlu lebih teliti dan tegas sebelum bersetuju untuk menjadi menjamin untuk sesiapa pun. Jangan disebabkan kerana ingin menjaga hubungan, kita pula yang merana di kemudian hari.

Sumber Rujukan: Direct Lending

Anda Nak Beli Rumah, Tapi Adakah Anda Tahu Tahap Kewangan Anda?

Takut-takut ianya kurang memuaskan, nanti nak apply pinjaman tak lepas pula.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Teraju Akan Wujudkan Dana RM1 Bilion Untuk Bantu Perusahaan Bumiputera

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) — Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) akan mewujudkan dana agregat sebanyak RM1 bilion untuk syarikat bumiputera dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang. 

Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Junady Nawawi, berkata dana itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.

“Kami akan memilih beberapa bank perdagangan dan institusi kewangan pembangunan sebagai rakan kongsi.

“Dana itu akan diagihkan dalam bentuk pinjaman. Kami akan berbincang dengan rakan kerjasama untuk merendahkan kadar faedah pinjaman di bawah kadar pasaran (supaya ia) menarik kepada syarikat bumiputera,” katanya kepada Bernama di luar program Mempertingkat Penciptaan Nilai Bumiputera di sini hari ini. 

Menurutnya dana agregat berjumlah RM1 bilion itu menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan.

“Ini bererti, dengan (setiap) RM1 yang dibelanjakan kerajaan untuk syarikat bumiputera, menggunakan komitmen itu, rakan kerjasama akan memberikan lima kali ganda jumlahnya. Kami juga tidak akan menumpukan kepada geran selepas ini, tetapi kepada pinjaman seperti ini,” katanya.

Beliau berkata, dengan saiz dana itu, Teraju menyasarkan untuk meningkatkan pertumbuhan sehingga 5,000 perusahaan bumiputera dan memudahkan penskalaan 1,000 perusahaan bumiputera menjelang 2030.

Teraju akan bekerjasama dengan institusi kewangan seperti Bank Muamalat Malaysia Bhd, RHB Islamic Bhd, MIDF Bhd, MBSB Bank Bhd, Sabah Credit Corporation, Maybank Islamic Bhd, SME Bank, Agrobank, Bank Rakyat, Credit Guarantee Corporation, Exim Bank, Pernas dan Development Bank of Sarawak, untuk mewujudkan kemudahan pembiayaan bernilai RM 1bilion untuk syarikat bumiputera.

— BERNAMA